CUE
|
UCAPAN JURU ACARA
|
6.30 Pagi
|
SEMUA PELAJAR DAN GURU BERADA DI STADIUM NEGERI
|
KETIBAAN VIP
|
MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG DIBERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU .
DIIRINGI OLEH PN. MISIA HJ ZAIN ,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK DEMAK BARU
|
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
|
BISSMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA. DIUCAPKAN KEPADA
YANG BERUSAHA,
CIKGU. HAJAH FATIMAH HAMID,
PENGETUA SMK DEMAK BARU ,
YANG DIHORMATI
BARISAN PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
PARA GURU DAN STAFF SMK DEMAK BARU
PARA IBU BAPA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
ATLIT-ATLIT OLAHRAGA DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI
SEKALIAN.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU 2015.
TERLEBIH DAHULU,MARILAH KITA SAMA-SAMA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT
ILAHI KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA SEKALI LAGI ,PADA HARI YANG GILANG
GEMILANG INI UNTUK MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 7 PADA TAHUN INI.
KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS KESUDIAN PARA HADIRIN YANG
HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI KEJOHANAN PADA HARI INI.
.
|
6.45
PAGI
LAGU
NEGARUKU
|
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN
SEBENTAR LAGI IALAH UPACARA MENAIKKAN
BENDERA SEKOLAH.
DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN
BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH
“DEMAK GEMILANG”
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI. |
6.55
PAGI
BACAAN IKRAR
|
(selepas pembawa bendera mengambil tempat/masuk barisan)
CUACA REDUP DI TEPI MUARA
ANGIN BARAT BERTIUP NYAMAN
BAHTERA HIDUP KEMUDINYA USAHA
TANAMKAN KUDRAT PADA KEAZAMAN
HADIRIN SEKALIAN…
MAJLIS KEJOHANAN SUKAN, DITERUSKAN DENGAN LAFAZ IKRAR KEJOHANAN,
YANG AKAN DIKETUAI OLEH SAUDARA MOHD NUR ILDHAM BIN S AIFUL
BAHRIN,
BACAAN IKRAR INI AKAN DIIRINGI OLEH PEMBAWA-PEMBAWA BENDERA SETIAP
RUMAH SUKAN..
DIPERSILAKAN…
BEGITULAH TADI SEMPURNANYA,MAJLIS LAFAZ IKRAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SEBAGAI TANDA KOMITMEN PARA ATLET KEPADA KEJOHANAN KALI INI.
|
BACAAN
DOA
|
HADIRIN YANG DIHORMATI,SEBAGAI MENYATAKAN KESYUKURAN SERTA MEMOHON
KEBERKATAN,MARILAH KITA SAMA-SAMA MENADAH TANGAN UNTUK MENGAMINKAN DOA YANG
AKAN DIBACAKAN OLEH AL FADZIL USTAZ-IBRAHIM BIN HALING (USTAZ BADRUL HISYAM
BIN MAJID) DIPERSILAKAN…
TERIMA KASIH AL-FADZIL USTAZ IBRAHIM BIN HALING (USTAZ BADRUL HISYAM
BIN MAJID) ATAS BACAAN DOA.
SEMOGA DENGAN BACAAN DOA ITU TADI ,MAJLIS KITA AKAN BERJALAN DENGAN
LANCAR SERTA DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.INSYAALLAH.
|
PERARAKAN
KELUAR
|
SEKARANG DIPERSILAKAN SEMUA KONTIGEN UNTUK BERGERAK KELUAR KE TEMPAT
MASING-MASING BAGI KITA MENERUSKAN ACARA SUKAN PADA PAGI INI.
|
7.00 PAGI
PENGUMUMAN
ACARA BALAPAN DIMULAKAN
|
ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN
SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA
MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN
TIRAI DIBUKA KEJOHANAN BERMULA
GURU-GURU,PEGAWAI SUKAN DAN
PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DIMINTA BERSEDIA KERANA ACARA SUKAN AKAN
BERMULA SEBENTAR SAJA LAGI.
