Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 22 Mac 2011

Azib- Hari Keenam-Kelapan Usiamu

 Azib-Hari ke-6

 Azib-Hari Ke-7
 Azib-Hari Ke-8


Semalam Isnin, Aku ke hospital lagi.Selain temujanji untuk aku,termasuk juga temu janji untuk pemeriksaan tahap kuning Azib..
Dalam hati bergetar dan berdebar..Takut bila fikir untuk tarikan benang diperutku...Sakit ke nanti..Tapi aku lebih memikirkan Azib..Tingginya kebimbangan lebih pada dia..Tengok bahagian matanya yang kuning dapat aku merasakan kuningnya semakin meningkat..Sangkaaan ku benar kuning Azib bertambah menjadi 14.5.Tapi menurut Doktor belum tahap ditahan di bawah sinaran lampu .Kalau 18 barulah dijalankan prosedur berkenaan..
Sebenarnya aku sedikit fobia kalau anak kuning nie..Yang sulung di tahan  seminggu dan tahap kuning yang amat tinggii hampir-hampir untuk ditukarkan darah.Yang kedua dan ketiga seminggu jugak aku ulang alik ke hospital setiap hari untuk diambil darahnya.Hanya Aimy anakku yang keempat sahaja yang terselamat daripada kuning.Aku juga kehilangan anak saudara kerana sakit hati akibat penyakit kuning...Itu yang menambah lagi ketakutan dan kerisauan aku..Hinggakan semalam aku rasa kurang lapar..bila lebih banyak memikirkan Azib..
Menurut doktor,kerana aku ada sejarah anak-anak yang kena kuning,dia meminta aku berjaga-jaga pada Azib..Datang ke hospital jika aku merasakan kuning Azib semakin meningkat.Kalau ikut temujanji pada 29  Mac nie Azib kena di bawa lagi ke hospital.
Semalam bil penuh rawatan aku dikeluarkan..Hampir nak pengsan jugak sebab lari dari jangkaan sebenar.RM6538..Tapi jika diikutkan sedikit murah berbanding ketika aku bersalinkan Aimy dulu iaitu RM8625.Kesian kat suami habis duit dia.demi memastikan keselesaan pada aku dan anak.Apapun aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada doktor dan staf kat Hospital Pakar Normah..terutama Dr Suria dan Dr Geogre dengan layanan mesra mereka..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!