Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 16 Mac 2012

Kawan...Dirimu amat kusayangi..

Roses
Kawan
Bermusim sudah
Kita berkongsi memori
Suka duka sentiasa menghiasi
Perjalanan hidup ini..
Kawan
satu janji yang tak mungkin kulupai
Tak akan hilang ingatan 
Selagi hayat dikandung badan.
Janji yang terlafazkan
Antara kita berdua
Lantaran
Bertahun kita mengikat tali
Talinya kini semakin tersimpul rapi
Amat kemas tanpa bisa diuraikan
termasuk kita sendiri
Airmata terkadang menguji
Bila kata-kata diluar kawalan diri
Tapi senjata saling memahami
dan saling mengerti
Menjadi tonggak kenapa persahabatan ini kukuh berdiri..
Tak tergoyah walau cuba dicemari
Kerana kau dan aku sahabat sejati
Yang terpisah adalah mati.
Kawan
Doa dan harapan
Semoga antara kita saling melengkapi
dan 
Saling memberkati.

Antara kau dan aku
Persahabatan sejati tak mungkin dikhianati.

2 ulasan:

  1. Amat sukar untuk menemui seorang kawan yang sedemikian rupa dimasa kini kan...andai ketemu pun belum tentu tahan dan sabar dgn dugaan dan cabaran sebagai seorang kawan.Biasanya kawan datang dan pergi mengikut keadaan dan situasi juga umur serta perwatakan kita.Jika kawan setia dia pasti akan mengikut kemana saja dikau berada...disaat susah dan senang...suka dan duka...pernah menangis bersama...ketawa bersama...itulah kawan sejati.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betullah tu susah nak bertemu kawan yg boleh memahami kita...sebab itulah saya sayang kawan yg memahami diri saya tika susah dan senang.takut dia hilang.

      Padam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!