LELAKI A /LELAKI B/LELAKI C
2000M
PANGGILAN TERAKHIR UNTUK SEMUA PESERTA BAGI ACARA LELAKI A /LELAKI B/LELAKI C
2000M
,DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PEYELIA
PESERTA SEKARANG JUGA.PESERTA-PESERTA BERIKUT IALAH.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
PEREMPUAN A /PEREMPUAN B /
PEREMPUAN C 2000M
PANGGILAN TERAKHIR UNTUK SEMUA PESERTA BAGI ACARA LELAKI A /LELAKI B/LELAKI C
2000M
,DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PEYELIA
PESERTA SEKARANG JUGA.PESERTA-PESERTA BERIKUT IALAH.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN
ACARA YANG SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG INI IALAH ACARA........................................................................................................................................................
SAMA-SAMALAH KITA MEMBERIKAN TUMPUAN DAN SOKONGAN
PADA ACARA INI.
PERHATIAN
DISINI DIUMUMKAN KEPUTUSAN ACARA
............................................................
TEMPAT KETIGA DIMENANGI
OLEH...........................................
NAIB
JOHAN....................................................................................
DAN JOHAN DISANDANG
OLEH..................................................
PERHATIAN
SEBENTAR LAGI AKAN DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH
BAGI PEMENANG
ACARA................................................................................................KATEGORI.....................
BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH,MAJLIS
DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT
.....................................................................................KE
PENTAS .DIPERSILAKAN.
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA
..................................................
TEMPAT KETIGA
...........................................
NAIB
JOHAN....................................................................................
JOHAN..................................................
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
PEMENANG
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
....................................................................KERANA
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.
PARA
GURU DAN PELAJAR SEKALIAN
BERIKUT DIUMUMKAN PESERTA ACARA 100M KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN .NAMA YANG AKAN DISEBUTKAN NANTI DIMINTA MELAPORKAN DIRI KE MEJA PENYELIA PESERTA SEKARANG JUGA. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. |
1
TENGAHARI
REHAT
|
PARA
GURU DAN PELAJAR SEKALIAN
DENGAN
BERAKHIRNYA ACARA ........................................ITU TADI ,KEJOHANAN
BALAPAN DAN PADANG AKAN BERHENTI SEKETIKA.
KITA AKAN KEMBALI SEMULA PADA PUKUL 2.00 PETANG NANTI UNTUK ACARA YANG SETERUSNYA SERTA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN. MOHON KERJASAMA PENGURUS PASUKAN UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA DI KHEMAH URUSETIA MAKANAN SEKARANG JUGA. SEKIAN TERIMA KASIH. |
2.00
PTG
ACARA BERSAMBUNG SEMULA
|
|
4.50 PTG
PEMBERSIHAN RUMAH
|
|
5.00
PTG
PESERTA
MENGAMBIL TEMPAT DI PADANG
DAN
|
DIJEMPUT SEMUA PESERTA DAN PELAJAR BAGI SEMUA KONTIJEN MASUK KE PADANG
DAN BERADA DI HADAPAN PENTAS UTAMA UNTUK ACARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN MAJLIS
PENUTUPAN..
BISSMILLAH HIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA. DIUCAPKAN KEPADA
YANG BERUSAHA,
CIKGU. HAJAH FATIMAH HAMID,
PENGETUA SMK DEMAK BARU ,
YANG DIHORMATI
USTAZ BUSMAN RAMBLI,YANG DIPERTUA PIBG ,SMK DEMAK BARU
BARISAN PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
PARA GURU DAN STAFF SMK DEMAK BARU
PARA IBU BAPA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
ATLIT-ATLIT OLAHRAGA DAN PARA PELAJAR YANG DIKASIHI
SEKALIAN.
SELAMAT DATANG KE MAJLIS PENUTUPA RASMI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU
2015.
TERLEBIH DAHULU,MARILAH KITA SAMA-SAMA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT ILAHI
KERANA SEKALI LAGI TELAH BERJAYA
MELAKSANAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU
KALI KE 7.
