Kali ini aku mendapat sedikit kekuatan kerana inilah kali pertama dan terakhir suami dapat menyaksikan aku melahirkan baby dan bertambah syahdu apabila dia dapat melihat proses pembedahan nanti.Ketika jururawat membawa suamiku ke bilik persalinan ,dan aku pula melihat pembantu dan doktor membuat persiapan untuk pembedahan..Ya Rabbi tak tahu perasaanku ketika itu..Berzikir tak henti ..takut sememangnya.Aku kemudian diminta duduk sambil memegang bantal.2 kali doktor pakar bius menyuntikku di tulang belakang...Tak berapa lama kaki mula terasa kebas dan wayar untuk memastikan jantung dan tekanan darah mula dipasang..Mata aku mula tercari-cari kelibat suami.Rupanya dia masuk tanpa aku sedari..Proses pembedahan pun bermula...Tapi kali ini ada sedikit masalah apabila kepala babyku terlekat dan doktor mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya..Dalam hati memang terasa mesti ada masalah.Akhirnya berjaya jugak baby aku dikeluarkan tapi sedikit panik langsung tidak mengeluarkan suara.Setelah doktor berusaha membantu barulah kedengaran suara babyku Azib menangis.Lega apabila dia selamat walaupun ketika itu aku masih berjuang ..
Pembedahan kali ini memang terasa sedikit kesakitan.Kalau sebelum ini aku terasa sakit setelah selesai pembedahan dan apabila ubat bius dah habis.Tapi kali ini lain pulak.Aku terasa sakit sangat ketika doktor membuat proses seterusnya dan ketika aku dijahit. Kesakitan yang teramat menyebabkan aku bagitau doktor aku tak tahan sakit.Selepas itu doktor memberikan aku gas untuk disedut dan aku terlena seketika.Bila terjaga aku terasa badanku besar seperti gajah tetapi kesakitan tetap tak hilang.Dua kali aku diberi gas itu untuk disedut...Aku terasa lambtanya masa beredar...Nasiblah aku dah tak dapat bersalin lagi.....Sememangnya aku terasa sangat terseksa pembedahan kali ini..Tepat pukul 6.00 petang barulah aku disorongkan ke wad...
Lahirnya permata hati Muhammad Azib Bin Mohd Faisal tepat pukul 3.43 ptg pada 14.3.2011 di Normah Medical Centre.
Hari kedua Azib di Hospital dan melihat dunia.
Ketika ini staf-staf LHDN datang melawat...
Gembira tak terkata kakak dan abang menjemput adik Azib pulang.
Hari ketiga Azib dilahirkan di dunia
Hari keempat Azib
Hari kelima Azib
Hari kelima Azib terpaksa dibawa ke hospital Normah untuk pemeriksaan tahap kuningnya
Azib tertidur selepas darahnya diambil dibahagian kaki..Langsung dia tak menangis.Tahap kuning Azib 12 .menurut doktor belum sampai tahap duduk bawah lampu.Hari Isnin kena bawa lagi untuk pemeriksaan tahap kuningnya.
Gelagat lucu Azib
Gelagat lucu kakak Aimy dengan Azib.Ingatkan dia cemburu dengan kehadiran adiknya..Rupanya Aimy tiada perasaan.Happy je memanjang.Terlalu prihatin asyik nak sayang dan nak pegang adiknya.
Gelagat ayah dan Alif. Bahagia dengan kehadiran orang baru
Akulah insan yang bahagia ketika ini..walaupun masih dalam kesakitan...Bengkak diperut masih belum hilang..Nak bergerakpun susah nak cakap tapi demi Azib aku kuatkan semangat
Tahniah dapat baby ke 5.Moga sihat mak dan anaknya.Saborlah...apa yg di rencana akan terjadi jua....masa utk sesuiakan keadaan bila itu terjadi...Tak kan lari gunung di kejor.ku faham perasaan mu bila menatap wajah anak itu...Apa pun tahniah sekali lagi..utk anak terakhir dari rahim mu.
BalasPadamtahniah dgn kelahiran Azib! puan seorang yg tabah dan punyai jiwa yg kental.
BalasPadamterima kasih SharHanah
BalasPadam