TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG
SMK DEMAK BARU KALI KE 5
TAHUN 2013
16 OKTOBER 2013
STADIUM NEGERI SARAWAK
CUE
|
UCAPAN JURUACARA
|
KETIBAAN VIP
|
MENGUMUMKAN KETIBAAN
YANG DIBERUSAHA
CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU .
DIIRINGI OLEH PN. MISIA HJ ZAIN ,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK
DEMAK BARU
|
UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA
|
BISSMILLAH
HIRRAHMANIRRAHIM....
ASSALAMUALAIKUM WBT...
SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1
MALAYSIA. DIUCAPKAN KEPADA
YANG BERUSAHA,
CIKGU. HAJAH FATIMAH HAMID,
PENGETUA SMK DEMAK BARU ,
YANG DIHORMATI BARISAN PENOLONG
KANAN
KETUA-KETUA BIDANG
PARA GURU DAN STAFF SMK DEMAK BARU
PARA IBU BAPA,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
ATLIT-ATLIT OLAHRAGA DAN PARA
PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN BALAPAN
DAN PADANG SMK DEMAK BARU 2013.
TERLEBIH DAHULU,MARILAH KITA
SAMA-SAMA PANJATKAN KESYUKURAN KE HADRAT RABBUL IZZATI KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA SEKALI LAGI UNTUK
MENJAYAKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK DEMAK BARU KALI KE 5.
PALING BERMAKNA JUGA JULUNG-JULUNG
KALINYA KEJOHANAN KALI INI DISAMBUT DALAM SUASANA HARI RAYA AIDILADHA. SECARA
SIMBOLIKNYA PADA HARI INI SEMUA KITA D ISINI DITUNTUT MELAKUKAN PENGORBANAN DEMI MEMASTIKAN
KEJOHANAN KALI INI BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA.
Anak muda mengalun qasidah
Tampil ke depan berbaris-baris
Pembuka kata berlalu sudah
MAri kita teruskan majlis
|
TABIK HORMAT KEJOHANAN
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN UPACARA
TABIK HORMAT KEJOHANAN...
DIJEMPUT CIKGU HAJAH FATIMAH
HAMID
PENGETUA SMK DEMAK BARU DIIRINGI OLEH PN. MISIA HJ ZAIN , PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN SMK DEMAK BARU BERDIRI UNTUK
MENERIMA TABIK HORMAT DARIPADA KONTIGEN-KONTIGEN PERBARISAN PADA HARI INI.
|
PERARAKAN MASUK KONTIGEN
|
KEJOHANAN SUKAN SMK DEMAK BARU PADA
PAGI INI DIMULAKAN DENGAN PERARAKAN MASUK KONTIGEN-KONTIGEN PERBARISAN...
|
KONTIGEN MELALUI PENTAS KHAS
|
(dibacakan apabila peserta melalui
pentas tabik hormat)
PERBARISAN DIDAHULUI OLEH
---------- ORANG PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN YANG DIKETUAI OLEH SAUDARA MOHD
NUR IDHAM BIN SAIFUL BAHRIN.
SEDANG MELINTAS PENTAS HORMAT
SEKARANG IALAH DARIPADA KONTIGEN RUMAH HIJAU MELANGKAH SEGAK BERGAYA DENGAN
MOTTO ------------------------- ---- DIKETUAI OLEH..SAUDARA--------------------------------------------------------------KONTIGEN
INI TELAH DIBIMBING OLEH PN HAJAH
ROSMAWATI BINTI YAHYA.HIJAU
MELAMBANGKAN KESATUAN DAN KEHARMONIAN ANTARA AHLI-AHLINYA SERTA MEWARNAI ALAM
SEKELILING KITA.KITA PERCAYA KETUA RUMAH HIJAU IAITU PN ROSMAWATY TELAHPUN
MENURUNKAN SEGALA PETUA DAN AZIMAT UNTK PASUKAN INI MENJADI JUARA PADA TAHUN
INI.
MENYUSUL SETERUSNYA, LINTAS HORMAT DARIPADA KONTIGEN RUMAH
KUNING .YANG DIKETUAI OLEH..SAUDARA.-------------------------------------------
PADA TAHUN INI ,RUMAH KUNING MENDAPAT SENTUHAN GURU RUMAH.PUAN ASMINAWAT
BINTI ISMAIL.KUNING MELAMBANGKAN WARNA DI RAJA.PASUKAN INI NAMPAKNYA SUDAH
BERSEDIA UNTUK MENEMPA KECEMERLANGAN SETELAH BEBERAPA TAHUN MELEPASKAN
TAMPUK KEJUARAAN.PADA TAHUN INI MEREKA TELAH MEMILIH MOTTO
“---------------------------------------------------------------------“SEBAGAI
PENGUAT SEMANGAT MENGEJAR JUARA.
