Hari pertama saya mendaftarkan diri...saya sudah tertarik dengan tutur kata pn pengetua..Beliau memberitahu sangat cetek dalam bidang Pendidikan Khas ini.Pertemuan pertama saya sudah menceritakan apa yang harus dilakukan dan apa yang tidak harus dilakukan dari segi pengurusan kelas dan murid hinggalah kepada bidang tugas dan kebajikan guru-guru Pendidikan Khas.
Saya akui peringkat awal saya sedikit buntu..Hari pertama dengan hanya seorang guru dan murid seramai 31 orang apa yang harus saya buat.31 orang bermakna 31 ragam dan perangai yang saya harus tempuhi...Merenung jauh melihat kelas yang diberikan dengan meja dan kerusi bertaburan dan dinding yang berlubang-lubang saya seakan hilang punca.Namun melihat semangat dan mesra nya ibu bapa yang hadir pada hari pertama membangkitkan semangat saya untuk membuktikan kemampuan saya sebagai seorang penyelaras.Otak saya berfikir ligat bagaimana harus saya tempuh pada esok hari dan hari-hari seterusnya kerana hanya saya seorang guru mereka.Sayalah guru Bahasa Malaysia,Matematik ,PJK,Agama ,Pend Seni dan semua matapelajaran yang lain.
Sepanjang perjalanan pulang saya tak habis -habis meluahkan kebimbangan saya pada suami tika tu.Pada dia saya amat memerlukan sokongan dan bantuan demi melancarkan pengurusan pengajaran saya.Tika itu jarak antara rumah juga agak jauh ..Rumah saya di Gombak manakala dan saya bertugas di satu tempat yang antara paling sesak di Kuala Lumpur..Tapi kerana azam yang kuat untuk bina hidup baru..saya tidak sedikitpun merasa stress dengan jarak sebaliknya tiap kali membuka mata selepas tidur hati saya sudahpun berada di sekolah.Setiap pagi saya sebolehnya ingin cepat sampai sebab saya tahu ibu bapa sudahpun menghantar anak-anak mereka seawal 6.30 pagi walaupun sekolah bermula 7.30 pagi.Ini bermakna 6.30 pagi saya sudahpun melaksanakan tugas saya..tersilap sedikit ada yang cedera kalau saya alpa.Ini kerana anak-anak murid saya tika itu pelbagai ragam.Ada yang suka mencederakan orang lain,ada yang suka baling barang,kerusi dan meja,ada yang suka bergaduh,dan tidak lupa saban hari ada yang suka membuang air di dalam kelas..Semua tugas ini terpaksa saya hadapi seorang dan saya juga meminta pertolongan anak-anak murid khas yang mampu urus diri untuk membantu saya sama-sama menyucikan kencing berak kawan-kawan mereka.Apa yang saya perasan Allah ada bersama saya sentiasa..Ini kerana Allah tidak berikan tekanan pada saya malah sentiasa memberikan ilham untuk saya mencari jalan menyelesaikannya.Malah sepanjang seorang mengajar itu saya selalu berdoakan agar diberikan kesihatan yang kuat walaupun tika itu saya disahkan hamil satu bulan.
Allah makbulkan doa saya .Sepanjang di sekolah saya cukup cerdas.ke hulu ke hilir jalan punyalah laju..sampai terkadang ada rakan-rakan guru yang tegur.
Masa dalam kelas ,selepas buat ujian diagnostik saya dapati ada 5 tahap dalam satu kelas yang saya ajar.2 orang tahap tingkatan 1..5 orang tahap darjah 5..ada yang tahap darjah 3.2,darjah satu dan tadika pun ada..Ini mencabar saya untuk saya mengajar mereka dalam masa yang sama.Sungguh inilah pengalaman yang amat berharga yang saya dapat..menguji minda dan menguji kesabaran. Dalam masa yang sama saya menulis di papan putih minta pelajar yang berada tahap tinggi menyalin apa yang tuliskan dan menerang serba ringkas.pada murid yang lain saya edarkan lembaran kerja yang saya lukis bersama suami di rumah.Masa ni saya masih lagi buta IT.jadi saya banyak gunakan tangan saya melukis dan menulis lembaran kerja yang bersesuaian.
