Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 28 Mei 2013

Rojak Terengganu,agar-agar santan masakan mak

Sejak dua bulan mak bersama...bertuah sangat rasa kerana dapat makan masakan dari air tangan mak.
Boleh dikatakan saban hari mak masak apasahaja yang kami minta...sebut je di mulut,pastikan mak akan cuba usahakan..
Semalam mak buat rojak dan agar-agar santan buat kami..
Rojak semestinya kegemaran diri ini kerana masa mak berniaga dulu,inilah salah satu jualan mak dulu .Buat rojak ni senang je...
bahan-bahan
(Kuah)
Air Asam jawa
cuka
kicap
cili boh 
belacan
gula
sedikit garam
ikan kering
ikan rebus
air
Semua bahan tadi dimasakkan sekali termasuk ikan kering dan ikan rebus yang telah ditumbuk tu ...masak dia mudah tapi sedapp!!
kuah ni kita makan dengan betik kekuningan tu,timun batang,nenas dan ubi sekuang..tambah pulak kalau ada kerepok keping terengganu..fuyoi...sedap menjilat jari..



Ni pulak agar-agar santan buat cucu-cucu mak...
Masakan mak yang terbaikbagi kami...
Dalam hati menghitung hari....mak akan balik kampung tinggalkan kami..
Kalau boleh biarlah waktu lambat beredar supaya mak masih lama dengan kami...
Nikmat yang tak terhingga bila mak ada di sisi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!