Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 14 Mac 2013

Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan

boleh tak buatkan teks pengacaraan majlis maulidur rasul merangkap majlis perpisahan...aturcara majlis -bacaan doa,bacaan quran,bacaan berzanji dan selawat,nasyid,ucapan gb,ucapan pengerusi badan kebajikan sekolah ,ucapan guru yang diraikan,ceramah maulidur rasul,penyampaian cederahati,jamuan dan bersurai.minta tolong sangat.... 

 Saya menerima permintaan dari pada insan yang tidak kenali.untuk membuat teks pengacara majlis ini.Kepada tanpa nama  mohon maaf kerana hari ini saya baru terperasan  permintaan tuan/puan. kerana beberapa hari ini saya berada dalam kesibukan sehinggalah pada Sabtu ini.
Apapun saya cuba buat untuk anda.dan saya mohon maaf kerana mungkin skrip ini tidak begitu baik..apapun pun semoga saya belum terlambat untuk  membantu :)....





Contoh Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Dan Majlis Perpisahan

Minta perhatian: bagi memastikan kelancaran majlis kita pada hari ini,saya memohon agar para pelajar memberikan tumpuan pada majlis yang akan dijalankan sebentar lagi. Terima kasih.


DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA , GURU BESAR  SEKOLAH KEBANGSAAN ………………………………. KE DEWAN.

MURID-MURID DAN GURU DI MINTA BERDIRI.


ALU-ALUAN

Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT.



Yang Berusaha
 Encik ……………………………………
Guru Besar,  SK …………………………….

Yang Berusaha ,
En……………………………..
Penceramah jemputan dari………………………………….

Yang Diraikan..
En/Pn……………………………..


Yang Dihormati,
Barisan Penolong Penolong Kanan
Wakil PIBG
Ketua-ketua bidang,guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ,bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan  Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W bertemakan WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.

Majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini pastinya juga amat berbeza, kerana pada hari ini kita juga mengadakan Majlis Perpisahan untuk………………………………………  Pastinya  warga sekolah………………………………………….akan kehilangan salah seorang tenaga kerja yang banyak  menabur keringat  dan bakti  khususnya dalam pembangunan sekolah selama beliau berkhidmat di sekolah ini.Segala jasa dan pengorbanan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

BACAAN DOA

Hadirin dan hadirat sekalian,

MENANDAH TANGAN POHON PERKENAN
AGAR MAJLIS BERJALAN LANCAR
AL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,
APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR.

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini,majlis dengan segala hormatnya ,mempersilakan al-Fadhil Ustaz ……………………………. untuk menyampaikan bacaan doa.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.

Amin ,Ya Rabb al-Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Al fadhil Ustaz…………………………..Semoga majlis mendapat keberkatan dari NYA Yang Maha Mendengar lagi Maha Pengasih..

BACAAN AI -QURAN

Hadirin sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ayat suci al-quran yang akan disampaikan oleh adik………………….. dan ditafsirkan oleh adik……………………………. Majlis mempersilakan.


 Terima kasih diucapkan kepada Qari dan penterjemah atas bacaan ayat suci al-quran itu tadi.


BACAAN BERZANJI/MARHABAN

Bagi meneruskan majlis ,dengan ini dipersilakan………………….. untuk menyampaikan bacaan berzanji,diikuti marhaban dan selawat. Untuk itu ,di minta para hadirin agar dapat berselawat bersama-sama.Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ……………… atas alunan marhaban dan berzanji itu tadi.



PERSEMBAHAN NASYID



Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Bacaan Al-Quran dan berzanji selesai sudah
Persembahan nasyid  menyusul pula

Persembahan pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput kumpulan nasyid daripada pelajar ……………….. dengan lagunya yang bertajuk ……………………………………..

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan pelajar ………………..atas persembahan itu tadi.

Para guru dan pelajar sekalian.


UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirin sekalian,majlis menjemput  …………………………………, guru besar SK………………….. untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya dipersilakan.




