http://istimewapkbpsmkso.blogspot.com
LAWATAN KE PPKI(BP) & PPKI(BD) DI KUCHING, SARAWAK - PART III
Selain melawat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuching, kami juga berkesempatan melawat 2 buah sekolah menengah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi.
* PPKI (BP) SMK Demak Baru
* PPKI (BD) SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor
Berikut adalah antara yang menarik sepanjang lawatan kami di dua buah sekolah tersebut :
Seawal jam 8.30 pagi, (Khamis - 5 Julai 2012) kami melawat sekolah pertama iaitu PPKI (BP) SMK Demak Baru
Lawatan untuk menambah pengetahuan dan berkongsi idea serta pengalaman dalam dunia pendidikan khas
Kedatangan kami di sambut oleh guru-guru dan murid-murid PPKI (BP) SMK Demak Baru
Persembahan nasyid oleh murid-murid PPKI(BP) SMK Demak Baru yang sungguh menghiburkan dan sangat berbakat
Taklimat dan perkongsian idea oleh Guru Penolong Kanan PPKI(BP) SMK Demak Baru iaitu Encik Jamal Shukuri Bolhassan
Ucapan balas daripada pihak kami oleh Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Dungun (Unit Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas) iaitu Encik Noh Ayob
Menerima cenderahati daripada pihak tuan rumah, PPKI(BP) SMK Demak Baru
Sebagai tanda kenang-kenangan, pihak kami turut memberi cenderahati daripada Terengganu kepada PPKI (BP) SMK Demak Baru
Berpeluang melihat demonstrasi menghasilkan kraf manik oleh murid PPKI (BP) SMK Demak Baru
Menghias tudung saji
Mendengar taklimat dan penerangan daripada guru pendidikan khas SMK Demak Baru, Puan Norzita Mohamed mengenai aktiviti keusahawanan mereka
Melawat tapak tanaman tomato yang menggunakan teknik fertigasi
Acara kemuncak, kami semua dijamu dengan jamuan yang sungguh meriah dan enak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!