Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 21 Mac 2013

Pisang Putar Oh Pisang Putar


Lama betul saya  tidak berkesempatan makan pisang nie.Sejak duduk di bumi Kenyalang ni selalunya pisang yang selalu saya dijumpa di kedai-kedai adalah pisang beragan.Saya temui balik pisang ni rupanya di rumah saya sendiri. Tak sangka pulak bila insan tersayang saya ambil buah pisang ni rupanya pisang yang kami tanam selamani adalah pisang putar.
Sebenarnya kenangan bersama pisang putar ni begitu banyak pada diri saya.
Teringat zaman kanak-kanak saya.zaman di alam kemiskinan,pisang nilah yang paling sedap bagi kami.apatahnya setiap petang biasanya mak akan memberikan kami duit 20 sen untuk kami membeli apa sahaja barang makanan.
Biasa nya saya dan kakak akan memilih membeli buah pisang ni.sebabnya tentulah harganya yang murah .selalunya saya beli buah ni di kedai Long Yang
yang llucunya kami akan embeli pisang yang buruk buahnya.tujuannya nak dapat kuantiti yang banyak..hihihi lucu pulak bila teringat.Long Yang pulak selalunya tahu kemahuan kami.biasanya bukan saja pisang putar dengan tebu yang tak habis dijualpun dia berikan pada kami.
Kini Long Yang sudah tiada lagi.Semoga arwah dicucuri rahmat hendaknya.
lagi satu kenangan dengan pisang putar ni saya saban hari ditugaskan oleh mak untuk buat adunan jemput pisang untuk kami menjual pada petang hari.pernah satu ketika saya terlupa nak buat adunan ni ,apa lagi membeellah mak berbakul-bakul pada saya. tapi saya begitu rindu dengan jemput pisang mak ni,saya pulak bila lama dah tinggalkan kerja ni buat saya dah lupa resepi yang sepatutnya.Apapun pisang putar akan terus mengamit emosi tiap kali saya merasa dan memandangnya.
-Anak Panta- 

1 ulasan:

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!