Mak..
Semalam pastinya kau terluka
jua detik ini pastinya rasa tetap sama
Entah tidurkah dirimu malam tadi
atau..
Mata terpejam tapi mindamu berjaga..
resah..gelisah
sedih ..
antara sanggup dan terpaksa..
kerana diri ini jua seorang ibu ..
Semua yang lahir itu adalah permata..
walaupun kilauan nya tidak sama.
kasih sayang tiada beza.
Mak..
Maafkan kami kerana terpaksa
Demi sebuah kehidupan seterusnya...
Tindakan seharusnya diambil.
Bukan benci tapi..pengajaran buat "Dia" Mak..
Biar "dia' dapat berfikir
Biar "dia " beringat sebelum melakukan perkara.
Kerana kami sayang Mak..
Fahamilah Mak..
Jangan berprasangka kebencian kami semua pada "dia"
sebaliknya tanda sayang kami pada Mak
Dan
Darah daging kami sendiri..
Jangan kita menyesal dikemudian hari..
Mak..
Bukalah minda ..fikirkan jalan hadapan
"dia" dan kehidupan ...
Akhirkata..
Dalam doa kudus
Mak sentiasa diberikan ketenangan,kesabaran,
Kesejahteraan dan kebahagiaan dunia dan akhirat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!