Anda orang kg ke...
Saya anak orang kampug..dilahirkan disebuah daerah di Batu rakit ,Kuala Terengganu 39 tahun yang lalu.Semestinya saya bersyukur menjadi anak kg dan anak pantai kerana saya dapat menikmati betapa sejuknya bayu pantai.Betapa indahnya suasana sekelling dengan litupan daun-daun kelapa yang melambai-lambai.Sesekali mata dihiasi dengan indah batu yang terapung di atas air..jauh dari pandangan pula kelibat Pulau Redang dan Pulau Bidong yang sayup mata memandang..
Apa yang best kat Batu Rakit
:)))
Kalu pendapat saya ..pendapat diri sendiri..apa yang menarik menjadi anak Batu Rakit..Hmmm semestinya banyak yang bestnya.
Pendapat saya nie berdasarkan semasa saya masih menjadi penghuni di sana.zaman kecil saya hinggalah zaman remaja.
Banyak nostalgia yang tidak mungkin saya lupakan.
Kg saya terkenal dengan kawasan penduduk yang rata-rata mencari sumber pendapatan di laut.
Justeru kehidupan saya banyak masa dihabiskan di pantai..
Pantai sumber pencarian..
Pantai tempat permainan
Pantai tempat hati meluahkan perasaan.
Tempat ini penduduknya saling bekerjasama,aktiviti gotong royong dan kemasyaratan sentiasa diadakan,Lebih-lebih lagi dengan keaktifan KEMAS.
Ada sebuah perpustakaan,kedai makan ,sekolah rendah ,masjid dan beberapa buah kedai runcit dan kedai makan.
Jarak kg ini mengambil masa 25KM ke bandar Kuala Terengganu.
Rata-rata penduduk di dalam kategori sederhana dan miskin..
Bila sebut miskin ni..keluarga saya salah satunya.
Walaupun tinggal di rumah sendiri tapi tanah bukan milik keluarga saya..
Kami menyewa tanah yang kami duduki .
Bila sebut menyewa tanah orang ni..faham-faham jelahkan.
Tidak mudah untuk buat sesuka hati..
Nak sambung rumah ke..nak baiki rumah k..punyalah susah..
Jadilah rumah saya seperti pondok buruk yang mempunyai tiang seribu
Apa boleh buat .kami tiadak punya harta..hanya sentiasa mengharap belas ihsan orang lain.
Namun ini lah yang menjadi titik tolak kebahagiaan yang kini saya kecapi...
Yang bestnya tempat ini adalah salah satu tempat pemprosesan keropok lekor.
Sepanjang jalan pantai pulak ada gerai-gerai yang menjual ikan ,sotong celup tepung serta dihidangkan pula dengan minuman air kelapa yang amat menyegarkan.
Kini homestay di Batu Rakit tumbuh bagai cendawan kerana kesedaran masyarakat pada Pantai di Batu Rakit amat cantik dan masih selamat untuk aktiviti mandi manda.
HIhi..saya promosi kg ni...apasalahnya kan..
Siapa yang tak sayang kg sendiri..
Tempat selalu saya lepak
Nak tahu tak tempat yang selalu saya lepak masa di kampung dulu..
Carta pertama mestilah di pantai..
Itulah tempat lepak saya dari kecil hingglah saya remaja.
Pantai ini terlalu dekat pada diri saya..
Ombak dan pantai menyaksikan segala yang berlaku pada
diri saya.
Tempat kedua pulak di atas beranda kayu tepi jalan rumah Mek Yam..keluarga Cina yang berjiran dengan rumah saya.
Boleh dikatakan saya suka melepak sambil mata-mata memerhati kereta ,motor atau orang yang lalu lalang.
Masa zaman sekolah ,pernah jugak melepak atas bukit Bucu..Saya dengan Kak Jan dan beberapa orang kawan yang lain selalu melepak ke sana tiap kali selepas waktu mengaji..Pernah peristiwa lucu kami terjatuh ketika main rakit di belakang bukit tu..dan lari litang pukang kerana terdengar bunyi seakan bom mahu meletup..
Saya juga suka melepak kat rumah-rumah jiran atas labur rumah dia orang..Ramah saya ni ,tulah saya pergi melawat rumah jiran-jiran..kih-kih..
