Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 13 Julai 2013

Laporan Kem Jom Solat SMK DEMAK BARU Siri 1



KEM JOM SOLAT
SIRI PERTAMA
PERINGKAT SMK DEMAK BARU
TEMA:
“SOLAT MEMBENTUK PERIBADI UNGGUL”
Tarikh                                     : 28-29 Jun 2013
Hari                                         : Jumaat hingga Sabtu
Tempat                                    : SMK Demak Baru


ANJURAN:

UNIT DISIPLIN SEKOLAH
DAN
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DENGAN KERJASAMA
PIBG SMK DEMAK BARU
1. PENGENALAN

Solat merupakan tiang agama .Memandangkan kebanyakan murid SMK Demak Baru tidak mengetahui cara mengerjakan solat dengan sempurna,maka dicadangkansatu kem bagi mendidik murid-murid ini mengerjakan solat dengan sempurna perlu dilaksanakan.Justeru pada 28 Jun 2013 hingga 29 Jun 2013 telah Berjaya diadakan KEM JOM SOLAT SIRI 1  di SMK Demak Baru dengan jayanya.

2. MATLAMAT

2.1       Menjadikan solat sebagai satu amalan harian dan pembentuk jati diri murid-murid di SMK Demak Baru.

2.2       Menyemai rasa cinta terhadap Islam.

2.3       Mendidik murid-murid Islam mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan solat.

2.4       Memupuk sikap mengambil berat untuk mengerjakan solat

2.5       Menjadikan solat sebagai budaya hidup dan mendisiplinkan diri.


3.OBJEKTIF


3.1       Murid-murid dapat meningkatkan sahsiah diri.

3.2       Murid-murid dapat menjalani ibadat dengan sempurna  dan teratur.

3.3       Mengenal pasti kesalahan –kesalahan yang dilakukan oleh murid sewaktu solat.

3.4       Memberi pendedahan tentang teori dan praktikal mengenai cara-cara solat berpandukan hadis dan sunnah Rasulullah S.A.W.


4.TEMA

“ Solat Membentuk Peribadi Unggul”

5.ANJURAN

Unit Disiplin SMK Demak Baru dan Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama PIBG.








6.SASARAN

6.1       Murid-murid dari Tingkatan 3,Empat dan Lima yang telah dikenal pasti melalui Ujian Diagnostik.

6.2       Seramai 50 orang murid iaitu:
30 orang pelajar perempuan
2 orang pelajar lelaki.

7. AKTIVITI/
(Rujuk di Lampiran 1 )

8.KEWANGAN
(Rujuk di Lampiran 2)



9.PENILAIAN

9.1       Kekuatan

            9.1.1. Peserta Kem Jom Solat begitu semangat untuk belajar cara solat.

9.1.2. Sokongan yang padu daripada guru-guru,PIBG dan ibu bapa SMK Demak Baru   
         

9.1.3. Mendapat kerjasama dan peruntukan daripada Baitumal , JAKIM dan Jabatan
          Pendidikan Sarawak.

9.2       Kelemahan

            9.2.1. Ketiadaan air di tandas sedikit mengganggu keselesaan peserta kem.

            9.2.2. Masalah kewangan kerana tidak mendapat sumber daripada semua Adun
                      Walaupun surat mohon sumbangan telahpun dihantar.

            9.2.3. Jadual padat kerana masa dan hari yang singkat.

            9.2.4. Kelemahan dan pengisian penceramah tidak tertumpu pada solat.

            9.2.5. Terdapat AJK yang dilantik tidak hadir seperti berlaku ketiadaa pengacara
                      majlis semasa Majlis Penutupan Perasmian.

10.CADANGAN

10.1     Tambahkan bilangan hari untuk memantapkan lagi pengetahuan tentang solat dan
            Penilaian terhadap peserta dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

10.2     Menambahkan bilangan peserta kem.

10.3     Mengadakan kerjasama  dengan beberapa pihak seperti JAKIM,Baitulmal.

10.4     Mengadakan di luar kawasan sekolah seperti di masjid dan sebagainya.

10.5     Mempelbagaikan aktiviti seperti persembahan nasyid ,sajak semuaya berkaitan
            dengan solat.

11. PENUTUP

Di akhir majlis,kem ini telah disempurnakan perasmian penutup oleh Yang Berusaha Ustaz

 Busman Ramli selaku  YDP PIBG SMK Demak Baru.Kesimpulannya kem ini telah berjalan

dengan lancar sekali.Terima kasih atas semua yang terlibat sama-sama

menjayakannya.Diharapkan program-program seperti ini dapat diteruskan demi memberi

kefahaman dan ilmu yang berguna kepada para peserta khasnya dan komuniti muslimin

sekeliling amnya.Insya-Allah.Wasalam


Disediakan oleh:

NORZITA MOHAMED
Setiusaha Disiplin
SMK Demak Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!