Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 12 April 2012

Nukilan Rasa Seorang Pelajar PPKI....

Sungguh saya begitu terharu apabila membaca catatan. yang diilhamkan oleh seorang anak murid istimewa saya..Airmata saya tertiba mengalir tanpa henti.Jiwa saya begitu tersentuh dengan luahan beliau.Betapa beratnya menanggung kerinduan pada seorang ibu yang telah meninggalkannya.Pergi dan tak akan kembali..Rasa sunyi yang ditanggung dan saya cukup memahami kerinduan pada seorang ibu...Kasih sayang yang tidak lagi dapat dirasai oleh seorang anak terhadap ibunya...Saya cuba taipkan balik catatan tangan oleh pelajar ini..
Semoga Allah merahmati roh ibunya...Al-Fatihah.

Pengorbanan Seorang Ibu.
Nukilan oleh : Ariana Natasha
PPKI 7 



Pegorbanan seorang ibu amat besar pengorbanannya.Ibu adalah anuerah Allah yan diciptakan untuk menjaga ,mendidik dan juga membesarkan kita.Seorang ibu sangat lembut hatinya .Ibu dibaratkan benda yang sangat berharga buat kita. Semasa kita dilahirka lagi ,ibu telah menjaga,memberikan air susunya untuk kita agar kita tidak kehausan.Dia juga mendidik kita supayamenjadi anak yag hormat pada orang tua.Ibu memberi kasih sayang dan belaian untuk kita.Ibu kita telah menjaga kita semasa kita sakit dia menjaga sehingga kita sembuh.Kasih sayang yang dia berikan amat bermakna.Walaupun dia garang atau dia benci ,ibu mana yang tak sayang kan anaknya.
Ibu kau adalah anugerah yang sangat terindah buatky.Walupun dulu aku nakal dan tak dengar kata mu tapi aku tahu kau tidak jemu menegur apa jua kesalahanku.Ibu kasih sayang yang kau beri tidak tidak pernah hilang walaupun sesaat kerna kau telah memberikan kekuatan untukku teruskan kehidupa walaupun aku dilahirkan kurang sempurna.Semasa aku demam kau menjaga hingga aku sembuh.Semasa aku dalam kesusahan kau tempat untukku meluahkan rasa sedihku.Kau selalu membuatku bahagia walaupun hanya sementara kau 
adalah segala-galanya untukku.
Aku tahu betapa susahnya menjaga aku kerana aku tidak pernah tahu betapa mulianya engkau di mataku,walupun aku selalu pernah marah dan meninggikan suara di depan kau,tapi aku tahu engkau tidak pernah marah tapi terasa terkilan.Semasa aku berjauhan dengan ibu aku rasa rindu sangat.Setiap kali aku pergi ke kampung aku ingin bertemu denga ibu.Aku akan ingat kenangan ibu dan aku. Semasa aku kecil ,aku dilahirkan tidak dapat berjalan.Macam-macam tempat ibu dan bapa pergi.Aku tahu ibu ingi melihat aku macam anak yang lain.Sampailah umurku 2 tahun,aku membuat terapi di hospital dan sebulan sekali aku membuat check-up dan senaman kaki supaya kaki aku dapat berjalan.
Dan juga hospital memberi kaki plastik untuk aku luruskan kaki aku.Pada mula aku tak nak sebab kaki palstik itu keras dan rasa sakit apabila dipakai.Setelah umur aku 4 tahun aku cuba untuk berjalan dan aku berusaha hinggalah umur aku 8 tahun aku dapat berjalan sikit-sikit dengan berkat ibuku mengurut kakiku sebelum tidur sekarang akau dapat berjalan walaupu tidak sesempurna macam orang lain,aku bersyukur aku dapat berjalan.
Sekarang tiada orang tempat aku menceritakan rasa sedih atau bahagia .Sekarang tiadaorang yag memanggil namaku dan juga tiada lagi kedengaran ketawanya dan melihat senyumannya.aku rindu sangat,rindukan pelukan belaian ,kasih sayang dan cium dahiku sebelum tidur. Dia selalu mengatakan walaupun kita macam itu tapi apa masalah yang datang tabahlah menghadapi dan walaupun kita cacat,di pandangan orang,jangan putus asa ,Allah selalu membantu kita dan memerhatikan kita. Dan sekarang kata ibu selau tergiang-giang ditelingaku. Ibu kau pergi terlalu awal .Kau pergi amat mengejutkan aku.Aku pernah bermimpi yang kau aka pergi buat selama-lamanya.Aku ingat itu hanyalah mimpi tapi itu adalah realiti yang engkau telah meninggalkanku buat selamanya.