Tapi dalam ramah saya ni saya dulu seorang sangat pemalu..
Entah sayapun tak tahu kenapa.
Tengok orang saya rasa macam tengok rimau.
Kalau orang tengok saya lagilaqh saya mengelabah..
Tapi saya tau kenapa sebabnya
Kerana saya rasa amat rendah diri..
Kalau anda di tempat sayapun mungkin akan rasa macam tu jugak kan..
Saya juga melepak kat mengabang..Kat pantai saya tu ada satu tempat takungan air yang dipanggil mengabang.
Saya dengan Kak Jan suka main kayu balak yang ada dalam mengabang tu..
Terkadang sedang asyik bermain tak sedar mak datang dengan membawa pelepah nyiur
nak pukul kami..
Tempat lepak saya yang seterusnya hihihi.atas pokok ceri.
Tak kira masa mesti saya panjat pokok berhampiran dapur rumah saya.
Saya banyak habiskan masa diatas pokok tu.
Jika saya tension k..saya makanlah buah-buah ceri yang dah merah tu..
Jiwa remaja katakan selalu memberontak..
Tempat lepak saya seterusnya adalah perpustakaan desa.
Disitulah sumber saya mendapatkan bahan untuk belajar,Yelah saya orang miskin ,keluarga tak mampu membeli buku,nasib baik perpustakaan ada kat kg saya ni.
Kat perpustakaan inilah juga saya tempat saya lihat insan yang saya suka..
Kih-kih lucunya..
Permainan masa dulu-dulu
Saya masih ingat lagi permainan saya ketika dulu..
Perempuan memang tak lari dari main masak-masak.
Saya selalu main di belakang rumah jiran saya yang bernama Ambak..sebab anaknya kawan dengan saya.
Biasanya daun-daun menjadi mangsa masakan kami..
Selain itu..kalau kat tepi pantai selalunya kami main permainan gelap ceroh..Permainan yang melibatkan dua kumpulan.Baling bola pada tin ,Baling Selipar.Main Tul Nyuruk..Main teng-teng.Gali lubang dalam tanah buat main congkak.. Main guli dan batu serembang..
Pecah buah getoh,tarik upih nyiur dan macam -macam lagi..
Huh indahnya bila dikenang balik,
Dulu kawan tak kira lelaki perempuan sama-sama bermain..
Kini..tempat ini tidak lagi saya duduki..
Segalanya telah menjadi nostalgia
Walaupun jauh disudut hati
terlalu menyayangi kg Batu Rakit
Kerana
ada cerita aku dan dia
disini..
dan sentiasa segar diingatan
Perpustakaan menjadi tempat pertemuan ke anak pantai..baru tau citer sebenar..rupanya bt date kt pustaka dulu eh..kalu sidia baca entri ni mesti dia senyum manjang kan..
BalasPadamisk bukan dating lah..salah tu...zaman remaja saya penuh kebaikan tau..
BalasPadamPost la gmbr2 masa remaja dulu...kita org nak tengok bagaimana rupa anak pantai...totaly berubah ker...atau..kata slim dulu2.lengan berketul- ketul kut sebab angkut air setiap hari.Sian kan..senget2 bahu jika angkut air dlm baldi...2 baldi baru tak senget sebelah..he.he
BalasPadamnak post macamana ..semua gambar masa tu ganas2 tau. sekarang ni kan dah baik..hahaha..
PadamGanas ker..permaianan masa dulu2..cokeh umbut tak main ke dulu2..grup sapa kalah kena jirus mandi ai telaga...tu je denda dia.main gelap ceroh tepi pantai?mesti dimasa air surut kan..buat garisan...ble air pasang ia hilang disapu ombak..pah main pakat mandi ramai2...mesti seronok tu..
BalasPadamganaslah...rasanya ada gok main tu..tapi yg popular main gelap cerohlah rasanya..terbayang rasa nak main balik kan
PadamMain gelap ceroh..lelaki lawan perempuan...tiada apa2 perasaan kan..minat atau suka pada seseorang dimasa remaja/budak2 bkn bercinta kan..Prnah tak rasa perasaan macm tu...sekadar suka jer..nak bercinta atau luah perasaan tak reti..ha.ha.
BalasPadammasa tu cinta2 gak telintas tau main je
BalasPadam