Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 6 September 2011

Airmata Syawal....

Rasa nya lama sudah saya tidak menulis di blog nie..bukannya apa kesibukan membatasi tapi ada satu lagi yang menghalang saya untuk tidak menulis. Saya pasti kerana  jiwa saya kosong..frust..sedih ..sayu dan macam-macam rasa...
Hari ini hari terakhir umat Islam berpuasa kerana insyaAllah kita akan meraikan hari lebaran ...sedih apabila Ramadan akan berlalu kerana belum pasti kita masih dapat berpeluang untuk bertemu Ramadan sekali lagi..
Macamana saya nak gambarkan kesedihan saya ni..Saya akui saya kecewa kerana disaat saya nak balik kg dan ingin membuat kejutan untuk keluarga tapi kita hanya merancang Allah tententukan..Tiket kapalterbang ke Kuala Lumpur masih ada tapi tiket untuk balik ke Terengganu dan Kelantan dah tak de..saya dah pun bersetuju dengan suami untuk berkongsi tambang walaupun mahal..tapi yelah..kata orang duit banyak sekalipun nanti kalau orang yang disayangi dah tak de..memang tidak akan memberikan apa-apa lagi..Doa boleh diutuskan dari kejauhan tak balikpun takpe...Di saat mak dan ayah masih ada saya taknak melepaskan peluang mencium tangan mereka di hari yang mulia....Baik buruknya mereka dia tetap saya sayangi..kerana takde insan yang boleh mengantikan tempatnya buat saya. ..cemburu saya pada adik beradik yang lain..kerana dapat juga berpeluang mencium tangan mereka berdua..tetapi saya hanya dari kejauhan menghulurkan salam kemaafaan...
Kalau boleh biarlah masa cepat berputar ke bulan november...Setahun saya tak balik kg...rindu memuncak tak mampu untuk taksirkan.
Dikesempatan ini..hanya ampun dan maaf dari kejauhan ,halalkan makan dan minum buat mak,ayah serta adik beradik saya di kg..serta buat insan-insan yang mengenali...Salam diangin lalu..
Saya cuba wujudkan kemeriahan raya kat Kuching ni dengan buat macam-macam untuk mewujudkan mood raya. Saya tempah langsir idaman saya yang selama ini saya impikan dan baru kini tercapai,saya tukarkan keseluruhan suasana rumah saya dengan segala macam perabot baru..,Saya pasang pelita di halaman rumah,saya panggil anak-anak murid untuk buat biskut dan kek...tetapi rasa kosong je.. tak sama dengan orang lain yang boleh beraya dan meraikan hari lebaran tanpa balik kg...dulu kini dan selamanya kg tetap saya cari bila raya.... Dengar lagu raya pasti saya menitiskan airmata..semua yang berlaku saat raya dan menjelang raya bermain dimata..manakan saya tidak sedih..Kalau di kg pasti kesibukan mengemas rumah dapat dirasai..mesti duk fikir nak beli perabot baru..nak tambah mana yang perlu..paksa mak anyam ketupat nasi ,pasang lampu dan lihat anak-anak penuh gembira main bunga api yang dibeli nenek atau mak -mak dan bapa saudara mereka.Saya rasa anak-anakpun turut sama merasa kehilangan suasana itu..

Tika ni saya kembali menyambung penulisan saya yang terhenti..Entah kenapa semangat nak menulis kini pudar sedikit..Hari ni rasanya 7 hari dah kita menyambut raya.Bagi saya jiwa saya kosong je walaupun suasana beraya di Sarawak ni amat meriah tapi jiwa saya takde di sini..Rasanya anak-anakpun merasai perasaan yang sama..Anak-anak yang kecil, Azib dan Aimy dah dua hari demam..Dua hari juga melayan karenah dan mendengar tangisan dia orang berdua sebelum pergi ke sekolah..berat kaki nak tinggalkan mereka tetapi terpaksa..Cheksu...betapa terasanya dia orang berdua tapi ketiadaan Ceksu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!