Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 25 September 2012

Kawan


 
Kawan sentiasa ada di mana-mana
Kawan  datang dari pelbagai cara
Datang dan pergi 
sesuka hati.
Ada orang memerlukan kawan tika dia susah je.
Masa senang jumpapun buat-buat tak kenal
Ada pulak tu masa kita susah ramai yang tak nak mengaku kita ni kawan
Rasanya nak jeling sebelah matapun payah
Kalau berlanggar bahupun pura-pura buat tak tahu
Bila kita senang boleh pulak mengaku kita kawan sejati
Itulah realiti hidup ini 
Itutakpe lagi
Kawan yang tikam dari belakang ini yang bahaya.
Depan kita berjela-jela menyokong dan memuji kita
belakang kita Ya Rabbi
Berbakul-bakul kutuk kita.
Takut ada kawan yang macam ini 
walaupun diakui kawan yang kategori inilah
yang paling banyak disekeliling kita.. 
Pengajarannya yang boleh diambil
Jangan hanyut dengan pujian
Jangan lalai dengan kata-kata
Hati-hati berbicara
Musuh sentiasa menanti 
Kita lemah dan terus tersungkur...
Namun
Ada juga kawan yang sebaliknya
Kawan yang pantang dengar kita susah ..
Masa kita gembira dia buat-buat tak tahu je
rupanya dia nak buktikan dia kawan bukan waktu kita gembira
tapi dia kawan saat kita berduka
Sanggup memasang telinga 
mendengar rintihan hati kita.
Ada juga kawan 
Dia sentiasa ada
Waktu kita gembira
Mahupun waktu kita bersedih
Bahagia kita bahagia juga yang dia rasa..
Susah kita susahlah dia..
Kawan yang macam ni amat berharga sangat-sangat
Namun mungkin nanti kita kehilangan dia
Pada suatu masa yang kitapun belum pasti...



-Anak Pantai-
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!