Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 9 Mei 2014

Kad hari ibu Dari Aimy

Terharu sungguh bila Aimy tiba- tiba minta tutup mata.dalam hati memang sudah dijangka ..adalah tu sesuatu yang ingin ditunjukkan .dalam hati mesti kad hari guru..tapi bila dia kata buka mata sangkaan ini meleset.rupanya kad ucapan hari ibu yang dia buat di Sekolah..Aimy ni bagi ku seorang yang cukup matang berbeza dengan umurnya yang  baru berusia 5 tahun ni...tiap kali sering menasihatiku agar jaga kesihatan..katanya jangan makan manis nanti kencing manis...kadang - kadang dia sebut buat banyak pahala nanti masuk syurga..bila aku sakit dialah yang akan tanya mak tak sihat k..dan dialah sentiasa menjadi orang yang pertama ucap hari ibu mahupun hari lahir ku...nampak sudah sikap tanggungjawabnya itu..semoga dirimu terus bersikap seperti ini sampai dirimu di alam dewasa..Amin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!