Dah beberapa hari jemari tidak menitipkan apa-apa di blog ini..beberapa hari jugak blog ni terbiar kaku..Lantaran kesibukan mula menganggu ,masa yang ada tak terkejar dengan timbunan kerja.Apapun sesekali terpaksa curi masa hilangkan segala tekanan di blog usang ni..
semacam sudah satu tabiat untuk menulis walau sedikit..lepas segala rintihan dan keluhan hanya di sini tapi terkadang keluhan ini terlepas jugak di telinga orang lain..apa nak buat..dalam kawalan ada juga tersasarnya.
Mengimbau impian yang tak sudah .....bila diamati lagu dan lirik ini memang best..rasanya semua kita mempunyai impian yang tersendiri.Ada impian yang tercapai sama ada impian di dalam kerjaya mahupun kehidupan dan begitulah sebaliknya.Kerana kita hanya insan yang mampu merancang yang tentukan pastinya Dia Yang Maha Kuasa.Siapalah kita untuk menolak ketentuanNya...Segala yang telah direncana sejak di azali lagi. Namun,sebagai seorang insan yang punyai kelemahan ,ada ketika terbit juga rasa kekesalan apa bila yang diimpikan tidak menjadi kenyataan.Mentari bersinar yang diharapkan rupanya terbit mendung yang kelabu.kebahagiaan tidak selamanya akan kita rasa,kesedihan pun begitu..Berbicara pada sebuah impian yang tak sudah....nak rasa satu kesalan pun tidak nak rasa satu kebahagiaan pun tidak apabila impian itu tidak tercapai.Mungkin yang telah direncana olehNya telah begitu baik untuk kita tapi hati selalu tidak bersyukur..
Betullah kesilapan masa lalu jadikan pengajaran..semoga kita tidak ulanginya untuk sekian kali.kesilapan masa lalu juga telah menyedarkan kita betapa apabila sesuatu itu telah kita miliki ..hargailah ia seumpama butir-butir permata yang perlu dijaga ..Masa tidak dapat kita undur untuk mengecapi kembali kenangan demi kenangan yang pernah tercipta..
Tidak semestinya semua impian tidak dpt dilestarikan....walau masa dan keadaan berubah.Pasti atau akan ada sebahagian impian dpt dicapai jika ia diberi ruang dan peluang.Mgkn masa,keadaan dan persekitaran yang berbeza....tp ia akn jd lbh indah dan akn jd satu kenangan yg tak mampu dilupakan.
BalasPadamsememangnya mengharapkan akan ada peluang lagi
BalasPadam