UCAPAN PENGACARA MAJLIS
SEMPENA MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG
SMK DEMAK BARU.
HOTEL
PEVIEW.KUCHING
30 JAN 2015
MALAM YANG INDAH PENUH CERIA
MALAM YANG INDAH PENUH CERIA
PENGHULU HARI YANG BERBAHAGIA
PENUH BERMAKNA
KAMI BAWAKAN KEPADA ANDA
“MALAM JASAMU DI KENANG”
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI
TAALA WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.
YANG BERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU.
YANG BERUSAHA
PN MISIA HJ ZAIN
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
MERANGKAP PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN GURU DAN STAF SMK DEMAK BARU
YANG DIRAIKAN
,EN SAIE BISUNI
KETUA BIDANG BAHASA
PN RAHMAH AHMAD
……………………………………………..
SERTA
TN HJ JEMAN BIN KHAIRUDIN
BEKAS GURU SMK DEMAK YANG KINI
BERTUGAS DI SMK(A) MATANG
.
YANG DIHORMATI
EN BOHARI BOJENG
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU
EN RAZALIE BADAR
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
EN HJ ALET BIN HJ ALI
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SMK
BAKO
MANTAN PENOLONG KANAN SMK
DEMAK BARU
MANTAN
GURU-GURU DAN STAF SMK DEMAK BARU
KETUA-KETUA BIDANG,
RAKAN-RAKAN GURU ,
KAKITANGAN SMK DEMAK BARU.
TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN YANG DIKASIHI SEKALIAN…
. BAGI PIHAK JAWATANKUASA
PELAKSANA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE MALAM “JASAMU DIKENANG” SMK DEMAK BARU
2015..ALHAMDULILLAH KITA BERTEMU PADA MALAM INI UNTUK MERAIKAN 2 ORANG WARGA DEMAK YANG BAKAL
MENINGGALKAN KITA YANG TELAH BANYAK MENCURAH KERINGAT,MENABUR BAKTI.INSAN YANG DIMAKSDKKAN INI TAK LAIN, TAK BUKAN IAITU EN SAEEI BN BISUNI SERTA PN RAHMAH
BIN AHMAD.
,MALAM INI JUGA CUKUP BERMAKNA. KERANA KITA DIPERTEMUKAN KEMBALI DENGAN
MANTAN PENOLONG KANAN DAN BEKAS –BEKAS GURU DAN STAF YANG BANYAK MENABUR JASA
DAN BUDI DI SMK DEMAK BARU .
PASTINYA
MERIAH MAJLIS MALAM INI
BERSAMA
INSAN-INSAN YANG PERNAH MENABUR BUDI
SEMEMANGNYA”JASAMU
DIKENANG BUDIMU TAK TERBILANG.
SESUNGGUHNYA KEHADIRAN TUAN PUAN KE MAJLIS MALAM PENUH NOSTALGIA INI PASTI MENAMBAH SERI PENUH BERETI,BUAT DIKENANG DIKEMUDIAN HARI..
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,
MENANDAH
TANGAN TANDA KERENDAHAN
LAFAZ
BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN
DOA DIPOHON
PENUH PENGHARAPAN
AGAR MAJLIS
MENDAPAT KEBERKATAN
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS KITA DI MALAM YANG PENUH BERMAKNA INI,MARILAH SAMA-SAMA KITA MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG AKAN DILAFAZKAN OLEH EN NASIR BIN MORNI.BEKAS GURU SMK DEMAK BARU YANG KINI BERTUGAS SEBAGAI NAZIR .
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN
AMIN AMIN YA RABBAL
‘ALAMIN
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN NASIR BIN MORNI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA EN NASIR BIN MORNI ATAS BACAAN DOA ITU TADI.
UCAPAN PENGERUSI KELAB GURU
SETERUSYA SEBAGAI PEMBUKA
PERSADA UCAPAN ,MAJLIS DENGAN HORMATNYA MENJEMPUT YANG BERUSAHA PN MISIA HAJI
ZAIN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN MERANGKAP PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN STAF
DAN GURU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN
TERIMA KASIH KEPADA PN MISIA HJ ZAIN.
UCAPAN PENGETUA
SETERUSNYA DIJEMPUT YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ,PENGETUA SMK DEMAK
BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
MAJLIS DENGAN HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN
TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH
UCAPAN PUAN RAHMAH
TUAN-TUAN DAN PUAN –PUAN HADIRIN
SEKALIAN
BANYAK DURI
PERKARA DURI
TIDAK SAMA
DURI MENGKUANG
BANYAK BUDI
PERKARA BUDI
TIDAK SAMA
BUDIMU SEORANG
SETERUSNYA MAJLIS
MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN PUAN RAHMAH BINTI AHMAD UNTUK MEMBERIKAN SEPATAH
DUA KATA .MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN RAHMAH BINTI AHMAD ATAS
UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN EN SAIE BISUNI
MALAM HARI
BERLAGU UNGGAS
MEMECAH
KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN
TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN
DALAM INGATAN
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG DIRAIKAN EN SAIE BISUNI . UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN
MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA
MEMPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA
EN SAIE BIN BISUNI ATAS UCAPAN SEBENTAR
TADI
SESUNGGUHNYA MUSIM BERTUKAR
TAHUN YANG BERGANTI
TIADA YANG PUDAR DARI HATI
KAMI
JARAK HANYA RUANG
PERPISAHAN HANYA WAKTU
ANDAI MEMANG DITAKDIRKAN
PASTI BERTEMU..
