Malam ini adalah malam kedua sebelum aku meninggalkan kg halaman tercinta..Perasaan sayu sudah mula menguasai diri.Andai mampu ku undurkan putaran masa atau mampu kusekat masa beredar pasti akan aku lakukan.Biarlah lambat berputar agar . peluangku untuk bersama insan-insan yang kusayangi .
Bila terpandang wajah mak rasa sayu sangat di hati...yelah mak selalu tidak sihat sejak kebelakangan ni..Bila teringat kan ayah pula ..rasa menyesalpun ada bila buat ayah terluka..Walau hakikat sebenarnya puncanya ayah sendiri yang lakukan ..Hingga hari ni ayah langsung tidak menunjukkan muka ..Maaf kan diri ini ..ayah..Jauh di sudut hati aku sedih sangat kerana kali ini pergi ku nanti tanpa ku sempat mencium tangan ayah..Semoga selepas ini ayah dapat berfikir kewajaran yang anak-anakmu lakukan.
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Ikhlaskan niat jika ingin membuat perubahan pada seseorang.Walau mata yg memandang mengata itu dan ini tp hakikatnya kita sendiri yang tahu dan memahami.Biarlah apa org nak kata tp niat kita ingin melihat satu perubahan yg besar.Jika itu terjadi ia merupakan satu anugerah yg tak terhingga.
BalasPadam