Hari Jumaat yang penuh hening ...mata terbuka ..sayup ditelinga suara azan sayup berkumandang. Terasa jemari ingin menulis .pastinya mengharapkan sinar jumaat memberkati setiap perjalanan hidup dilalui dengan ketenangan.kelancaran dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pendidik untuk insan-insan istimewa...
Penantian satu penyiksaan..Tetamu tak diundang masih jua belum datang.Rombongan nazir ditunggu penuh debaran.mungkinkah ada teguran yang menghiris perasaan dan mengundang kritikan.
Selalunya itu yang menjadi kesimpulan apabila rumusan dibuat ..sekolah masih..bla..bla..bla...Hanya menegur dan tidak memberi cadangan.Terkadang sakit hati kerana masih menganggap masih tiada kemajuan kerana diminda telah lama tertanam SMKDB murid yang tiada masa depan.hakikatnya itu kisah dua tiga tahun dahulu.SMKDB sekarang jauh sudah melangkah...Banyak kemajuan telah dalam genggaman.Argg...kenapa aku fikir ini semua..aku bukan pentadbir yang harus sakit hati dengan ini semua...tapi bak kata orang"cubit pipi kanan,pipi kiri akan terasa jua pedihnya".kerana aku salah seorang warga SMKDB pastilah aku jua fikirkan ...Nazir..oh nazir...tension.........aku dibuatnya.
Lupakan kisah nazir...buat hati tak keruan je..oh ya kecewa juga semalam Pasukan Harimau Malaya sudah terhenti perjuangannya...Nasib belum memihak pada Malaysia lagi untuk beraksi ke pusingan yang seterusnya.Pujian harus diberikan pada penjaga gol Khairul Fahmi yang bermain cemerlang malam tadi...
Hari ini rasanya kemeriahan pasti terasa kurangnya sebab 20 orang pelajar akan ke Pameran Kraftangan Malaysia di Waterfront,Kuching.Tapi takpelah..masa pengajaran dan pengajaran singkat je..Pukul 11.30 dah balik pasti masa berlalu terisi dengan kerja-kerja yang tak diundang..
Pada pasukan nasyid PPKI yang baru balik semalam .Tahniah diucapkan walaupun hanya mendapat tempat keempat di Pertandingan nasyid Pendidikan khas peringkat kebangsaan.Setiap tahun kita berjaya ke satu tangga ke hadapan..kejayaan tidak akan datang bergolek...terus kan perjuangan untuk tahun depan.Mungkin juara akan jadi milik kita.itu tak mustahil..
Jari jemari ini terpaksa berhenti....Masa dah lewat nak bersiap ke sekolah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!