Dia hadir disaat aku memerlukan...semoga dirimu akan kekal bersamaku sampai bila-bila...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Terima Kasih Atas Kunjungan
Khamis, 29 Julai 2010
Biarpun Berganti ...Tidak Sama Yang Pergi
Hari pertama kehilangannya ...hati amat sayu mengenangkan banyak jasa-jasanya padaku selama ini..Sesungguhnya 4 tahun bersamanya menjadikan ia seperti teman baikku yang amat akrab dan tidak boleh dipisahkan..Asalnya kesedihan ku ini dapat kuatasi tapi kenakalan suami yang sengaja ingin melihat airmataku gugur kerana kehilangannya akhirnya kutewas jua.Sepanjang ke balai polis airmata ku mengalir laju..Aku kesal kerana aku tuan yang tidak pandai menghargai jasanya selama ini.Kerana dialah aku celik dari kegelapan kemajuan sains dan teknologi..Aku rasanya semacam laptop itu mempunyai perasaan sayangnya padaku tetapi sayangnya itu tidak kuhargainya sehinggalah bila dia pergi selama-lamanya dari diri ini..baru kusedari betapa berharganya dia padaku..Dia banyak menyimpan kenanganku,memoriku serta segala perkara semua ada padanya..Dijaganya begitu rapi..Kini kau tak mungkin kembali....Balik dari balai polis ,suami telah membeli laptop baru buatku walaupun namanya sama tetapi pastinya aku terasa kejanggalannya..Benarlah kata orang "bila dia tiada baru kita tau nilainya..."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!