Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 8 Mei 2014

SKRIP PENGACARA MAJLIS KEJOHANAN OLAHRAGA SMK DEMAK BARU 2014


I

TEKS  PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN KEJOHANAN  BALAPAN DAN PADANG
SMK DEMAK BARU KALI KE 6
TAHUN 2014
8 MEI 2014
STADIUM NEGERI SARAWAK
CUE
UCAPAN JURUACARA
6.30 Pagi
SEMUA PELAJAR DAN GURU BERADA DI BERKUMPUL DI TRAK MENGIKUT RUMAH MASING-MASING



KETIBAAN VIP

MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG DIBERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU .
DIIRINGI OLEH PN. MISIA HJ ZAIN ,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK DEMAK  BARU
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA


BISSMILLAH  HIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM SEJAHTERA DIUCAPKAN KEPADA

YANG BERUSAHA,
CIKGU. HAJAH  FATIMAH HAMID,
PENGETUA SMK DEMAK BARU ,

YANG DIHORMATI BARISAN PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
PARA GURU DAN STAFF SMK DEMAK BARU
PARA IBU BAPA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
ATLIT-ATLIT OLAHRAGA DAN PARA PELAJAR  YANG DIKASIHI  SEKALIAN.

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMK DEMAK BARU  KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU 2014.

TERLEBIH DAHULU,MARILAH KITA SAMA-SAMA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT YANG MAHA ESA,I  KERANA DAPAT MELAKSANAKAN PENGANJURAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG  KE 6 PADA TAHUN INI.
.
6.45 PAGI

LAGU NEGARUKU
SEBENTAR LAGI IALAH UPACARA MENAIKKAN BENDERA SEKOLAH.

DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU NEGARAKU. DAN  LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.










6.55 PAGI
BACAAN IKRAR

(selepas pembawa bendera mengambil tempat/masuk barisan)
CUACA REDUP DI TEPI MUARA
ANGIN BARAT BERTIUP NYAMAN
BAHTERA HIDUP KEMUDINYA USAHA
TANAMKAN KUDRAT PADA KEAZAMAN.

HADIRIN SEKALIAN…
MAJLIS KEJOHANAN SUKAN, DITERUSKAN DENGAN LAFAZ IKRAR KEJOHANAN,
YANG AKAN DIKETUAI OLEH SAUDARA MOHD NUR ILDHAM BIN S AIFUL BAHRIN,
BACAAN IKRAR INI AKAN DIIRINGI OLEH PEMBAWA-PEMBAWA BENDERA SETIAP RUMAH SUKAN..
DIPERSILAKAN…

BEGITULAH TADI, SEMPURNANYA,MAJLIS LAFAZ IKRAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEBAGAI KOMITMEN PARA ATLET KEPADA KEJOHANAN KALI INI.
BACAAN DOA
HADIRIN YANG DIHORMATI,UNTUK  MEMBERKATI TERMASYA SUKAN TAHUNAN INI, MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT AL FADZIL USTAZ-IBRAHIM BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN…

TERIMA KASIH AL-FADZIL USTAZ IBRAHIM BIN HALING ATAS BACAAN DOA.
PERARAKAN KELUAR
SEKARANG DIPERSILAKAN  SEMUA KONTIGEN UNTUK BERGERAK KELUAR KE KHEMAH MASING-MASING BAGI KITA MENERUSKAN ACARA SUKAN PADA PAGI INI.

7.00 PAGI
PENGUMUMAN

ACARA BALAPAN DIMULAKAN

ASAL JURAGAN MENGAIL IKAN,
                       SAMBIL BERSUKA DI TEPI KUALA
                           MASA JANGAN KITA TANGGUHKAN
                             TIRAI DIBUKA KEJOHANAN BERMULA..


GURU-GURU,PEGAWAI SUKAN DAN PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DIMINTA BERSEDIA KERANA ACARA SUKAN AKAN BERMULA SEBENTAR SAJA LAGI.


100M LELAKI 14 TAHUN

 MOHON PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA BAGI ACARA 100M KATEGORI LELAKI 14 TAHUN,DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PEYELIA PESERTA SEKARANG JUGA.PESERTA-PESERTA BERIKUT IALAH.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

100M LELAKI 14TBH

NAMA-NAMA BERIKUT DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA BAGI ACARA 100M LELAKI 14 TAHUN.
1.
2.
3.
4.
5.
6.


100M LELAKI 15TBH

PERHATIAN KEPADA SEMUA PESERTA DAN PENGURUS PESERTA BAGI ACARA 100M KATEGORI 15 TAHUN ,ANDA DIMINTA MELAPORKAN DIRI DI KHEMAH PENYELIA PESERTA SEKARANG JUGA.PESERTA-PESERTA BERIKUT IALAH
1.
2.
3.
4.
5.
6.

PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN
ACARA YANG SEDANG BERLANGSUNG SEKARANG INI IALAH ACARA........................................................................................................................................................
SAMA-SAMALAH KITA MEMBERIKAN TUMPUAN DAN SOKONGAN PADA ACARA INI.

PERHATIAN
DISINI DIUMUMKAN KEPUTUSAN ACARA ............................................................

TEMPAT KETIGA DIMENANGI OLEH...........................................
NAIB JOHAN....................................................................................
DAN JOHAN DISANDANG OLEH..................................................

PERHATIAN

SEBENTAR LAGI AKAN DIADAKAN PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG ACARA................................................................................................KATEGORI.....................

BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH,MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT .....................................................................................KE PENTAS .DIPERSILAKAN.

MAJLIS MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA ..................................................
TEMPAT KETIGA ...........................................
NAIB JOHAN....................................................................................
JOHAN..................................................
SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG 
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ....................................................................KERANA MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.



PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN

BERIKUT DIUMUMKAN PESERTA ACARA 100M KATEGORI LELAKI BAWAH 18 TAHUN .NAMA YANG AKAN DISEBUTKAN NANTI DIMINTA MELAPORKAN DIRI KE MEJA PENYELIA PESERTA SEKARANG JUGA.

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.




1 TENGAHARI
REHAT
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN
DENGAN BERAKHIRNYA ACARA ........................................ITU TADI ,KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG AKAN BERHENTI SEKETIKA.
KITA AKAN KEMBALI SEMULA PADA PUKUL 2.00 PETANG NANTI UNTUK ACARA YANG SETERUSNYA SERTA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN.

MOHON KERJASAMA PENGURUS PASUKAN UNTUK MENDAPATKAN MAKANAN DAN MINUMAN PESERTA DI KHEMAH URUSETIA MAKANAN SEKARANG JUGA.

SEKIAN TERIMA KASIH.

2.00 PTG
ACARA BERSAMBUNG SEMULA

4.00 PTG
PEMBERSIHAN RUMAH





4.30 PTG
PESERTA MENGAMBIL TEMPAT DI PADANG

DAN































DIJEMPUT SEMUA PESERTA DAN PELAJAR BAGI SEMUA KONTIGEN MASUK KE PADANG DAN BERADA DI HADAPAN PETAS UTAMA UNTUK ACARA PENYAMPAIAN HADIAH DAN MAJLIS PENUTUPAN..

BISSMILLAH  HIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA. DIUCAPKAN KEPADA

YANG BERUSAHA,
CIKGU. HAJAH  FATIMAH HAMID,
PENGETUA SMK DEMAK BARU ,

YANG DIHORMATI BARISAN PENOLONG KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
PARA GURU DAN STAFF SMK DEMAK BARU
PARA IBU BAPA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
ATLIT-ATLIT OLAHRAGA DAN PARA PELAJAR  YANG DIKASIHI  SEKALIAN.

ALHAMDULILLAH  KITATELAH SELESAI MELAKSANAKAN SEMUA ACARA SUKAN PADA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG TAHUN INI.
.
TABIK HORMAT KEJOHANAN




HADIRIN DAN HADIRATYANG DIMULIAKAN,
SEBENTAR LAGI KITA AKAN DILANGSUNGKAN PERARAKAN PERBARISAN TERDIRI DARIPADA 4 BUAH KONTIJEN ATAU RUMAH SUKAN MEMBAWA BERSAMA BENDERA RUMAH SUKAN DAN SLOGAN SETIAP KONTIJEN.
DI JEMPUT YANG DIHORMATI  EN SELAMAT MASUNI  , PENOLONG KOKURIKULUM   SMK DEMAK BARU UNTUK MENGIRINGI   CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU I   BERDIRI UNTUK MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA KONTIJEN-KONTIJEN PERBARISAN PADA HARI INI.