Pada murid yang terlalu rendah..saya bagikan lembaran kerja yang menyambung titik,atau memberikan aktiviti mudah mencantum puzzle bersama.Manakala murid-murid lain saya pergi sorang demi seorang agar sekurangnya objetif pengajaran saya tercapai.Apa yang saya perhatikan waktu saya mengajar..murid-murid saya seolah memahami.kawalan kelas bagi saya baik sebab tidak bising dan tidak ada murid yang keluar masuk..cuma sesekali saya dikejutkan dengan bau yang amat tidak menyenangkan..
kalau tidak budak lelaki yang melepas ..budak perempuanlah yang buat angkara...Yang pasti semuanya budak Down Sydrom yang punya kerja. kadang-kadang pulak tertiba meja terangkat..ada yang nak mengamuk..ada yang cuba mencederakan mata kawan yang lain..tegang jugak situasi terkadang tu.Saya banyak menggunakan teknik memujuk..menggunakan kata-kata yang lembut dan membuang segala ego yang tertanam seketika.Tapi teknik itulah yang pasti membuatkan saya dan murid-murid ini cukup rapat. Setiap hari pasti saya merasa pelukan murid-murid ini.Pipi saya dah kalih dengan air liur mereka.mana kan tidak..jumpa saya pasti diciumnya pipi kiri dan kanan..Ada tu pulak tak langsung berenggang dengan saya kemana kaki saya pergi disitulah ada dia..hingga ke pejabat sekalipun tangan terkadang berpimpin tangan membawa mereka.Bila waktu pulang ada tu puas memujuk baru nak balik..rupanya sukanya mereka pada saya.Yang mendekatkan lagi saya pada murid-murid ini..setiap hari pasti ada doa buat saya ...cikgu moga panjang umur,cikgu moga cikgu murah rezeki....apa lagi saya mahu ..saya cukup puas betapa mulianya insan ini mendoakan saya.
Sepanjang p&p berjalan biasanya saya buat strategi selepas satu mata pelajaran saya bagi murid-murid ini bermain 10minit,mainlah apa sahaja atau nak berlari-lari bermain diluar.syaratnya berada tidak jauh dari pandangan mata saya.lepas tu saya sambung dengan matapelajaran lain pula..itulah setiap hari yang saya lakukan supaya mereka tidak jemu mengadap muka saya sepanjang hari..Waktu mengajar pula saya masukkan unsur jenaka..bibir pula tak lengkang dengan lagu.bila murid menyanyi saya pulak yang tukang sambung lagu tu..Boleh dikatakan pengajaran saya banyak gurau senda dan hilai tawa...Mana -mana murid yang nampak pendiam saya cuba dekati mereka dengan setiap hari bertanya khabar murid ini ,apa yang dia buat di rumah dan sebagainya.akhirnya murid pendiam ini tidak malu dan segan lagi dengan saya.
Pukul 9.00 pagi murid akan rehat di kantin..biasanya inilah waktu kelam kabut saya menguruskan 31 orang murid khas makan di kantin tanpa pembantu pengurusan murid.Ada yang boleh membeli tu saya bahagikan tugas membantu saya membelikan makanan untuk rakan mereka.Penguasa kantin juga banyak memberikan kerjasama..selalu bagikan makanan free kat anak-anak murid saya.saya pula waktu ini tidak berkesempatan untuk makan kerana saya perlu menyuapkan nasi sesetengah murid yang lambat betul untuk makan..waktu makan saya biasaya pukul 100 petang selepas murid-murid saya pulang.Setiap hari saya hanya makan pada pukul 1.00 petang dan ke atas.Sebab itu masa di Pandan Jaya dulu berat saya hanya 45kg hingga 48 kg..kalau berat 50kg tu dah cukup gemuk buat saya..tapi kini berat saya huh.dah melebihi 55kg..bahagia mungkin duduk di negeri Sarawak yang udaranya amat bersih.. macamana nak gemuk makan saya tak terurus.Saya masa tu amat pentingkan masa..kerana saya bimbang untuk tidak menyiapkan lembaran kerja murid-murid untuk saya gunakan pada esok hari .Pantang je ada masa terluang saya cuba menyiakan lembaran kerja...Biasanya saya berada di sekolah dari pukul 6.30 pagi hinggalah 5.40 petang.Satu hari saya berada di sekolah tapi masih juga tidak cukup buat saya.di rumah suami banyak membantu.Biasanya tiap-tiap malam saya dan suami membantu bahan mengajar.Saya buat mata pelajaran Bahasa Malaysia suami saya buat matapelajaran matematik. begitu juga dengan mata pelajaran yang lain.walaupun suami saya bukan seorang pendidik tapi dia amat faham tugas saya.Biasanya saat orang lena diulit mimpi saya akan bangun berjaga menyiapkan ABM setakat yang saya mampu..Terkadang saya terfikir kenapa saya tidak berasa tertekan pun..saya mencari jawapan..dan saya temuinya iaitu tiap perbuatan yang lahir dari hati yang tulus ikhlas Allah berikan satu nikmat ketenangan...dan bahagia dengan cara kerja tanpa ada hasutan dari mana-mana..Jikalau di minda kita tertanam positif hasilnya pastilah positif juga.Satu lagi murid kita ni walaupun macam ni tapi mereka dapat menilai ikhlas kita pada mereka.Jadi kasih sayangpun perlu ikhlas dan keikhlasan itu nampak jujur.hanya orang yang tahu menilai je dapat mengetahui di mana nilai kasih sayang itu..