.
|
TABIK HORMAT KEJOHANAN
|
HADIRI DAN HADIRAT
YANG DIMULIAKAN,
SEBENTAR LAGI
KITA BERLANGSUNGNYA PERARAKAN
PERBARISAN KONTIGEN TERDIRI
DARIPADA
RUMAH –RUMAH SUKAN DAN
UNIT BERUNIFORM
(TUNGGU SEHINGGA
KONTIGEN PERBARISAN MENGHAMPIRI STADIUM MINI UTAMA)
MAJLIS DITERUSKAN
DENGAN UPACARA TABIK HORMAT KEJOHANAN...
DI JEMPUT YANG
DIHORMATI EN SELAMAT MASUNI ,
PENOLONG KOKURIKULUM SMK DEMAK
BARU UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA, CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK
BARU I BERDIRI UNTUK MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA
KONTIGEN-KONTIGEN PERBARISAN PADA HARI INI.
|
PERARAKAN MASUK
KONTIGEN
|
KEJOHANAN SUKAN SMK
DEMAK BARU PADA PETANGI INI DIMULAKAN DENGAN PERARAKAN MASUK
KONTIGEN-KONTIGEN PERBARISAN...
|
KONTIGEN MELALUI
PENTAS KHAS
|
(dibacakan apabila
peserta melalui pentas tabik hormat)
PERARAKAN DAHULUI OLEH UNIT BERUNIFORM KADET PERTAHANAN AWAM .KETUA PLATUNNYA
IALAH MOHD ARIF SHUKOR.KADET PERTAHANAN AWAM INI TELAH MENAMPAKKAN
KECEMERLANGAN APABILA BERJAYA DI PERINGKAT NEGERI DAN TURUT SERTA MENJADI
WAKIL DI PERINGKAT KEBANGSAAN.TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU PENASIHAT
KADET PERTAHANAN AWAM INI.
SETERUSNYA
PULA,SEDANG MELINTAS
PENTAS HORMAT SEKARANG IALAH DARIPADA KONTIGEN PASUKAN RUMAH MERAH .MERAH
MELAMBANGKAN KEBERANIAN DAN KEGAGAHAN .”RED WORIORS’ MENJADI MOTTO PADA TAHUN
INI.KONTIGEN PASUKAN INI DIKETUAI OLEH SAUDARA MUHAMMMAD NAIM BIN RASUHAH_PASUKAN
INI TELAH DIBIMBING OLEH PN JAMAYAH ZAKARIA. TAHUN LALU RUMAH MERAH MENDUDUKI
TEMPAT KEEMPAT KESELURUHAN. DENGAN KERJASAMA DAN KEKUATAN SEMUA ANGGOTA
,RUMAH MERAH MENJADI SALAH SATU ANCAMAN KEPADA RUMAH-RUMAH SUKAN YANG LAIN.
SETERUSNYA PULA. HIJAU MELANGKAH SEGAK
BERGAYA UNTUK MELAKUKAN LINTAS HORMAT, DENGAN MOTTO MENJULANG SEMANGAT WAJA,
HIJAU HEBAT .GO-GO IJO DIKETUAI OLEH..SAUDARA- MUHD ANUAR BIN SHAMSUL AZHARI-KONTIGEN
INI TELAH DIBIMBING OLEH PN SALINAH KIPLI.HIJAU MELAMBANGKAN KESATUAN
DAN KEHARMONIAN ANTARA AHLI-AHLINYA SERTA MEWARNAI ALAM
SEKELILING KITA.KITA NANTIKAN KEPUTUSAN NANTI ADAKAH RUMAH HIJAU BERJAYA
MEMBAIKI KEDUDUKAN PADA TAHUN LEPAS DI TEMPAT KETIGA KESELURUHAN.
