info ini bagus sangat ...tu yang nak kongsi..kalau rajin bacalah..
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG
Oleh : JAMAL ALI ( KKM SG BULOH )
** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta ber peluh
dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala
kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah
kana.
** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu
seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan
penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan
roti canai dengan capati dan tosei)
** Minuman seperti nescafe,
air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu
dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia
pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh
kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia
pewarna dan perisa.
** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan
meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick ,
dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah
pinggang.
** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana
mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini
dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan.
Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya
berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!