Terima Kasih Atas Kunjungan

Isnin, 23 Ogos 2010

Mak...Keranamu Kupulang

Sambil beistirehat bersama anak-anak ,aku dan suami berbincang tentang aktiviti serta peruntukan untuk digunakan ketika balik ke kampung halaman nanti.Sesekali mata asyik memerhati gelagat Aimy yang begitu mencuit hati.dalam masa yang sama rupanya tangan suami mendail no hp mak ..Lantas kedengaran suara mak . yang amat ceria .Mak dengan suara gembira mengatakan kami  akan balik kg.Suami berpura-berpura bertanyakan darimana  mak dapatkan sumber berita.Dengan penuh yakin mak memberitahu dia dapat tahu daripada Kak Jan.Dalam hati terus terdetik memamg benarlah sesiapapun yang menjadi ibu pasti mengharapkan semua anak-anaknya pulang ketika hari yang mulia ini.Sekarang ini pun aku sudah cuba membayangkan suatu ketika nanti perasaan resah gelisah pasti akan aku rasa seperti mana mak rasa kini bila berjauhan dengan anak-anak.Sekurang-kurangnya aku masih dapat membahagiakan mak untuk kali ini.Semestinya pulang kami adalah kerana mak..Sebenarnya aku amat terharu dengan pengorbanan suami kerana begitu mengambil berat perasaan mak dan aku...Sanggup juga menghadiahkan hari raya pertama untukku beraya di rumah sendiri sedangkan mengikut giliran tahun ini adalah giliran kami beraya di Kota Bharu.Terima kasih daun keladi..Mak...semoga kita diberikan kesempatan dipanjangkan usia agar dapat kita berjumpa pada 5 September 2010  dan seterusnya menyambut raya bersama..

5 ulasan:

  1. Hargailah dan raikan ibu selagi hayatnya masih ada.Anak perempuan lebih rapat dan lebih memahami hati seorang ibu.Anak lelaki kurang sikit...para suami pasti akan mengalah dgn isteri dlm bab ni.lelaki tak menangis jika tak dpt beraya bersama mak tapi perempuan rajuk sekian hal...nangis lak sekian hal.Jd terpaksalah laki berkrompromi dlm bab raya dgn mak.Para ibu yg ada anak lelaki akan mengalami situasi ini.Jika suami dah tiada mak dan ayah senang citer la...tiap2 tahun beraya bersama mak isteri...tak ada giliran2.Apa pun Selamat meraikan hari2 gembira bersama mak dan keluarga.Moga raya tahun ni lebih meriah...lebih hebat dari tahun sudah.

    BalasPadam
  2. Setakatni tak pernah merajuk lagi sebak mmg dah terima hakikat hari raya ada gilirannya.Cuma tak sangka suami yang memilih untuk beraya di rumah mertua..Sememangnya satu bonuslah tahun ni.Tak semestinya lelaki semua sama.kawan saya setakat ni tak pernah merasa raya rumah sendiri sejak kawin,sebab tiap kali raya suami pasti nak balik rumah dia alasan mak dia nak semua anak berkumpul pagi raya..habis org lain takde anak k..lepas tu ada juga suami yg sejak kawin walau dah dapat beberapa orang anak tak pernah nak tidur rumah isteri alasan yg sama malu dgn ipar duai atau tak selesalah..Tapi alhamdulillah saya dikurniakan suami byang tahu membawa diri..kawin dengan saya dan baik dgn semua adik beradik..suka melayan karenah ayah saya wlpun tahu mertua nya tak seperti mertua org lain..

    BalasPadam
  3. itulah menantu yg baik hati..... yg lebih penting, emak n ayah mertua samalah macam emak ayah kita kan...

    BalasPadam
  4. Mana-mana menantu yang terlalu takut atau segan nak tidur rumah mertua tu menandakan dia tak mengiktiraf lg mertua seperti ibu atau ayh sendiri...tak batal air sembahyang tau..boleh tidur ats riba mertua lg kalau tak segan.Hormatilah mertua..jagalah hatinya agar mereka tak berkecil hati dgn sikap kita.Kalu thn sebelum ni tak prnh tdr kt rmh dia maka thn ni cubalah lakukan...buat kejutan dihari yg mulai kali ini.

    BalasPadam
  5. yang penting tepuk dada tanya selera

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!