Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 29 Ogos 2013

Sajak Dari En Suami



Maaflah en suami saya abadikan sajak ni  kat blog ni...saya nak awak tahu yang saya amat menghargainya..
atas ciptaan sajak ni..terima kasih ye kerana awak memahami diri saya..
menyanyangi saya tak pernah pudar
walaupun awak sentiasa teruji dengan sikap saya..
 

LUKAMU DALAM

Isteriku…
Sejak dari dulu kau dibaluti duka
Hidup dibaluti keperitan
Kau tabah mengharunginya..
Isteriku…
Sabarmu menanti sinar
Cahaya hadir menyuluh kehidupan
Puncak menara gading kau takluki
Isteriku…
Hidupmu terus disaluti ceria
Hidup di mahligai impian
Cahayamata menemani hidup
Isteriku…
Kini suram hadir kembali
Menguji  ketabahanmu
Menyentap kesabaranmu
Isteriku…
Kesabaranmu kembali ditagih
Keperitan lalu menjadi pengajaran
Pasti ada cahaya menantimu di sana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!