Mak..Selamat Hari ibu untuk MAK.Sesungguhnya saya bangga kerana dilahirkan dari rahim MAK. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati insan yang saya sayangi ini. Mak ,dari kejauhan ini ,saya iringi doa agar mak sentiasa sihat,dipanjangkan umur dan tenang hendaknya. Terima kasih mak kerana menjadi ibu dan guru yang pertama mengajar saya erti sebuah kehidupan dan menjadikan saya seperti hari ini. Dari kejauhan ini, tangan mak tak mampu saya capai untuk saya cium, diri mak tak mampu saya peluk ..saya ingin mak tahu SAYA SAYANG MAK..maafkan saya kerana ada tutur kata mahupun perbuatan saya yang sebenarnya bukan untuk menyakiti hati mak tapi tanpa saya sedari perbuatan itu membuatkan mak terluka.
Hati saya juga disambar pilu,kerana pada tahun ini,saya tidak lagi dapat mengucapkan selamat hari ibu buat ibu mertua saya.Hanya iringan bacaan AL-Fatihah buat arwah Ma.Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas arwah dan tenang di alam sana.Saya cukup faham dengan perasaan suami tercinta pasti hati digamit pilu kerana ucapan itu tak dapat dilafazkan seperti insan-insan yang masih mempunyai ibu.
Pada insan-insan yang bergelar ibu..saya ucapkan SELAMAT HARI IBU.Semoga kita menjadi ibu yang dibanggakan oleh anak-anaknya kerana didikan dan asuhan kita.InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!