Sebagaimana yang telah dirancang,tanggal 11 September 1998,berlangsungnya majlis akad nikah antara aku dengannya.Majlis ini hanya disempurnakan diteratak burukku sahaja,namun kemeriahan tetap terasa dengan kehadiran saudara mara yang meraikan hari bersejarah ku ini.
Hati ini benar-benar terasa lapang dan bahagia .Hingga kini masih jelas terbayang majlis akad ku yang penuh kelucuan.Sempat jua dia buat lawak sewaktu akad nikah itu
Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancarnya.Bimbang juga tika itu berlaku perkara yang tidak diingini terjadi.
Jauh disudut hati berdoa agar nanti rumahtangga yang dibina aman dan damai.
Keesokkannya 12 September majlis persandingan ku dengannya .Tarikh itu juga tarikh aku dilahirkan.Ini bermakna hadiah hari lahirku adalah seorang suami yang akan hidup bersamaku disaat suka dan duka.
Betapa gembiranya aku tika itu..dalam hati tidak putus mengucapkan syukur di atas jodohku ini.
Setiap manusia itu tidak pernah tahu perjalanan sesuatu takdir,begitu juga aku,Walaupun aku tidak tahu pengakhiran ikatan ini,namun kesyukuran kupanjatkan jua pada Rabbul Izzati.
Majlis berlangsung dengan meriah sekali.Aku dan dia memakai baju songket berwarna pink terang.Lucunya waktu itu aku sendiri sahaja yang menghias diriku sendiri.Amat berbeza jika dibandingkan dengan majlis perkahwinan adikku baru-baru ini.Semuanya terhias indah.Aku pula hanya pelamin alah kadar sahaja. Kerusi pelaminpun pinjam dari rumah jiran.
Apa yang buat aku puas hati waktu tu,majlis perkahwinan ku tidak menyusahkan sesiapa.Semuanya aku uruskan perbelanjaannya.Nak buat macam mana kan keluarga bukannya senang sangat.
Alhamdulillah ,majlis perkahwinan kami terhindar daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Islam.Walaupun tidak diadakan secara besar-besaran,tetapi kemeriahannya tetap menyerlah dengan kehadiran saudara mara,tetamu dan sahabat yang tidak putus-putus datang hingga ke malamnya.
Begitu juga majlis menyambut menantu dirumahnya walaupun kecil tapi tetap juga meriahnya. Berdebar juga waktu itu,bimbang adakah diri ini dapat berada dikalangan keluarga suami.
Aku pula tersipu malu apabila diperkenalkan dengan saudara maranya,Maklumlah,aku ini bukanlah terlalu istimewa dan tiada apa yang hendak dibanggakan.Hendak dikira rupa ,cuma seadanya jelah.Cuma hati ini sentiasa berazam untuk menjadi seorang isteri yang disayangi suami.Selalu menjadi rindu akan masak-masakanku.gurauanku,belaian mesra dariku.Juga seorang menantu yang disayangi oleh mertua serta adik-adik ipar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!