TAK TERTULIS DEK KATA-KATA,TAK
TERLUKIS DEK PERASAAN BETAPA KAMI DI SMK DEMAK INI AMAT TERHUTANG BUDI DENGAN
SEGALA CURAHAN BAKTI YANG TELAH DIBERIKAN SELAMA INI.
TERIMA KASIH DAUN KELADI KALAU
BOLEH JANGANLAH PERGI.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA/ ACARA PEMOTONGAN KEK
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA
ADALAH PENYAMPAIAN CENDERAMATA SEBAGAI TANDA KENANG-KENANGAN BUAT INSAN YANG
KITA RAIKAN PADA HARI INI.
SEBELUM ITU ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA INGIN
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA , PN MISIA HJ ZAIN,PENOLOG KANAN
PENTADBIRAN SMK DEMAK BARU UNTUK
MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH ,PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK
MAJLIS PENYAMPAIAN TANDA HATI KEPADA YANG DIRAIKAN PN RAHMAH AHMAD,TN HJ JEMAN BIN KHAIRUDIN,DAN
EN SAIEE BIN BISUNI..
DIPERSILAKAN KE PENTAS PN RAHMAH AHMAD UNTUK
MENERIMA CENDERAMATA.
SETERUSNYA DIPERSILAKAN TN HJ JEMAN KHAIRUDIN…. PASTINYA WARGA SMK DEMAK BARU
TIDAK AKAN LUPA PADA JASA TN HJ JEMAN KERANA MENULIS LIRIK DEMAK GEMILANG YANG
PENUH PUITIS SEKALI
TERIMA KASIH SEKALI LAGI
DIUCAPKAN.
SETERUSNYA DIPERSILAKAN PULA
YANG DIRAIKAN EN SAIE BISUNI,KETUA BIDANG BAHASA ,SMK DEMAK BARU KEPENTAS UNTUK
MENERIMA CENDERAMATA KENANGAN
BEGITULAH TADI ,UPACARA PENYAMPAIAN CENDERAMATA
KENANG-KENANGAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU
HAJAH FATIMAH ATAS KESUDIAN MENYAMPAIKAN HADIAH.
MOHON PN PENGETUA ,PN MISIA SERTA
YANG DIRAIKAN PADA MALAM INI TERUS BERADA DI ATAS PENTAS BAGI ACARA
PEMONTONGAN KEK…
DIPERSILAKAN UNTUK SAMA-SAMA BAGI U[PACARA PEMOTONGAN KEK
TERIMA KASIH SEKALI LAGI DIUCAPKAN.
JAMUAN MAKAN
KEMBANG
HARUM SIBUNGA SEROJA
BUAT HIASAN
PENYAMBUT TETAMU
TERHIDANG
SUDAH JAMUAN DIMEJA
DIPERSILAKAN
SEMUA HADIRIN MENJAMU.
UNTUK ITU DIPERSILAKAN HADIRIN
DAN HADIRAT SEKALIAN UNTUK MENJAMU SELERA.
PERSEMBAHAN
TERBANG BEBAS SI RAMA-RAMA
TERATAI MEKAR DI TENGAH LEMBAH
JAMUAN MALAM DIIRINGI IRAMA
PERSEMBAHAN NYAYIAN TURUT
DIPERSEMBAH.
.
HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN, SAMBIL MENIKMATI HIDANGAN MAJLIS DIHANGATKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN DARI RAKAN-RAKAN GURU DAN STAFF YANG MEMPUNYAI BAKAT TERPENDAM.
DENGAN INI MAJLIS MEMULAKAN PERSEMBAHAN DENGAN MENJEMPUT PERSEMBAHAN PERTAMA UNTUK MEMBUAT PERSEMBAHAN.
PENUTUP
TIBA WAKTUNYA UNTUK MENYUSUN JEMARI
MEMBUANG SEGALA KERIKIL BERSALUT DIHATI
MAAFKAN KAMI ANDAI ADA SALAH SILAP TANPA DISEDARI
AGAR SAAT PERPISAHAN INI INDAH
BERBUNGA MESRA DALAM JAMBANGAN INGATAN.
PADA RAKAN GURU DAN STAF YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KAMI DI SMK DEMAK BARU INI..
JELINGLAH KAMI JIKA RINDU MASIH BERTAMU
SAPALAH KAMI ANDAI MESRA AKRAB BERPADU
SELAMAT BERTUGAS DITEMPAT YANG BARU
SELAMAT BERSARA MENJADI GURU
SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI
MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH SEKALI LAGI
KEPADA SEMUA TETAMU DAN HADIRIN YANG SUDI MELUANGKAN MASA BERSAMA-SAMA
MEMERIAHKAN MAJLIS “JASAMU DIKENANG “
DARI MANA ASALNYA USAH
DIUSUL
MOLEK BUDINYA MENAMBAT
HATI
DUA TIGA BICARA SALAH
TERSASUL
JANGAN DISIMPAM DI DALAM
HATI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!