Semalam kaki melangkah ke pasar Kubah Ria..Di minda banyak benda yang nak cari.dalam peti ais wajib ada santan.kelapa putih .ikan aya atau ikan selayang dan ayam..bagi aku itulah benda asasnya...menjejakkan kaki ke pasar orangnya tak ramai .bukan hari minggu.dari jauh kelibat penjual ikan .masing- masing melambaikan tangan padaku..biasanya aku akan pergi membeli di semua gerai mereka.gerai sebelah beli ikan selayang.gerai sebelah lagi ikan tongkol dan sebelah lagi udang .atau sotong.nak adil dan nak menjaga hati orang bukan senang kan..habis beli ikan sayur dan santan pasti aku tak akan lupa pergi satu gerai makcik ni untuk beli sebarang jenis pisang. Yang syok kat makcik ni tiap kali aku pergi membeli pisang dekat makciknya pasti adalah pisang- pisang buruk yang dia berikan pada aku...dalam fikiran makcik ni tahu ke aku suka pisang..aku suka jemput pisang dan goreng pisang..tak makan nasi pun tak apa janji aku dapat makan pisang..seingat aku dari sekolah ren.sek menengah.masuk u dan hingga hari ini goreng pisang atau jemput pisanglah yang paling aku suka.
Bila makcik ni bagi dia tanya aku nak tak pisang ni...aku jawab makcik bagi jelah saya dah biasa makan pisang buruk pemberian orang sejak saya kecik lagi.orang susah bagi apapun syarat mengeyangkan perut seharian.
.pisang buruk ni betul- betul mengusik kenangan..sebab ianya sentiasa menyedarkan diri ini..kemanapun kaki melangkah sejarah diri tidak akan dilupakan..
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Sabtu, 3 Januari 2015
Pisang Buruk Mengimbas Kembali
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!