Semasa hari raya 2010, adalah hari terakhir kau bersamaku ,masa itu aku merasakan sesuatu perubahan dari segi perbuatan da perbualan.Pada hari beli barang raya akau dengar adik aku cakap yang ibu tidak beli barang untuknya,hanya mementingkan anak-anaknya.
Selalunya dia akan beli barang ,beg,atau kasut untuk hari raya tahun ini.tapi adik aku yang pilihkan dia hanya angguk-angguk saja.Pada pagi raya semua saudara mara kami berkumpul di rumah nenek.Masa dia bersalam dengan nenekku aku tengok dia menangis ,macam ada sesuatu yang tak kena.Masa aku salam dan cium dahinya ,aku rasa dia akan pergi buat selamanya.Aku sayang sangat dengan dia.Rasa sayang  itu sukar untuk aku rasa kehilangan dia.Walaupun dia selalu marah,pukul da kadang-kadang suka menyakiti hati,dialah ibu yang terbaik di muka bumi ini .Sebelum dia pergi aku minta maaf dengan dia atas semua kesalahan-kesalahan yang pernah aku lakukan.Dia pergi dan aku rasa kehilangan dia.Tanpa di duga hari Jumaat aku rasa lain macam.Rasa tak tentu arah.Pada malam itu,abang aku sms yang ibu masuk hospital sebab dia pengsan.
Petang sebelum dia pengsan dia demam dan bapa aku kata dia pengsan dan badan dia tidak bergerak  dan doktor kata diaq strok dan dia mengalami pendarahan dalam otak. Aku mendengar berita itu aku rasa takut kehilangan dia. Pagi itu,abang aku telefon yang mereka semua berada di hospital dan dia cakap ibu aku menjalani pembedahan petang ini.dan semasa pembedahan dijalankan aku pergi melawat dia..Setelah aku sampai dia masih dibilik pembedahan. Aku dapat rasakan kesakitan yan dia tanggung .Selesai pembedahan dia dibawa ke wad biasa.Semasa dia dibawa keluar aku tengok atas kepala dia,aku tak sangup nak lihat. Semasa aku da sepupu aku ingin peri ke wad biasa ,tanpa sedari airmataku keluar demgan lajunya.Masa itu dia belum sampai ke wadnya.Mas tu mak su ku cuba memujuk agar aku berhenti menangis,tapi sukar untukku berhenti.
Aku rasa tidak tenang melihat ibuku yang terlantar menahan kesedihan di atas katil.Banyak wayar oksigen berada dibadannya.Semasa dia berada di wad biasa,semua saudara -mara aku berada disisinya. Kakak ibuku telah membaca surah Yasin untuknya.
Aku melihat dia menanis dan aku merasaka kakinya panas.Aku tengok abang sulungku menangis .Mas aku tengok ibu menangis,aku menangis .Aku ingin sangat nak peluk dia,nak cium kedua pipinya,tapi aku tak sanggup.Aku rasa kerana melihat dia meahan kesakitanyang dia tanggung. Aku rasa tak sanggup melihat kerana dia tak bergerak badan dia macam beku.Setelah aku melihat dia ,aku ingat
dia akan pulih dan kami boleh menjadi sebuah keluarga bahagia,tapi malam itu dia semakin tenat . Malam itu,sepupu aku telefon dengan nenekku nak bawa pergi tengok ibuku yangsemakin teruk .Perasaanku rasa macam dia tiada lagi.Malam itu juga hujan sangat lebat.Aku bergeletar dan badanku rasa sejuk sangat. Tengah malam itu,abang aku telefon dengan makcik yang  dia kata ibu tengah nazak .Aku pada malam itu .aku rasa kurang tidur,badan rasa sejuk sangat dan bergeletar .Pada jam 1.00 pagi ,pakcik aku telefon abangku dan abangku kata ibu ku semakin teruk dan tengah nazak.Sekali lagi,pakcik aku telefon dan bercakap dengan bapaku.Bapa ku kata ibu sudah tiada lagi.
Tanpa disangka air mataku keluar dan mengalir tanpa henti.Otakku berlegar-legar mengatakan itu hanya mimpi bukannya realiti dan masa itu aku cuba menghentika tanggisan tapi sukar untuk dihentikannya.Masa aku dengar dia telah tiada ,aku hampir rasa terjatuh tapi aku cuba berdiri dan aku pergi ke biliknya .Dan aku menangis dan terus menangis .Semasa mayat ibuku berada disisi Mak Su dan Mak Usu memeluk aku kerana aku hampir saja terjatuh dan dia kata sabarlah itu bermakna Allah lebih menyayangi ibu...
