Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 31 Mei 2013

Resepi paling mudah

Sayur Cekur manis

Bahan-bahan:
daun cekur manis
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
sebiji keledek
secubit garam
secubit gula
ikan bilis atau ikan tamban /keropok keping.

Cara membuatnya:
tumiskan bawang putih dan merah yang dicincang halus hingga garing
masukkan air
masukkan keledek dan masak sehingga ubi empuk..
masukkan daun cekur bersama gula dan garam..kalau boleh nak rasa manis sikit..
Siap untuk dihidangkan...

Ikan kering berlada bersama petai..
ni yang paling senang jugak nak masak..
sangat sesuai makan nasi bersama dengan sayur cekur manis tadi..
ni kira masakan orang terengganulah ni..
time duit semakin mengecil bolehlah cuba..

bahan-bahan:
1 bijibawang besar
beberapa helai cili kering yang dikisar
minyak
garam
gula
air asam jawa
petai
ikan kering yang telah siap digoreng..

cara membuatnya:

panaskan minyak
tumiskan cili bersama bawang sehingga masak
masukkan air asam jawa
masukkan garam dan gula secukup rasa..
masukkan petai
masukkan ikan kering yang telah siap digoreng
tunggu seketikakemudian hidangkan..

 Sotong Rebus

Bahan-bahan:
sotong
serai dipukul dengan alu lesung.hahaha
bawang putih/bawang merah
halia
garam

Cara Membuatnya
Masukkan kesemua bahan tadi bersama air 
rebuskan sehingga sotong masak..
senang kan...
Kepala Sotong Masak Merah

Bahan-Bahan
Bawang merah
Bawang putih
garam 
gula
asam jawa
minyak untuk menumis
kepala sotong
daun limau purut
tomato
halia dipukul
serai dipukul
cili boh atau cili kering
kicap sedikit
kalau suka ajinomoto tu letaklah jugak

Cara Membuatnya

Tumiskan cili bersama bawang putih dan bawang besar atau bawang merah yang telah dikisar
Bila cili dah betul2 masak masukkan air asam jawa
masukkan kepala sotong,serai  dan semua bahan yang dinyatakan di atas.
Tomato tu letak last sekali lah ya..
kalaau ada nenaspun bolehlah jugak letak.lepas tu hiriskan lada besar masukkan seketika atas kuali lepas tu angkat.

 Telur dadar
basuhkan telur
masukkan garam dan ajinomoto
pukul telur hingga kembang 
panaskan minyak
goreng dalam api yang sederhana

Paling senanglah kan.
Tapi satu petua yang dapat dari bapa mertua
nak telur dadar yang cantik pastikan letak minyak lebih sedikit dan tunggu hingga kuali tu keluar asap baru letakkan telur
Hasilnya memang puas hati
telur dadar kembang dan gebu..
Kerabu Sotong Nenas

Bahan-bahan
Sotong yang telah direbus
nenas
cili kecil dihiris halus
bawang merah dihiris halus
garam kasar
 gula
kacang tanah ditumbuk kasar
limau nipis ambil airnya
serai di hiris halus
tomato
kacang panjang
timun batang
daun kunyit dihiris halus

Cara Membuatnya
Kesemua bahan tadi digaulkan sekali..

inilah resepi ciptaan sendiri tak copy dari mana-mana..
paling senang dan mudah je nak buat..
-Anak Pantai-




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!