MENYUSUL SETERUSNYA
LINTAS HORMAT DARIPADA KONTIGEN RUMAH KUNING .MERUPAKAN NAIB
JUARA KESELURUHA PADA TAHUN LEPAS. DIKETUAI OLEH..SAUDARA.-AMINUDI ABDULLAH
PADA TAHUN INI ,RUMAH KUNING MENDAPAT SENTUHAN GURU RUMAH PN MAISARAH MAT
SHARIFF. KUNING MELAMBANGKAN WARNA DI RAJA. KESUNGGUHAN PERKARA UTAMA DAN PASUKAN
INI NAMPAKNYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENEMPA KECEMERLANGAN SETELAH BEBERAPA
TAHUN MELEPASKAN TAMPUK KEJUARAAN.PADA TAHUN INI MEREKA TELAH MEMILIH MOTTO “ENCANG
KUNING ENCANG“SEBAGAI PENGUAT SEMANGAT MENGEJAR JUARA.
KONTIGEN RUMAH
SUKAN YANG TERAKHIR ADALAH KONTIGEN RUMAH BIRU MERUPAKAN
JUARA KESELURUHAN PADA TAHUN LEPAS
DIBAWAH PIMPINAN PN INON OSMAN . BIRU MELAMBANGKAN PERPADUAN .INI MENUNJUKKAN
MEREKA BERSATU PADU UNTUK MEMBENTUK SEBUAH PASUKAN YANG MANTAP.DIKETUAI
OLEH.SAUDARA MOHD SHAHRUL MOHD IDRIS DENGAN MOTTONY ITS OK ,ITS ALRIGHT, GO
BIRU FIGHT-FIGHT-FIGHT
KITA AKAN SAMA-SAMA SAKSIKAN SAMA ADA RUMAH
BIRU DAPAT MENGEKALKAN KEJOHANAN PADA TAHUN INI.
(setelah semua kontigen masuk barisan di
padang)
MAJLIS MENGUCAPKAN
RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID..
ATAS KESUDIAN.
MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA KONTIGEN-KONTIGEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM
ACARA PERBARISAN PADA PETANG INI.
|
PENYAMPAIAN
HADIAH
|
PENYAMPAIAN HADIAH &
CENDERAMATA
HADIRIN SEKALIAN,
BAGI MENGIKTIRAF KEJAYAAN
PARA ATLET YANG TELAH BERJAYA PADA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
TAHUNAN KALI INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMAT MENJEMPUT YANG
DIHORMATI EN SELAMAT BIN
MASUNI, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SMK DEMAK
BARU UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH
HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU, BAGI
MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH.
MAJLIS DENGAN INI
MEMPERSILAKAN.
KINI DIUMUMKAN PEMENANG –
PEMENANG BAGI ACARA –ACARA BALAPAN YANG TELAH DIPERTANDINGKAN SEBENTAR TADI.
(RUJUK KEPUTUSAN)
DIUMUMKAN PULA PEMENANG BAGI
PERTANDINGAN PERARAKAN PERBARISAN BAGI KATEGORI RUMAH SUKAN PADA HARI INI.
PARA PEMENANG DIPERSILAKAN MENERIMA HADIAH.
TEMPAT KETIGA BERJAYA
DIRANGKUL OLEH PASUKAN RUMAH__________.-
SETERUSNYA TEMPAT KEDUA
MENJADI MILIK PASUKAN RUMAH________.
DAN
-JOHAN BERJAYA DISANDANG
OLEH PASUKAN RUMAH___________.
HADIRIN SEKALIAN,
-SETERUSNYA PENYAMPAIAN
HADIAH KEPADA PEMENANG OLAHRAGAWATI DAN OLAHRAGAWAN SEKOLAH PADA TAHUN INI.
-PESERTA YANG TELAH BERJAYA
MERANGKUL GELARAN OLAHRAGAWATI SEKOLAH ADALAH SAUDARI
___________________________.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, BELIAU
TELAH MEMENANGI ACARA___________________________________________________
-KINI DIUMUMKAN PULA
OLAHRAGAWAN SEKOLAH PADA TAHUN INI. OLAHRAGAWAN SEKOLAH PADA TAHUN INI ADALAH
SAUDARA____________________.
