Lucu betul bila saya kenangkan apa yang berlaku semalam...Tak sangka budak perempuan down Syndrom ini bisa mencairkan hati saya untuk mandi.
Melihat dia datang berlari-lari bersama ibunya,hati ni mula tersentuh,naluri saya pantas untuk mendapatkan dirinya.
apatah lagi melihat keghairah dia untuk bermain air dan pada masa yang sama dia dihalang olehibunya kerana ibunya tidak mahu baju ibunya basah.
Pada anak murid saya Adriana saya meluahkan untuk mandi tapi saya lupa membawa tuala.anak murid saya Norliza menawarkan diri meminjamkan tuala barunya,tanpa membuang laju kaki saya melangkah ke kolam renang..tanpa saya sedari pantas pula tangan saya mencapai budak ini dari ibunya.
Apa lagi bermulalah bibit-bibit kemesraan saya dengan budak kecil ni...
Mungkin jiwa hati saya sudah sepenuhya dengan insan-insan istimewa membuatkan saya merasakan mereka semua sebahagian hdup saya.Walaupun tak bersua sekali bersua melekatnya hingga ke jwa..
Semuga saya dan anak kecil ini akan berjumpa lagi..Semoga sinar hidupnya tidak pernah suram...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!