Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 2 Mac 2013

Teks Pengacara Majlis -PROGRAM KESEJAHTERAAN SAHSIAH DAN DISIPLIN




SKRIP PENGACARA MAJLIS -PROGRAM KESEJAHTERAAN SAHSIAH DAN DISIPLIN MURID
TARIKH                 : 2 MAC 2013
TEMPAT               :  KANTIN SMK DEMAK BARU
MASA                   : 10.30 PAGI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Yang Berusaha 

Cikgu Hajah  Fatimah Hamid  , Pengetua SMK Demak Baru Kuching

Yang Berusaha

Inspektor Gilbert ak Cinchin Simunga,Ketua Polis Balai Gita selaku penceramah jemputan

Yang dihormati

Pn Misia Hj Zain, Penolong Kanan Pentadbiran,

En Razali bin Badar , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Selamat masuni,Penolong Kanan Kokurikulum,

En Jamal Shukuri Bolhassan  Penolong Kanan PPKI
,
Guru-guru , ibu bapa serta pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat datang kami ucapkan
Moga diiringi restu illahi
Ceramah Disiplin kami adakan
Moga yag salah dapat dijauhi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah 

kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu, digerakkan minda dan deria rasa, dikurniakan 

kecerdasan fizikal dan mental untuk sama-sama berkumpul di kantin SMK Demak Baru ini  bagi

 satu program ceramah  Kesejahteraan Sahsiah dan Disiplin Murid Tingkatan 4, Anjuran Unit 

Disiplin SMK Demak Baru.Ceramah yang diadakan ini adalah merupakan  satu Gerak Kempen 

menangani gejala disiplin Murid yang bertujuan untuk melahirkan murid yang berkeperibadian

 mulia, berpegang kepada nilai-nilai murni, berbudi bahasa, bertanggungjawab dan menghormati 

ibu bapa, guru, masyarakat dan undang-undang, di samping meningkatkan kuantiti disiplin murid 

dan mengurangkan salah laku disiplin di kalangan murid.


Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Hari minggu berjalan di kota
Tidak lupa membeli kuini
Bersama hargai diri kita
Sahsiah dijaga Disiplin ditangani.

-Terlebih dahulu pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih PDRM khususnya  kepada
Inspektor Gilbert kerana sudi menerima jemputan dan hadir ke  SMK Demak Baru. Juga tidak 
ketinggalan pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa murid Tingkatan 4 
 yang hadir pada pagi ini. Kelazimannya, pada hari sabtu merupakan hari bersantai bersama
keluarga. Namun begitu ,dari raut wajah ceria para ibu bapa yang hadir menunjukkan keprihatinan
dalam membentuk displin dan sahsiah anak-anak .

-Sebelum penceramah menyampaikan cermah beliau,eloklah kiranya kita mengenali  dahulu 
penceramh kita pada hari ini  secara ringkas. [BIODATA DIBACA]

-Dengan tidak membuang  masa, kita akan memulakan ceramah PDRM yang bertemakanurid-murid melakukan salahlaku jenayah tidak terlepas dari tindakan undang-undang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Inspektor Gilbert ak Cinchin Smunga,Ketua Polis Balai Gita untuk menyampaikan ceramah .

Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Inspektor Gilbert Ak
 Cinchin atas ceramah itu tadi.

Hadirin yang sekalian.

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Hajah Fatimah  Hamid,pengetua SMK Demak Baru untuk
 menyampaikan sedikit tanda kenangan kepada penceramah iaitu Inspektor Gilbert Ak Cinchin Simunga .Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hajah Fatimah atas penyampaian cendaramata itu tadi.

Hadirin sekalian..

 Pihak majlis mohon mengambil kesempatan dipenghujung majlis ini, untuk menyampaikan sejuta
kalungan bunga terima kasih kepada PDRM khususnya Balai Polis Gita ,ibu bapa, ahli Jawatankuasa pengelola dan semua pihak yang terlibat bagi menjayakan ceramah pada hari ini. 
Dengan usaha yang berterusan,Unit Disiplin  yakin dengan kerjasama dan komitmen semua pihak
pastinya kita dapat mengawal masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid sekolah. Insha Allah.

Kepada anak-anak murid, ingatlah jalan dihadapan terbentang luas.hitam putih masa depan sendiri yang menentukan.Hidup ini usah dipersiakan.

Sekian..berakhir sudah majlis kita pada hari.Terima kasih dan semoga berjumpa lagi.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!