Terkilan sungguh rasanya semalam kerana sewaktu kaki melangkah meninggalkan rumah langsung tidak teringat untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran pada Adam. ..
Sudahlah sejak kebelakangan ini dia sering tidak sihat.Masih demam panas dan asma .kesian dia bila balik petang semalam airmata dia bergenang kerana ingatkan aku bawa balik hadiah dan kek untuk hari jadinya..Tapi hampa diraut wajahnya kerana hanya goreng pisang dan cucur cempedak ditangan diri ini.Kalaulah Kak Diah,pembantu rumah tidak memberitahu kepadaku pastinya sampai ke malam aku lupa semalam hari jadinya.Tangan terus mendail nombor handphone suami untuk menanyakan adakah dia ingat hari jadi Adam.Rupanya diapun sama terlupa hari itu.Walaupun sebelum ini dah mengingatkan dalam diri bila hari jadi Adam.Aku arahkan suami belikan sebiji kek dan KFC ,hadiah untuknya dibeli kemudian.tergambar sedikit keceria di wajah Adam bila suami membawa pulang itu semua.Cuma yang terkilan juga hari jadi Adam tapi Adam dan Azib dalam kesakitan.Demam yang melampau tinggi 45 darjah memaksa Adam dan Azib 42 darjah membuatkan mereka berdua di bawa ke Hospital semalam.merengek-rengek Adam minta perhatian. namum Azib juga sama menangis minta didukung sentiasa.Letih kerja masih tak hilang dan terpaksa pulak berjaga untuk mereka.Niat dalam hati semalam nak Mc je hari ini.Tapi bila memikirkan minggu ini minggu bertugas kenalah juga datang.Bimbang orang cakap kita Mc sebab lari daripada tugas.
Pada ADAM..maafkan mak kerana terlupa hari jadi Adam..Mak doakan Adam dan Azib cepat sembuh.Mak sayang Adam ...Sayang sangat-sangat.Nanti mak belikan hadiah untuk Adam !!
Akhirkata Semoga sentiasa diberkati Allah,menjadi anak yang soleh..cemerlang di dunia dan akhirat..
SAYANG ADAM!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!