Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 20 Disember 2012

Nostalgia cuti ini..(Monolog Diri).

Malam ini mengapa mata tidak mahu terpejam,sedangkan tubuh telah dibaringkan.Mata yang tadi mengantuk tiba-tiba kembali segar.
Mungkin fikiran masih merisaukan Azib yang masih belum sihat.Buntu juga memikirkan kesihatan anak kecilku ini.Jumaat nanti dah mahu bertolak ke  Kota Bharu rumah mertua pula.
Memikirkan muntah dan berak yang berulang-ulang,pastinya akan sedikit sebanyak memberikan masalah disepanjang perjalanan.
Apa yang ingin kutulis malam ini ya...
Rasanya rangkuman percutian ku di Terengganu selama cuti persekolahan ini.Suka duka silih berganti.
Bulan Nov ,bertambah seorang lagi adik ipar lelaki kerana perkahwinan adik perempuanku yang no 9..iaitu Ja...Doa dan harapan biarlah kekal ke akhir hayat hendaknya.
Begitu juga dengan pertunangan adik perempuan bongsu..Alhamdulillah bertemu juga dia dengan insan yang tulus ikhlas menerima keluarga kami seadanya..
  Semua adik-beradik perempuan seramai 7 orang berkumpul dalam gambar ini.Pastinya ini adalah kenangan terindah kita...
Pastinya diri ini tidak akan lupa pada kenangan aku dan dia.Selama melewati 14 tahun perkahwinan ,baru tahun ini kita dapat berbulan madu bersama.Pastinya Hotel Sunway Putra dan Hotel Plaza Sentra akan kita kenang sampai bila-bila.Sesungguhnya Kuala Lumpur banyak menyimpan kenangan manis kita berdua.Indahnya saat itu kita seperti pasangan yang baru bercinta.Masih ada rasa malu serta masih wujudnya debaran tiap kali mata bertentangan.Sesungguhnya ini adalah satu nikmat yang ALLAH berikan pada kita berdua.Kenangan manis kita ,kita berdua bersanding kembali...Lucukan disaksikan kembali oleh anak-anak serta sanak saudara.Malu waktu tu tapi kerana kemahuanmu yang bersungguh-sungguh tak sanggup hati ini nak menghampakan.
 gambar yang kelabu


 Antara kita sebenarnya tidak sabar untuk menanti hadirnya 2013.Banyak perancangan yang kita aturkan bersama demi kerukunan rumahtangga kita serta permata hati kita.
 Anak-anak pula cuti adalah masa yang ditunggu-tunggu untuk mereka.Masing-masing ada hobi dan kesukaan yang tersendiri.Seronok melihat telatah mereka .Adam dengan Aimy tetap setia di rumah Mak Longnya.Alif dan Alya rapat pulak dengan nenek kalinya.Adaje usikan yang dibuat mereka untuk melihat neneknya terkejut.Paling best ,Azib semua orang nak diikutnya.Pantang dengar deruman enjin motosikal dan kereta siaplah menangis nak mengikut..












Tapi ada juga yang tidak menyeronokkan balik cuti kali ini...kesemua anak-anak termasuk aku sendiri dijangkiti cirit birit.hingga sekarang Azib yang masih belum sembuh.Kesian dia ,hingga kan susut badannya menurun sangat.Sedih lihat dia yang cengkung sekarang ini.
Sebenarnya seakan ada yang tidak sempurna percutian kali ini.Entah di mana kurangnya.Aku tidak merasa begitu manis untuk dibawa pulang sebagai noltalgia.Itu belum lagi apa yang akan berlaku bila pulang ke rumah suami.Adakah perkara-perkara yang tidak mengembirakan jua berlaku disana.Harapan biarlah tidak berlaku apa yang tidak diingini.
Jika dihitungkan hari..lama juga aku di kampung tapi seakan hanya beberapahari sahaja aku disini.Entah jiwa begitu kosong..tiada perasaan gembira mahupun sedih.tak tahu apa yang kurasa.
Malam ini sangat-sangat sayu rasanya..berat untuk meninggalkan emak yang saban malam sekarang ini sesak nafas.Memikirkan dirinya tak sanggup rasanya nak tinggalkan dia.nak berjauhan daripada dia.Jujur kukatakan kali ini cuti ku betul-betul terganggu.
Mak...betapa diri ini sentiasa mengharapkan dirimu bahagia...hidup dalam ketenangan,Cukuplah kesengsaraan yang dirimu tanggung sekian lama. Kenangan kali ini ,satu yang sangat buat saya tersentuh tika malam itu saya demam,tertiba betis saya terasa ada dua tangan yang memicitnya dan tangan itu ,tangan mak.Betapa pilu nya saya tika tu..dalam mak yang masih tidak sihat,mak sanggup memicit kaki saya demi untuk melihat dan mengurangkan kesakitan saya.Aduhai mak...mengapa saya antara anak mak yang ditakdirkan akan sentiasa berjauhan dengan mak.Cemburu sebenarnya dengan darah daging saya yang lain.Saya tidak dapat menjaga mak sepanjang masa.Bila saya jauh saya tidak dapat melihat kesakitan mak.
Mak..sesungguhnya anakmu kini telah mnjadi insan yang sedar akan matlamat hidup serta mengetahui dengan jelas tanggungjawab yang harus dilaksanakan selagi kaki berpijak di bumi ILAHI,kepala menjunjung langit-NYA.
Antara bunga hasil daripada buatan emak.bunga ini akan saya hiaskan di bilik keusahawanan nanti.
Terima kasih mak...walaupun mak tidak melimpahkan hidup ini dengan kekayaan harta,tetapi mak mengajar saya satu nilai iaitu ketabahan daam mengharungi kehidupan.Dan nilai itu menjadikan saya seperti hari ini.
Kali ini juga ,ayah seakan menjauhkan diri denganku dan anak-anak.rasanya baru beberapa kali je bertemu dengannya.dibandingkan sebelum ini.Mungkinkah dia berjauh hati dengan anak-anak termasuk aku.Jauh disudut hati ,hati ini selalu rindu pada nya.Kesian pada dia yang hidup kesepian.Menitis airmata ini ayah..bila mengingati dirimu..Diri ini juga tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan serta diampunkan segala dosa di dunia ini.Moga ALLAH juga menempatkan kita diakhirat bersama orang yang diterima taubat-NYA.
Begitu juga bila mengenang darah dagingku,yang tika ini seakan-akan menjauhkan diri antara kita. 
Semoga kita bisa tersedar betapa nilai kekeluargaan itu perlu kita jaga..

-Anak Pantai-
:(
 


2 ulasan:

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!