Kenapa aku nak balik raya:
- Pastilah yang utama aku tak mahu ketinggalan mengucup tangan mak ayah bila tiba pagi raya..selagi mereka masih ada..Banyak dosa-dosa aku selama ini..Bila teringat segala perbuatan dan tingkahlaku aku selami ini terasa berdosa benar aku..terutama sekali pada ayahlah....
- Hari raya merupakan juga hari yang menyatukan semua sedara mara adik beradik..terkadang kerana hari raya je boleh jumpa..hari yang lain belum lagi dapat jumpa..
- Aku nak balik raya juga sebab tak tahan dengar pertanyaan balik tak raya tahun ni..kerana aku tau bila pertanyaan itu diajukan pastilah tandanya kita adalah insan-insan yang diharapkan pulang masa raya.hihi perasannya aku..
- Kalau aku balik raya pastilah akan menguntum senyum dibibir mak aku..kerana aku tahu harapan mak pada hari raya adalah berjumpa dengan semua anak-anaknya.
- Aku nak balik raya sebab aku nak makan air tangan masakan mak aku.Bila aku balik raya pasti mak tak akan lupa buat ketupat nasi dan kuah kacang untuk aku.Kerana mak memamg tahu aku sangat suka melihat mak mengayam sarung ketupat lepas tu rebus menggunakan dapur kayu kat tanah.Suasana itu yang membuatkan meriahnya di petang raya.
- Aku nak balik raya sebab walau meriah manapun di kg orang pastinya tak dapat diganti dengan kemeriahan kampung sendiri.Maklum terlalu banyak suka duka yang meniti sealiran dengan peredaran masa .Dari kecil hingga dewasa kenangan di bulan Ramadan dan hari raya di kg sentiasa menghiasi diri.Kenangan masa kecil dan zaman persekolahan pastilah meriahnya lepas berbuka.Lilin dan tempurung antara barang permainanku setiap malam.Letak lilin dalam tempurung lepastu berjalanlah di tempat-tempat yang gelap dengan kawan sekampung.Saat itu perasaan takut semua hilang sebab keyakinan tinggi dalam diri bulan puasa mana ada hantu..Itu yang selalu orang -orang tua sebut.Di sekeliling pagar pula di terangi pelita .Indah sungguh suasana ketika itu.Bila remaja pulak,teringat saat-saat pergi terawih bersama warga tua kat kampung tu..kini insan-insan yang menemani ku solat terawih telah pergi mengadap Ilahi..Semoga rohnya dicucuri rahmat yang abadi.Bulan Ramadan juga mengigatkan aku pada seseorang...sayangnya kasihnya tidak dapat kuterima kerana insan lain lebih dulu mencuri pintu hati ..Hingga saat ini aku rasa dia masih tidak dapat memaafkan aku.
- Aku nak balik raya sebab suasana riuh rendah ketika puasa dan menyambut syawal amat-amat aku rindui...Gembira melihat anak-anak bermain tanglung dan bunga api terkadang detuman mercun dari kenakalan dua orang abang ipar sudah cukup membuatkan suasana bertambah meriah. Apatahnya kerana Kak Jan dan Kak Long akan melatah dengan mengeluarkan kata-kata yang terkadang lucu jugak.
- Aku nak balik raya tahun ni sebab raya kedua nanti adik aku nak bertunang dan hari tu jugak ulangtahun perkahwinan aku yang ke 12 tahun.
- Tahun ni aku nak pergi sembahyang raya bersama-sama anak dan suami,kakak-kakak dan adik-adik bersama -sama lagi.Tahun lepas dah diberi peluang,harap tahun ini aku masih berpeluang lagi ...
- Bila tengok gambar ketupat nasi nie...pasti terbayang suasana petang raya.Aduh syahdunya....
Nak tengok seseorang kan...
BalasPadamMestilah.nak tgk semua insan yg tersyg kat kg
BalasPadamSekeras mana hati seseorang pasti akan tersentuh bila terdengar Takbir Raya...Disaat itu fikiran lantas teringat ibu..ayah..adik beradik..dan sanak saudara nun jauh di kg.Pengalaman dan kisah2 malam raya..pagi raya..petang raya semuanya terbayang dimata kan.Tapi bila kita dh berkeluarga dan ada anak..hanya kegembiraan anak2 kita utamakan.Tersenyum kita melihat gelagat mereka bila berada di kg..bersama sepupu2 mereka...datuk dan nenek mereka.Itulah kegembiraan hakiki utk kita kini...
BalasPadamTapi sedih ada juga bila tunggu kekasih hati tak datang berkunjung...termenung sendirian kan.betul kan?
BalasPadamYg penting boleh membuatkan mak gembira
BalasPadambukan mak shj... ayah dan lain2 juge kita kena gembira juge ye...
BalasPadam