Terima Kasih Atas Kunjungan

Selasa, 11 Januari 2011

Hujan Oh Hujan....

Hujan dari malam tadi hingga tengahari nie masih lagi tidak berhenti..Turun dengan lebatnya hingga ke saat ni..Aduh...mata apalagi sempat jugak aku terlelap dalam kelas pulak tu sementara menunggu murid buat kerja melukis..last-last tiba je waktu free tadi apalagi tidurlah seketika walaupun hanya seketika ..Bila hujan ni teringat zaman kecil dulu,suka sangat mandi hujan sampai tergigil badan tapi masih lagi belum mahu berhenti sehinggalah dengar bebelan mak memecah telinga..Itu semua memori masa lalu terkadang buat aku rindu..
Esok pulak  hari paling bermakna buat insan tersayang...Hari jadi suamiku yang ke 40..Orang kata angka 40 nie akan merubah watak seseorang..Betul k?Tapi kesiankat dia aku belum berkesempatan untuk membelikan hadiah buatnya...Kiranya kali nie hadiah akan menyusul kemudian...
Hari nie boleh balik awal.Rasanya tak sabar nak menunggu detik 2.10.Aku nak pergi cari sekaki payung sebab musim hujan dah tiba kat Bumi Kenyalang nie...Rasanya payung yang akan ku beli ini adalah yang ke sepuluh kut..Beli je umurnya tak panjang ..Anak yang akan musnahkan atau kesilapanku tertinggal di mana-mana...Harap kali ini jodoh payung yang akan aku belikan akan berpanjangan...

[2.gif] [Image010.jpg]Ini lah payung yang akan aku belikan..dari minggu lepas lagi hajat hati nak belikan payung ni tapi terbantut takut suami marah..Harga payung ni boleh tahan jugaklah mencecah berpuluh-puluh ringgit..


 
Anak Pantai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!