Aku teringat kenangan terakhir kami ,sebelum dia pergi dia berpesan jaga adik.Jangan tinggalkan adik dalam apa jua keadaan .Itu yang aku ingat.Aku mencium dahi,pipi dan tangan buat kali terakhir dan dia membalas mencium dahiku .Semasa aku naik ke atas nak ke bilik ibuku,Abangku menangis dan aku melihat dia dengan perasaan sayu kerana abangku yang kedua diangkat oleh ibuku. Dia rapat dengan ibu dan masa itutu ku tiada dia rasa tiada orang yang jaga dia. Dia menangis aku pujuk dia dan ibuku. aku pergi menatap wajah  ibuku.
Semua orang tidak tahu yang aku sangat rindukan ibuku.Semua orang tahu menyalahkanku yang menyebabkan ibuku mati. Dan semasa Mak Usuku membacaka surah Yasin aku duduk disi mayatnya dan membacakan Al-Fatihah banyak kali. Dan aku melihat abangku dan kawan-kawannya ingin melihat mayat ibuku,aku tunduk dan airmataku mengalir semasa aku tengok darah keluar ,aku buka kain dan aku tengok hidung dan diatas kepala keluar darah.Aku mengelap airmatakuyang sentiasa mengalir.Aku rasa sedih ,nak demam ,pening adakah dia betul-betul tinggalkan aku.
Masa mayat dia sampai di rumah,ramai saudara yang jauh menziarahinya.Sebelum dia pergi dia baik sangat dengan aku.Macam bahagia sangat. Dia cerita pasal adikku,dia selalu mengadu pasal adikku bila adikku tak nak temankan dia di rumah. Setiap hujung migu aku akan peri balik kampung .Kalau akau dikampung dia akan mintak tolong masak,basuh baju,kemas rumah.Perkara yang terakhir dia pernah ajar semasa masak sayur-sayuran.Sayur pertama yang pernah dia ajar masak ialah sayur sawi dan sayur kobis.
Perkara itu takkanku lupakan.Selalu dia ajar masak .Kalau dia ada dia selalu masak Mi laksa ,Itu adalah makanan kegemaranku atau bubur kacang.Dulu aku masih ingat lagi,kalau hari Jumaat dia aka panggil budak-budak kecil suruh datang ke rumah untuk makan bubur kacang atau dia selalu buat Mi Laksa untuk disedekahkan pada jiran tertangga. Kali terakhir aku minta tolong dia pergi beli bahan-bahan untuk buat Mi Laksa ,dia pergi beli bahan-bahan itu dan dia buat juga untuk aku.
Makanan yang terakhir dia buat Mi Laksa untukku itu adalah perkara yang tak pernah aku lupakan.Aku selalu terigat semasa dia da aku masak makanan semasa di bulan puasa.Dia meminta tolong aku masak lauk untuk berbuka puasa,jadi aku tolong.Kesian juga juga tengok dia,pagi kejutkan kami untuk bersahur,petang buat lauk untuk berbuka puasa pula.Aku tak banyak cakap aku terus tolong dia buat air ,masak nasi.Masa itu perkara takkan aku lupakan setiap kali puasa.Sekarang aku berbuka puasa tanpa dia .Aku sedih sangat 2 tahun ini aku buka puasa dan raya tanpa dia.Aku cemburu melihat orang yang masih ada ibu kandung.Tak tahu nak kata apa 
Pada 26.09.2010 tahun lepas itu hadiah yang terakhir dia beri denganku.Hadiah hari jadi.Dia beli kek yang besar untuk aku celebrat di sekolah.Aku pun tak tahu masa itu dia cakap dia nak beli kek untuk aku.Setiap kali menjelang hari jadiku dia akan ucapkan Selamt Hari Jadi dan semoga pnajang umur dan dimurahkan rezeki .Tapi sekarang tiada lagi.Aku rasa sedih sangat -sangat .Dia pergi terlalu cepat.Itulah kenangan yang pernah aku dan dia lakukan bersama.
Tahun 2010 ,pada hari ibu aku bagi kad besar untuknya.Aku tidak pernah lupa hari yang amat bermakna untuk ibu sedunia.Dia baca dan dia menangis.Aku senyum melihat kad yang terakhir yang pernahku bagi kepadanya.
Terima kasih ibu ...kau telah memberi segala kebahagiaan untukku walaupun hanya sementara.tapi aku rasa bahagia sangat walaupun kau telah 2 tahun pergi doaku agar kau tenang di alam sana.Dan aku akan mendoakan kebaikan dirimu di sana.Walaupun sekarang aku rasa sunyi tiada tempat untuk aku curahkan apa yang aku rasakan sekarang.Aku akan cuba untuk menjalani hidup tanpamu,aku akan ingat amanat untuk jaga adik dengan baik.Itu janji aku.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!