BUNGA SELASIH DI DALAM PUAN,

HARUM MELATI PENYERI INTAN
TERIMA KASIH UCAPAN TUAN
KEKAL BERSEMI DALAM INGATAN


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada EN…………… di atas ucapan yang telah disampaikan.


UCAPAN PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN SEKOLAH


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada En…………………….selaku pengerusi Badan Kebajikan Sekolah……………………………..Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En……………………………………. atas ucapan itu tadi.




UCAPAN GURU YANG DIRAIKAN
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan En/Pn……………………………. Majlis dengan segala hormatnya  menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan En/Pn………………………… atas ucapan itu tadi.

Sememangnya kita selalu mendengar tiap yang patah pasti akan tumbuh,tiap yang pergi pasti berganti..hakikatnya yang tumbuh dan berganti itu tidak akan sama lagi.Doa kami semoga perjalanan hidup En/Pn……………………………..sentiasa diberkati.


Intailah kami jika rindu menyapa
Sapalah kami ketika bersua
Kerana suatu masa dulu kita pernah bersama
Menyulam memori pahit manis bersama
Demi agama dan  anak bangsa tercinta..
Walau dihati berat terasa
Melepaskan insan yang berjasa
Namun ,
Itulah takdirNya.



CERAMAH MAULIDUR RASUL

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,
Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,
Muhammad Rasul Nabi Junjungan,
Menjadi Teladan Umat Manusia.


Hadirin dan hadirat sekalian..
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ( نبي محمد صلى الله عليه وسلم ) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia.  Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.
 Membesarkan Maulidur  Rasul samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam.
Hadirin dan hadirat sekalian,marilah sama-sama kita menghayati dan membuka hati dan minda kita untuk bersama –sama mendengar satu ceramah bertajuk…………………………….yang akan disampaikan oleh Ustaz………………………

Sebelum itu,saya akan membacakan sedikit biodata penceramah kita pada hari ini.(BACA BIODATA)

Demikianlah tadi satu ceramah yang amat berimformasi dan bermakna buat kita .Terima kasih diucapkan kepada Ustaz…………………………………………….atas kesudian memberikan ceramah kepada warga SK……………………………………...



PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Yang Diraikan En……………………
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada En…………………………., Guru Penolong Kanan 1, SK ……………. untuk mengiringi Yang Diraikan En……………. untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

Majlis juga menjemput Ustaz………………………………………untuk menerima sedikit cenderamata .Dipersilakan. Hadirin dan hadirat sekalian..

Akhir sudah majlis sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan pada hari ini. Mohon ampun dan maaf andai tersalah bicara dan kekurangan sepanjang berlangsungnya majlis sebentar tadi.
semoga majlis yang berlangsung pada hari ini akan mengetuk rasa sedar kita agar kita sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jatidiri sebagai seorang muslim, bagi menempuh arus kehidupan di dunia yang sementara ini.

JAMUAN


Batu feringgi pantainya indah
Ramai pelancong ke Bukit Bendera
Majlis kita selesai sudah
Kita ke acara menjamu selera
 


Anak gadis berwajah ceria
Membawa dulang beralas sutera
Hidangan di meja sudah tersedia
Dijemput tuan menjamu selera

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis menjemput semua guru dan staf untuk ke bilik mesyuarat bagi menikmati sedikit jamuan.


Sekian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..


WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT.



9 ulasan:

  1. BAIK...BOLEH SAYA BELAJAR BANYAK LAGI

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian teks pengacara anda. Semoga Allah SWT membalas segala amal dan jariah anda. Aamiin.

    BalasPadam
  3. Terima kasih.. saya mohon izin daripada pihak tuan untuk menggunakan teks pengerusi majlis sempena program Maulidur Rasul di Surau Saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye..silakan... semoga segalanya berjalan lancar

      Padam
  4. minta kebenaran copy puan admin

    BalasPadam
  5. Terima kasih Puan atas perkongsian ilmu...moga Allah membalas jasa baik....

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!