Inilah rupa buah dabai yang saya belikan kat Pasar Satok pada hari jumaat.Nak tahu sebanyak yang ada tu beratnya 250gm dengan harga RM7.50.Mahalkan .Tapi teringin nak makan saya belilah.
Buah dabai ni saya jumpa kat Sarawak je ada.masa mula jumpa dulu ingat buah anggur.susah juga lah nak masuk dalam tekak.tapi setelah duduk beberapa tahun kat Sarawak ni hati dah jatuh cinta dengan buah ni.Dalam keluarga saya jelah yang suka.anak-anak dan suami kurang sikit.buah ni rasanya lemak-lemak gitu macam buah engkalak jugak.
Semalam saya pun buat operasi makan buah dabai ni pagi-pagi buta.
Nak makan buah ni rendam dahulu dengan air suam supaya buah ni jadi lembik sedikit
Dabai
mempunyai keunikan tersendiri jika dibandingkan dengan buah lain kerana
ia perlu direndam di dalam air suam terlebih dahulu sebelum dimakan
kerana isinya sangat keras.
Selepas sepuluh minit barulah buah dabai boleh dimakan sama ada
begitu sahaja atau dengan menggaulkannya di dalam kicap bercampur gula
serta sedikit garam dan cili.
Bagi penduduk di Sarawak, mereka gemar memakan buah dabai dengan nasi
yang masih panas dan dabai dijadikan sebagai ulam kerana rasanya lemak
Makan buah dabai dengan cincah garam dan cili...
Nasi goreng dabai untuk en suami...
Rupanya dabai ni ada juga kelebihan dia.kalau nak tahu bacalah kat bawah nie..
Penyelidikan saintifik ke atas dabai
mendapati buah itu sangat kaya dengan kandungan antioksida yang
berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Disebabkan kekayaan kandungan antioksida
yang terdapat pada dabai ia berpotensi dijadikan bahan utama dalam
pengeluaran produk makanan serta kosmetik.
Hasil penyelidikan yang dibuat oleh JPS
dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) katanya mendapati dabai
juga mengandungi sumber protein, tenaga dan mineral seperti potassium
dan kalsium.
Dabai sangat kaya dengan kandungan
antioksida terutama pada bahagian kulitnya (buah) diikuti seluruh buah
merangkumi kulit dan isi serta isirung menjadikannya sangat berpotensi
dipasarkan bersama buah-buahan tempatan untuk mempromosikan kempen
kesihatan
Rugi tau kalau tak suka buah ni..alang-alang duduk kat Sarawak ni..hayati makanan nya sekali..
Pastinya saya akan rindu buah ni..
-Anak Pantai-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!