Untuk melancarkan bidang pengurusan,saya menjalinkan hubungan yang baik dari semua orang..staf ofis,tukang kebun ,jaga ,kakak cleaner dan semua guru pagi dan petang.Boleh dikatakan semua rapat dengan saya.Bagi saya semua mereka menyumbang peranan untuk saya bla saya ditimpa masalah.Contohnya saya guna jasa tukang kebun betulkan dinding saya yang berlubang..berikan sedikit duit poket sebagai saguhati terima kasih.Kadang waktu tengahari tu saya borong buah-buah atau kuih lepas tu saya bagikan pada mereka ni..Kadang pulak tu saya lepak kat ofis dan membantu kerja -kerja perkeranian mereka..Seronok dan dia orangpun seronok dengan saya..Jadi bila saya inginkan sesuatu seperti tolong order barang untuk saya atau fotostart lembaran kerja murid,saya suruhlah mereka buat.ataaupun terkadan tu saya perlu menghantar surat kepada jabatan segera.merekalah yang banyak bantu saya.bagi saya ,saya gunakan teknik bantu membantu.mereke dah buat kerja yang patutnya saya kena buat dan apa salahnya saya membantu mereka dengan sedikit duit poket untuk mereka yang sanggup buat untuk saya..adilkan tiada istilah ambil kesempatan atau pijak kepala orang..sebab tu saya tiada tekanan pun walaupun saya seorang di mata luaran tapi yang sebenarnya semua warga sekolah membantu saya dibelakang..Saya bertuah dapat pengetua yang memahami..dan warga sekolah yang boleh menerima murid-murid istimewa ni..Bila saya terpaksa menghadiri mesyuarat merekalah yang tukang ambil alih tugas menjaga anak murid saya.Rasanya inilah satu-satunya sekolah yang saya jumpa guru perdana yang sanggup gantikan kelas pendidikan khas.Sebenarnya tiap perkara tak mustahilpun boleh berlaku jika semua orang saling kerjasama dan tidak mementingkan diri.
Saya akui sedikit susah bila ada sesuatu mesyuarat atau perjumpaaan,saya ni bukan pandai memandu..biasanya untuk sampai satu destinasi tu pelbagai kemudahan awam saya guna.naik LRT tukar LRT lepas tu naik komuter dan last sekali naik teksi barulah sampai...tapi lancar je sampai tempat mesyuarattak pernah lewat..balik senang sikit tumpang kawan dan bagi duit minyak sikit. Dalam mencari maklumat saya buang perasaan malu banyak sekolah saya call penyelaras tanya selok belok pengurusan.Minta contoh jadual dan segala yang berkaitan dengan Pendidikan Khas ini..alhamdulillah banyak ilmu yang saya dapat.
.
Bila buka program ini banyak kekurangannya,dari peralatan dan abmnya semua saya kena fikirkan..Biasanya sendirian berhadlah jawabnya beli buku-buku,warna dan sebagainya..Tapi saya percaya rezeki saya kerana adanya murid ini.saya habiskan untuk mereka dan Allah akan balas balik..Firasat saya memang tepat..murah je rezeki saya..masalah yang datangpun dapat diselesaikan dengan mudah...Alhamdulillah..hingga kini pun saya rasa rezeki saya sentiasa bertambah...itulah pengalaman beberapa bulan sebelum guru-guru lain datang membantu.
ini hanya sedikit yang dapat dikongsi...bila jemari menulis!!!!
-Anak Pantai-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!