Lama sungguh tidak merasa buah timun betik ni..kesempatan balik kampung semasa perjalanan pulang dari kota bharu sempat pula membeli buah ni di telaga papan..alhamdulillah dapat merasa dan paling bahagia rupanya buah yang dibeli ini sememangnya buah kegemaran mak..apa lagi berkongsi lah kami makan buah ni dengan cicah gula.anak- anak tidak begitu menyukainya maklum zaman dah senang tidak lagi menyukai buah kampung macam ni...tapi aku..tetap macam dulu suka buah- buah yang klasik macam ni...tapi jauh dia di sudut hati aku terkenangkan arwah ayah...suatu ketika dulu buah ni pernah di tanam oleh arwah ayah...hmmm..segalanya tentang ayah menjelma satu persatu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!