Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 21 November 2011

Persahabatan Tersimpul Rapi

Thank you for the beautiful friendship 
Teman.
Adakala waktu menguji kita.
Pada sebuah tugu persahabatan
Tergoyah kah ia pada sedikit ujian mendatang...
Terkadang kita hampir tewas
Kerana tak mampu melawan gelodak perasaan.
Ego menguasai hilang semua janji yang terpatri..
Kesabaran diri dicari
Andainya jua tiada lagi
Sudah pasti hubungan kita ternoktah di sini
Walau jauh disudut hati
amat menyayangi pada sebuah persahabatan yang telah tersimpul rapi..
Teman..
Disini janji terukir lagi
Demi tegarnya perasaan saling menyayangi..
Kau dan aku 
Tetap begini..
Seperti hari-hari yang dilalui 
Semalam..hari ini..dan
esok
Kita masih mencipta memori.
-Anak Pantai-



2 ulasan:

  1. Memori tak mungkin hilang walau berjuta batu dan beribu langkah kita melarikan diri darinya.Ia tersimpan rapi dalam kotak memmori ingatan.Baik mahupun buruk.Apa yang pasti andai ada memori terindah bersama yang tersayang usah biar ia hilang begitu sahaja...kenanglah ia selagi mamapu...

    BalasPadam
  2. orang kata selagi ada yang bernama ingatan selagi itulah segala yang berlaku itu akan dikenang...

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!