BELIAU TELAH MERAIH
PINGAT__________________________________.
KITA
HILANGKAN DEBAR DI HATI SEBELUM MENGETAHUI KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN
SUKAN TAHUNAN KALI INI DENGAN MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG BAGI ACARA GURU.
BAGI ACARA
--------------------------------------------------
TEMPAT
KETIGA----------------------------------------------
TEMPAT
KEDUA---------------------------------------
DAN
JUARA----------------------------------------
HADIRIN DAN
HADIRAT SEKALIAN,
-KINI TIBALAH SAAT-SAAT YANG
DINANTIKAN, KITA AKAN UMUMKAN SECARA RASMI JOHAN, NAIB JOHAN, DAN TEMPAT
KETIGA SECARA KESELURUHAN BAGI RUMAH-RUMAH SUKAN YANG TELAH BERTANDING.
-MENDUDUKI TEMPAT KETIGA
PADA TAHUN INI MENJADI MILIK PASUKAN RUMAH____________. DIPERSILAKAN KETUA
GURU RUMAH SUKAN________________________ UNTUK MENERIMA HADIAH.
-SETERUSNYA NAIB JOHAN,
BERJAYA DIRANGKUL OLEH PASUKAN RUMAH______. DIPERSILAKAN KETUA GURU RUMAH
SUKAN________________________ UNTUK MENERIMA HADIAH.
-DAN JOHAN KESELURUHAN RUMAH
SUKAN BAGI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 7 JATUH KEPADA:
RUMAH
SUKAN__________________________. DIPERSILAKAN KETUA GURU RUMAH
SUKAN________________________ UNTUK MENERIMA HADIAH.
- MAJLIS
MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA, TUAN PENGETUA ATAS
KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS SEBENTAR TADI.
*
TAHNIAH
DAN SYABAS KEPADA PASUKAN DAN PESERTA-PESERTA YANG BERJAYA.KEPADA YANG MASIH
GAGAL TERUSKAN USAHA ,JANGAN PUTUS ASA.
YAKIN
BOLEH,ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA SMK DEMAK BARU BOLEH....INSYAALLAH!!
|
UCAPAN PENGETUA
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA,CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA
MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN
BALAPAN DAN PADANG KALI KE -7.
DENGAN PENUH TAKZIM,MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN..
|
|
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA, CIKGU
HAJAH FATIMAH HAMID ATAS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN ITU TADI.
|
|
|
LAGU
IBU PERTIWIKU
|
HADIRIN
SEKALIAN,SETERUSNYA MARILAH SAMA-SAMA KITA NYANYIKA LAGU IBU PERTIWIKU
TERIMA
KASIH DIUCAPKAN .
|
BENDERA
SEKOLAH DITURUNKAN
|
BENDERA
SEKOLAH SMK DEMAK BARU AKAN DITURUNKAN
SEBAGAI TANDA BERAKHIRNYA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 7 YANG PENUH BERMAKNA INI.
BENDERA
INI AKAN DIKIBARKAN LAGI PADA KEJOHANAN KALI KE 8 TAHUN HADAPAN.INSYAALLAH
.
|
KEJOHANAN
BALAPAN DAN PADANG DITANGGUH
|
HADIRIN
DA HADIRAT SEKALIAN,
DENGAN
BERAKHIRNYA ACARA PENURUNAN BENDERA SEBENTAR TADI ,MAKA BERAKHIRLAH KEJOHANAN
BALAPAN DAN PADANG KALI KE 7 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU 2015.MOHON AMPUN DAN MAAF ANDAI ADA SALAH
DAN SILAP.
SEBELUM BERSURAI SESI BERGAMBAR AKAN DIADAKAN.
SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
TA’ALA WABARAKATUH.
|
|
KONTIGEN BERSURAI
|
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 21 Mei 2015
TEKS PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mohon copy
BalasPadammohon copy
BalasPadamye silakan
Padam