KONTIGEN MELALUI PENTAS KHAS

MEMULAKAN PERARAKAN PERBARISAN PADA PETANG INI IALAH DARIPADA  KONTIGEN RUMAH BIRU .
TERBANG HELANG TINGGI DI ANGKASA
HINGGAP SEBENTAR DI POHON BIDARA
SEMANGAT BIRU GAGAH PERKASA
INGIN MENGEKAL KILAUAN JUARA
RUMAH BIRU  MERUPAKAN JUARA PADA KESELURUHAN PADA TAHUN LEPAS.MAMPUKAH RUMAH BIRU MENGEKALKAN KEJUARANNYA PADA TAHUN INI, DIBAWAH PIMPINAN PN SORHATI JOO . BIRU MELAMBANGKAN PERPADUAN .INI MENUNJUKKAN MEREKA BERSATU PADU UNTUK MEMBENTUK SEBUAH PASUKAN YANG MANTAP.DIKETUAI OLEH.SAUDARA ZULKANAIN DENGAN MOTTONYA ITS OK,ITS ALL RIGHT,GO BIRU,FIGHT-FIGHT”.
  LINTAS HORMAT DARIPADA KONTIGEN  RUMAH SUKAN  YANG BERIKUTNYA  IALAH KONTIGEN RUMAH MERAH.
WARNA MERAH SEMERAK API
SEMANGAT JUANG TAK PERNAH HILANG
MEREBUT JUARA SUDAHLAH PASTI
BIAR SAMPAI BERPUTIH TULANG.
DIKETUAI OLEH SAUDARA JOSEROW,RUMAH MERAH MELANGKAH MEGAH DENGAN WARNA MERAH LAMBANG KEBERANIAN DAN TAK GENTAR SEBARANG HALANGAN.RUMAH MERAH MEMBAWA SLOGAN-RED THE COLOUR OF BRAVERY,HONOUR AND GLORY----_” MENJADI MOTTO PADA TAHUN INI. _PASUKAN INI TELAH DIBIMBING OLEH  CIKGU HAJAH MONA.DENGAN KERJASAMA DAN KEKUATAN SEMUA ANGGOTA ,RUMAH MERAH MENJADI SALAH SATU ANCAMAN KEPADA RUMAH-RUMAH SUKAN YANG LAIN.
KONTIGEN SETERUSNYA IALAH RUMAH HIJAU
PATAH SAYAP BERTONGKAT DADA
ITULAH SEMANGAT WIRA TAK PERNAH LAYU
MENGERAH KUDRAT SELAGI DAYA
DI GELANGANG INI PINGAT DI BURU.

 MELANGKAH SEGAK BERGAYA DENGAN MOTTO “MENJULANG SEMANGAT WAJAR,HIJAU HEBAT “
DIKETUAI OLEH..SAUDARA SHAFIQ OMAR-KONTIGEN INI TELAH DIBIMBING OLEH USTAZAH AMINAH HUSIN .HIJAU MELAMBANGKAN KESATUAN  DAN KEHARMONIAN   ANTARA AHLI-AHLINYA SERTA MEWARNAI ALAM SEKELILING KITA.RUMAH HIJAU BERTEKAD UNTUK MEREBUT KEJUARAAN PADA TAHUN INI.
KELIHATAN LINTAS HORMAT RUMAH SUKAN YANG TERAKHIR ADALAH KONTIGEN RUMAH KUNING.
KENYALANG MENGUNING WARNANYA GEMILANG
RONA DI RAJA PENANUNG NEGERI
SEMANGAT KENTAL TERUS BERJUANG
TAKKAN MENGALAH MENYERAH DIRI..
KONTIJEN RUMAH KUNING MENDAPAT SENTUHAN GURU RUMAH-CIK MONALIZA AHMAD-DAN DI KETUAI OLEH SAUDARA MOHD JOHARI..PASUKAN INI NAMPAKNYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENEMPA KECEMERLANGAN SETELAH BEBERAPA TAHUN MELEPASKAN TAMPUK KEJUARAAN.
PADA TAHUN INI MEREKA TELAH MEMILIH MOTTO “ENCANG KUNING ENCANG SEBAGAI PENGUAT SEMANGAT MENGEJAR JUARA.
 (setelah semua kontigen masuk barisan di padang)
DEMIKIANLAH TADI BERAKHIRNYA ACARA PERARAKAN PERBARISAN 4 BUAH KONTIJEN PENUH HEBAT DAN GEMILANG.
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID..
ATAS KESUDIAN. MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA KONTIGEN-KONTIGEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM  ACARA PERBARISAN PADA PAGI INI.






ZUMBA
HADIRIN SEKALIAN
KINI KITA AKAN MENYAKSIKAN PERSEMBAHAN TARIAN ZUMBA OLEH PELAJAR –PELAJAR PEREMPUAN TINGKATAN 5 SAINS .DIPERSILAKAN
TARIAN ZUMBA ITU TADI ADALAH DIBAWAH BIMBINGAN PN FATIAH SAINI.

PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA

HADIRIN SEKALIAN,

BAGI MENGIKTIRAF KEJAYAAN PARA ATLET YANG TELAH BERJAYA PADA KEJOHANAN  BALAPAN DAN PADANG TAHUNAN KALI INI, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMAT MENJEMPUT  YANG  DIHORMATI  EN SELAMAT BIN MASUNI, PENOLONG KANAN KOKURIKULUM, SMK  DEMAK BARU  UNTUK MENGIRINGI YANG BERUSAHA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID,PENGETUA SMK DEMAK BARU,  BAGI MENYEMPURNAKAN PENYAMPAIAN HADIAH.
MAJLIS DENGAN INI MEMPERSILAKAN.

