Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 26 November 2011

Kg halaman...esok kukembali.

Setahun meninggalkan kampung halaman,pastinya esok jika diizinkan olehNya pasti akan kujejaki lagi tanah tumpah darahku.
Dapat menatap seraut wajah ayah yang setahun kuabaikan..Mencium tangan emak yang kurindukan .Bersua dengan darah sedaging yang mengembirakan....Apa agak nya perubahan desa halaman adakah seperti mana yang ditinggalkan dulu.Atau mungkin banyak sekali perbezaannya seiring dengan putaran masa. Pastinya ada insan-insan yang telah pun pergi dan tak akan kembali...Bagaimana agaknya suasana pantai yang kutinggalkan.Musim tengkujuh begini,pantai rasanya kurang serinya lantaran dicemari timbunan sampah dan kayu-kayu yang dibawa ombak yang menganas memukul pantai.Apapun situasinya,diri ini amat merindukan ombak dan pantai.. Terfikir untuk kepulangan kali ini mungkinkah apa yang diimpikan menjadi kenyataan atau sebaliknya.Kerana kita hanya mampu merancang ketentuan pula adalah dariNya .Yang pasti pertemuan akan berlaku dan perpisahan jua akan berlaku lagi..Kerana tiba masanya kembali semula meninggalkan kg halaman.
Sesungguhnya. terlalu merindukan.segala yang ada di kg halaman ...ombak,pantai,daun nyiur yang melambai,air telaga,orang kampung serta insan-insan yang kusayangi..
 Dengar lagu ni ..baru rasa tak sabar nak balik...huhuhu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!