Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 21 Februari 2015

Aku .....

Sisi Anak Pantai
# aku rasa aku ni seorang yang paling mudah sangat kasihan kat orang lain. Pantang mendengar orang lain susah akan membawa ke dalam fikiran sendiri.mencari jalan bagaimana nak membantu. Kadang tu sanggup berhutang demi orang lain.walaupun orang lain tidak menghargainya...
# sangat suka dengan keindahan alam semulajadi.terlalu dekat dihati..terutamanya melihat pantai dan sawah padi yang menghijau...alam seolah teman sejati yang sentiasa mendengar rintihan jiwa aku ni..
# sangat suka menulis...menulis apa sahaja yang terlintas dihati...menulis bagaikan satu terapi yang menenangkan jiwa yang celaru.
# tidak boleh dipisahkan dengan lagu..tapi lagu yang sentimental .Paling tidak suka dengan lagu dangdut.hindustan dan dikir barat...buat terus sakit kepala.
# pantang tengok baby pasti tak sabar nak dukung..sentiasa pinjam baby orang...patutlah aku ni jadi cikgu..cikgu pulak tu cikgu khas yang setiap hari dicium oleh anak muridnya.
# seorang yang sangat mudah tersentuh hati..tapi cepat pulak sejuknya..tapi seorang yang pendendam dan amat payah untuk memaafkan.....
# sangat suka berpakaian cantik dan seboleh-bolehnya tidak suka mengikut stail orang..kalau boleh nak lain dari yang lain..tidak suka mengikut orang lain.
# seboleh-bolehnya tidak suka menyusahkan orang ..kalau boleh nak buat sendiri tanpa dibantu.
# sangat pantang dicabar... pasti akan sahut cabaran tu walaupun tahu kesannya pada diri sendiri.
# sangat peramah dan mudah bergaul dengan orang-orang tua terutamanya..pantang jumpa orang tua pasti nak sembang...
# suka sangat membaca.memasak dan kemas rumah...rela korbankan masa tidur asal rumah cantik.
# sangat mudah mengalirkan airmata..tapi biasanya akan mengalir bila duduk  sendiri..orang kata bibir tersenyum hati menangis.
# sentiasa menunggu waktu senja .dan fajar kerana suka sangat lihat langit waktu tu...terasa dekat dihati.
# terlalu menghargai pemberian orang...akan simpan selagi mampu di simpan.
# pantang orang tak hormat ibu bapa..kerana insan ini terlalu dekat dihati
#dari kecik cita-cita nak jadi cikgu..alhamdulillah Allah makburkan.
# kalau buat sesuatu kerja mesti bersungguh- sungguh.suka lihat orang puashati dengan kerja .
# pantang dengan orang menipu...sekali tertipu. .sampai bilapun kepercayaan itu tidak akan ada.
# kuat sangat cemburu...tidak boleh dielak sampai sekarang.
# suka sangat dengan bunga ros...sangat-sangat suka
# sangat tidak suka orang merokok baik lelaki mahupun perempuan.
# pernah hampir berhenti sekolah kerana kesempitan hidup.
# punya semangat yang tinggi untuk memajukan diri sendiri.
# pandai juga membaca watak orang...hihi.
# dari sekolah hingga masuk universiti sentiasa memakai baju orang..kemiskinan yang menghimpit kawan-kawan boleh dibilang dengan jari.
# sangat rapat dengan pelajar..payah nak marah anak-anak murid...
# zaman sekolah adalah zaman yang cukup pemalu tapi bertukar setelah berada di alam pekerjaan.
# mudah gelabah kalau jumpa dengan orang.mungkin darah gemuruh yang cukup tinggi.
# sangat suka dengan buah - buahan..semua jenis buah jadi kegemaran..tak jumpa buah rasa tak lengkap hidup.
# sangat suka menghargai perasaan orang..walaupun sering terasa orang tidak menghargai..
# tidak suka sediakan tempat tidur...tapi sangat suka kemas tempat tidur..
# suka termenung dan berangan- angan dari kecik hingga dah tua...berangan tak habis.
Inilah sebahagian sisi hidup anak pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!