DIUMUMKAN PULA PEMENANG BAGI PERTANDINGAN PERARAKAN PERBARISAN BAGI KATEGORI RUMAH SUKAN PADA HARI INI. PARA PEMENANG DIPERSILAKAN MENERIMA HADIAH.

-JOHAN BERJAYA DISANDANG OLEH PASUKAN RUMAH___________.

-SETERUSNYA TEMPAT KEDUA MENJADI MILIK PASUKAN RUMAH________.

-DAN TEMPAT KETIGA BERJAYA DIRANGKUL OLEH PASUKAN RUMAH__________.

HADIRIN SEKALIAN,

-SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG OLAHRAGAWATI DAN OLAHRAGAWAN SEKOLAH PADA TAHUN INI.

-PESERTA YANG TELAH BERJAYA MERANGKUL GELARAN OLAHRAGAWATI SEKOLAH ADALAH SAUDARI ___________________________.
UNTUK MAKLUMAN SEMUA, BELIAU TELAH MEMENANGI ACARA___________________________________________________

-KINI DIUMUMKAN PULA OLAHRAGAWAN SEKOLAH PADA TAHUN INI. OLAHRAGAWAN SEKOLAH PADA TAHUN INI ADALAH SAUDARA____________________.
BELIAU TELAH MERAIH PINGAT__________________________________.

-KINI TIBALAH SAAT-SAAT YANG DINANTIKAN, KITA AKAN UMUMKAN SECARA RASMI JOHAN, NAIB JOHAN, DAN TEMPAT KETIGA SECARA KESELURUHAN BAGI RUMAH-RUMAH SUKAN YANG TELAH BERTANDING.

-MENDUDUKI TEMPAT KETIGA PADA TAHUN INI MENJADI MILIK PASUKAN RUMAH____________. DIPERSILAKAN KETUA GURU RUMAH SUKAN________________________ UNTUK MENERIMA HADIAH.

-SETERUSNYA NAIB JOHAN, BERJAYA DIRANGKUL OLEH PASUKAN RUMAH______. DIPERSILAKAN KETUA GURU RUMAH SUKAN________________________ UNTUK MENERIMA HADIAH.

-DAN JOHAN KESELURUHAN RUMAH SUKAN BAGI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 6 JATUH KEPADA:

RUMAH SUKAN__________________________. DIPERSILAKAN KETUA GURU RUMAH SUKAN________________________ UNTUK MENERIMA HADIAH.


-          MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERUSAHA, TUAN PENGETUA ATAS KESUDIAN MENYEMPURNAKAN MAJLIS SEBENTAR TADI.


UCAPAN  PENGETUA
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU  UNTUK MENYAMPAIKAN  UCAPAN DAN SETERUSNYA  MERASMIKAN PENUTUPAN  KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG   KALI KE -6.
DENGAN PENUH TAKZIM,MAJLIS MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN..




Jalan lengkok redup berkalis
Damba pedoman  menyusung arah
Ucapan tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung meriah

MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ATAS UCAPAN  PERASMIAN PENUTUPAN  ITU TADI.
BENDERA SEKOLAH DITURUNKAN

LAGU SEKOLAH
LAGU IBU PERTIWIKU
UMUM UPACARA PENURUNAN BENDERA SEKOLAH
BENDERA SEKOLAH  SMK DEMAK BARU AKAN DITURUNKAN SEBAGAI TANDA BERAKHIRNYA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG  KALI KE 6 YANG PENUH BERMAKNA INI.
UNTUK ITU, DIJEMPUT SEMUA HADIRIN UNTUK BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU DEMAK GEMILANG DAN SETERUSNYA LAGU IBU PERTIWIKU.
MAJLIS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN.
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG DITANGGUH
PENUTUP
DENGAN BERAKHIRNYA NYAYIAN LAGU IBU PERTIWIKU  SEBENTAR TADI ,MAKA BERAKHIRLAH KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 6 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DEMAK BARU  2014.
AKHIRKATA DARI KAMI BERDUA,MAAF ATAS SEGALA KESILAPAN KATA DAN BAHASA,SYABAS UNTUK SEMUA  DAN MAJULAH SUKAN UNTUK SMK DEMAK BARU DEMI MENJULANG KECEMERLANGAN DI PERSADA MARCAPADA.

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.


SEBELUM BERSURAI SESI BERGAMBAR AKAN DIADAKAN.



KONTIGEN BERSURAI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!