KONTIGEN SETERUSNYA IALAH KONTIGEN RUMAH BIRU DIBAWAH PIMPINAN PN TEA SU YONG. BIRU
MELAMBANGKAN PERPADUAN .INI MENUNJUKKAN MEREKA BERSATU PADU UNTUK MEMBENTUK
SEBUAH PASUKAN YANG MANTAP.DIKETUAI OLEH.SAUDARA_______________________________________DENGAN
MOTTONYA
“__FIGHT,FIGHT..FIGHT “.KITA DOAKAN
SEMOGA PASUKAN INI TIDAK DILANDA KECEWA DAN SEMANGAT JUANG TERUS MEMBARA
HINGGA KE AKHIRNYA.
KONTIGEN RUMAH SUKAN YANG TERAKHIR ADALAH PASUKAN RUMAH MERAH .MERAH MELAMBANGKAN KEBERANIAN
DAN KEGAGAHAN .”_______________________________________” MENJADI MOTTO PADA
TAHUN INI.KONTIGEN PASUKAN INI DIKETUAI OLEH
SAUDARA___________________________PASUKAN INI TELAH DIBIMBING OLEH PN SOFIAH
BINTI SUHAILI.DENGAN KERJASAMA DAN KEKUATAN SEMUA ANGGOTA ,RUMAH MERAH
MENJADI SALAH SATU ANCAMAN KEPADA RUMAH-RUMAH SUKAN YANG LAIN.
(setelah semua kontigen masuk
barisan di padang)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA
KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID..
ATAS KESUDIAN. MENERIMA TABIK
HORMAT DARIPADA KONTIGEN-KONTIGEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM ACARA
PERBARISAN PADA PAGI INI.
|
NYAYIAN
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN NYAYIAN
LAGU NEGARAKU, DAN LAGU SEKOLAH DEMAK GEMILANG. PARA HADIRIN DIMOHON BERDIRI.
HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.
|
BACAAN DOA
|
HADIRIN YANG DIHORMATI,UNTUK MEMBERKATI TERMASYA SUKAN TAHUNAN INI,
MAJLIS DENGAN SUKACITANYA MENJEMPUT AL FADZIL USTAZ-IBRAHIM BIN HALING UNTUK
MENGETUAI BACAAN DOA.
DIPERSILAKAN...
TERIMA KASIH AL-FADIL USTAZ IBRAHIM
BIN HALING ATAS BACAAN DOA.
|
BACAAN IKRAR
|
(selepas pembawa bendera mengambil
tempat/masuk barisan)
HADIRIN SEKALIAN...
MAJLIS KEJOHANAN SUKAN, DITERUSKAN
DENGAN LAFAZ IKRAR KEJOHANAN
YANG AKAN DIKETUAI OLEH SAUDARA
MOHD NUR ILDHAM BIN S AIFUL BAHRIN,
BACAAN IKRAR INI AKAN DIIRINGI OLEH
PEMBAWA-PEMBAWA BENDERA SETIAP RUMAH SUKAN..
DIPERSILAKAN...
BEGITULAH TADI SEMPURNANYA,MAJLIS
LAFAZ IKRAR KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEBAGAI KOMITMEN PARA ATLET KEPADA
KEJOHANAN KALI INI.
|
UCAPAN PENGETUA
|
MAJLIS DITERUSKAN DENGAN
MEMPERSILAKAN CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID PENGETUA SMK DEMAK BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI
KE -5.
DENGAN PENUH TAKZIM,MAJLIS
MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN..
|
|
Jalan lengkok redup berkalis
Hendak ke perak sampai ke Kedah
Ucapan tuan merasmi majlis
Tanda kejohanan berlangsung sudah
MAJLIS MERAKAMKAN JUTAAN TERIMA
KASIH KEPADA CIKGU HAJAH FATIMAH HAMID ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN ITU TADI.
|
PESERTA BERARAK KELUAR
|
(selepas perasmi/pengetua duduk)
DEMIKIAN TADI SELESAI UPACARA
PERASMIAN KEJOHANAN .
SEKARANG DIPERSILAKAN SEMUA
KONTIGEN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN UNTUK BERGERAK KELUAR KE KHEMAH
MASING-MASING BAGI KITA MENERUSKAN ACARA SUKAN PADA PAGI INI .
(TUNGGU HINGGA SELESAI)
|
PENGUMUMAN
|
GURU-GURU,PEGAWAI SUKAN DAN
PELAJAR-PELAJAR YANG TERLIBAT DIMINTA BERSEDIA KERANA ACARA SUKAN AKAN
BERMULA SEBENTAR SAJA LAGI.
|
ACARA BALAPAN DIMULAKAN
|
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN...
ACARA BALAPAN DIMULAKAN.....
.....................................................................................................
(selepas tembakan/tiupan wisel)
ACARA YANG SEDANG BERLANGSUNG
SEKARANG..................
KATEGORI...................
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!