Sejak dua menjak ni sangat rajin baca petua langsingkan badan..maklum kalau boleh nak kembali macam berat badan dulu 45kg-50kg..rasanya takde harapan kut nak turun..tapi apapun tak salahkan berusaha..
hihi..
bila dah baca dan belek majalah ni terjumpalah beberapa petua..
Sapa yang bermasalah sama dengan saya ni bolehlah baca dan amalkan.kut-kut berjaya..
Petua 1
Buang lemak dengan putik delima.
Ambil 3 hingga 5 biji putik dibersihkan dan ditumbuk hingga lumat.
Perah patinya dan minum pati perahan tanpa gula atau bahan lain.Amalkan setiap pagi dan malam selama sebulan...
(mana nak cari putik delima ni ek)
Petua 2
Campuran lobak merah dan timun langsingkan tubuh.
2 biji lobak merah/1 biji timun
Parut dan perah airnya
Parutan tersebut dicampurkan degan sebiji limau nipis.Bancuh bahan tadi dan minum 2 kali sehari..
Amalkan setiap hari hingga berat badan berkurangan..
(kalau yang ini senang..kat mana-mana berlambak dijual)
Petua 3
Buah Delima kempiskan perut
Jemur kulit delima hingga kering
Rebus kulit yang kering bersama sedikit garam.
Minum air rebusan dengan kerap hingga berat badan berkurangan..
(kat Sarawak ni buah delima mahal le...)
Petua 4
Air daun betik tua turunkan berat badan
2 helai daun betik ..(cucilah dulu ya)
potong halus masukkan dalam mesin pengisar dicampurkan dengan air asam jawa serta secubit garam .kisar dan minum airnya setiap hari selama seminggu..
(daun betik tua ...mana nak ambik ni)
Petua 5
Mengurangkan kadar kolestrol
Perah sedikit lemon campur dengan 1 sudu teh minyak zaitun.amalkan minum 2 /3 kali sehari
ia dapat mengurangkan pembentukan selulit.
Petua 6
Tubuh ringan dan bertenaga
Minum air rebusan serai dan halia yang telah dititik bersama kayu manis dan lada hitam.
Amalkan setiap pagi tubuh akan jadi ringan..
Petua 7
Perut cantik
Ambil air limau nipisdan campur dengan kapur sirih.
sebatikan lalu disapu pada perut.nak ikat pakai bekungpun ok atau nak sapu pada berut sahaja.
amalkan setiap malam..
Petua 8
Buang lemak dengan air asam jawa
jadikan air asam jawa minuman seharian
jadikan dia makanan minuman tengahari dan malam
jika amalkan pasti tubuh akan langsing.
Petua 9
Menurunkan berat badan
Ambil 3 sudu serbuk teh cina dan rendam dalam air
tapis dan campurkan dengan perahan air asam limau nipis amalkan selalu dengan minum sebanyak 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Petua 10
Ambil sarapan pagi .
Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah
Kadar metabolisma juga meningkat untuk membakar kalori.
Petua 11
Pilih piring leper dan rata
Ambil lauk pauk dulu sebelum nasi
kalau boleh ambil sayur yang banyak dahulu untuk memenuhkan ruang piring.ini mengelakkan kita ambil nasi dengan kuantiti yang banyak..
Petua 12
Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili ,biji sawi didapati boleh membakar kalori.Penambahan lada hitam meningkatkan penghadaman dan meningkatkan pembakaran lemak..
Petua 13
Makan dengan perlahan.
kalau nak makan dengan perlahan tu dengarlah lagu dongdang sayang atau keroncong..pasti kitapun akan makan ikut retak lagu tu..
hihihi..
Kalau tengok petua-petua kat atas ni bukan susah pun nak buat kan...rajin atau malas je..satu lagi disiplin yang tinggi..
alahai bab ini yang berkira
kerana aku ni tidak berdisiplin
semangat tinggi daya usaha kurang..
Tepuk dada tanya selera
penatlah menulis...tapi saya happy..
kongsika citer walau hanya sebaris ayat.
-Anak Pantai-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!