Terima Kasih Atas Kunjungan

Rabu, 26 Oktober 2011

Azib..cepatlah sembuh

Get Well Soon Graphic #61 
Hari ini masuk hari ke-3 Azib dan Adam demam.Adam sudah beransur pulih tapi masih tidak dapat  ke sekolah. sudah dimaklumkan kepada gurunya ujian Adam terpaksa ditangguh.
Tapi Azib tidak nampak sebarang perubahan.Malam tadi suhu badannya terlampau tinggi.40 lebih ke atas lagi dan amat bahaya untuk seusia Azib.merengek-rengek azib kerana kurang selesa.Pelbagai cara dilakukan termasuk mandikannya dengan air suam seawal jam 2.00 pagi.Tapi badan Azib tetap tiada perubahan, dan juga mula menunjukkan kejutan.Bimbang sejarah lama berulang, dan tak mahu pisang berbuah 2 kali.Cukuplah Alif seorang yang pernah terkena sawan demam panas.Tak mahu rasanya perkara yang sama terjadi pada Azib.Terus aku dan suami bergegas membawa Azib ke Hospital Normah untuk rawatan...
Hari ini terpaksalah mengambil cuti rehat segera.Bukan lari daripada tugas tapi keadaan tidak mengizinkan. maaflah pada kekawan kerana ada beberapa perkara yang terpaksa menyusahkan kalian..
Pada Azib dan Adam..mak doakan kalian cepatlah sembuh..Rindu nak tengok gelak tawa Azib sebelum ini..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!