Sememangnya semua kita rindukan persekolahan dulu ..rindu ketika bersama cikgu..
Banyak kenangan suka duka ketika zaman persekolahan dulu..
Saya kurang pasti apa duka saya dengan cikgu.Lucu tu banyaklah.Masa sekolah rendah dulu masa tu saya darjah 1,ini kenagan yang tak akan saya lupa.Saya sentiasa dimarah cikgu sebab saya tak pandai membaca.
Bila exam saya dapat no 40..
Banyakkan.
so..sekolah rendah saya tak berapa pandai tapi bila mula darjah 4 saya kekal duduk dikelas pandai..
bila penilaian darjah 5 saya hanya dapat 1A 2B 2C..jadi saya bukan kegemaran cikgu..walau saya baik bagaimanapun saya bukan pilihan cikgu..itu yg sedih bila lihat kekawan yang menjadi kesukaan cikgu..apapun. itu tidak mengubah hidup saya untuk terus berusaha..
Peristiwa darjah 6,saya menangis bila Cikgu Aziz ambil binantang yang lekat di mata saya.(orang Terengganu panggil pirah)saya menangis bukan kerana sakit tapi menangis sebab malu..huhuhu..saya ni sebenarnya pemalu..so kawanpun saya tak berapa ramai..yang ada sedikit tapi kekal hingga sekolah menengah dan ke hari ini...
bila tingkatan 1,ramai kawan masa sekolah rendah dahlu di kelas yang sama..tapi saya kekal di kelas no 2 pandai..masa ni kawan-kawan yang dapat keputusan bagus ramai yg berhijrah ke asrama penuh.saya pula..hanya di SMK Kompleks Mengabang Telipot.Masa ni semangat mula untuk belajar..dan kesdaran dalam diri mula berputik..Dengan kawan yang rapat saya mula berlumba.Antara kami mesti bertukar no 1 hingga 4.Ini berterusan hingga tingkatan 2.Satu peristiwa lucu..buku lirik lau saya dirampas cikgu.Masa tingkatan 2 inilah juga saya dapat mebaca surat-surat cinta yang cikgu berikan pada kawan saya..Tapi saya ni pandai juga menyimpan rahsia hanya saya dan kawan saya sorang je tau dia bercinta dengan cikgu.
Kesimpulannya ...filem cikgu bercinta dengan anak murid adalah sememangnya berlaku..
Pada masa ni saya mula melihat kawan-kawan yang ada rupa mula ada pasangan masing-masing.semuanya memasang badan ,menghias diri..dan saya pula hanyalah bedak sejuk 20sen yang mak belikan.Hingga kan pada suatu hari dalam tandas kawan saya menawarkan lotion untuk disapu pada tangan.Terpinga-pinga saya sebab saya tidak tahu apa itu lotion.. begitu daif saya ketika itu..terasa jauh rendah diri..rasa diri begitu hodoh...huh..
Tingkatan 3 saya terus kan pengajian saya..dengan pelbagai ujian yang melanda diri.dengan kemelut keluarga saya tempuhi dengan sabar..kerana impia menjadi guru belum terlaksana.Tingkatan 3 saya dihadiah kan sepasang kurung biru oleh Cikg Esah kerana kemiskinan saya,walaupun hanya baju terpakai tapi bagi saya sangat cantik..kerana sebelum ini saya tidak berpeluang untuk memakai baju yang cantik seperti kawan-kawan yang lain..pernah impian saya hampir berkubur kerana kemiskinan dan kemelut keluarga dan pada cikgu ini saya ceritakan apa yang saya rasa..
Pengalalaman mengambil keputusan SRP dengan agregat A 20 betul-betul menyedarkan saya.
Pada diri saya berjanji untuk menyedarkan guru-guru yang memandang rendah pada saya..Mula saat itu tiada masa terluang yang saya biarkan..membaca dan mengulangkaji pelajaran seakan satu hobi baru yang amat indah dan tenang..Sesunguhnya tika itu juga seakan Allah sangat dekat dihati..
pengalaman yang sangat berharga yang saya dapat di tingkata 5 apabila saya diperkenalkan oleh Cikgu maimunah pada program usrah..bersama beliau saya mengikuti kelas-kelas agama.boleh dikatakan saban minggu pasti saya dan rakan ke rumah beliau mendengar dan belajar fardu ain dan fardu kifayah.Pengalaman makan setalam dengan kekawan menyedaran saya erti sebuah persaudaraan.Hingga kini saya tidak lupa pada jasa guru ini..tapi saya dapat nafikan ada sestengah guru yang tidak yakin dengan potensi saya.satu kepuasan yang tidak terhingga apabila saya dapat buktikan saya juga salah seorang yang buat dia tersenyum tika mengambil keputusan SPM dulu..dan yang amat manis bila diri ni menngajar sekali di sekolah yang sama apabila saya dipostingkan..
Apapun inilah kenangan..sebenarnya jemari ini terasa lagi untuk menulis tapi peristiwa hari ini betul-betul menguji kekautan dan ketabahan saya..
apapun inilah saya seorang guru yang seringkali diuji.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!