Menulis dan terus menulis...itu sahaja yang dapat kulakukan ...Menghilangkan segala jiwa yang resah..Mengapa aku resah...Entahlah...aku sendiri tidak memahami apa yang aku rasakan apatah lagi untuk aku menceritakan pada insan lain...
Celaru ke aku ni...sepatutnya kini aku gembira di samping insan-insan yang lama tidak bersua,sepatutnya aku ceria melihat tingkah anak-anakku bermain dengan sepupu -sepupu mereka,berlari-lari berkejaran di tepi pantai..dan ada ketika mengejar lembu dan kambing yang singgah untuk meragut rumput..Sesekali tangan Aimy tidak lepas mencekik anak kuncing,maka akan bertempiklah suara mak agar Aimy segera meleraikannya...Terkenangkan kegembiraan mereka ..aku tersenyum sendiri,betapa anak-anak ini belum mengerti apa -apa yang berlaku...Hanya yang mereka tau bermain dan terus bermain sehinggalah ditegur..barulah berhenti seketika..Andai dapat ku putarkan putaran waktu ingin rasanya ku ulangi saat alam kanak-kanak ku...
Kali ini terasa kg halamanku sendiri seolah jauh walau pada hakikatnya aku kini di desa halaman sendiri..Entah kenapa aku tak sabar untuk kembali ke Bumi Kenyalang..tempat aku mencari rezeki..Entahlah mungkin aku lebih tenang di sana..Melihat telatah-telatah insan istimewa yang sentiasa memerlukan perhatian daripada aku seorang guru mereka..kalau sebelum ini aku menghitung hari untuk pulang tapi kini sebaliknya aku menghitung hari untuk aku tak sabar pergi...pergi dari kg halaman yang aku rindukan selama ini..Mungkin pergiku ini membawa bersama satu perasaan terkilan dengan apa yang berlaku...
Mak. dan ayah..maafkan diri ini kerana telah membuatkan dirimu di hina atas tindakan yang aku lakukan....Kerana perbuatan dirimu yang menjadi mangsa kemarahan orang...Sesungguhnya mak..mereka perlu disedarkan...Saya juga masih ingat mak..tanah yang sepatutnya mak dapat kerana atas nama ayah,insan yang saya katakan itu telah menyembunyikan surat itu pada ayah,dan mulutnya sendiri telah berjanji untuk memberikan surat itu pada mak..tapi hingga kini surat itu hilang entah kemana..sedangkan insan-insan yang lain yang tidak berhakpun mendapatnya telah dapat sewenang-wenangnya..Malah ada yang menjualnya....Arr byk lagi yang diri ini tidak setuju apa yang berlaku di kampung itu...
Mak..walau zahir diri ini nampak seperti seorang yang kuat dan tabah tapi disebaliknya diri ini tak mampu untuk menghadapi masalah yang menimpa..Terlalu lemah dengan dugaan yang melanda..Ku akui dulu aku cukup tabah menghadapi segala dugaan yang datang silih berganti..Tapi kini aku tewas mak....terasa amat lemahnya diri ini untuk melawan ujian yang datang..Sesungguhnya jauh di sudut hati aku tidak ingin lagi melihat kau menitiskan air mata kerana perbuatan orang lain..Tiap kali airmata yang kau titiskan seakan hati ini diragut oleh pisau yang amat tajam..Dan telinga ini juga tidak sanggup andai anak mu sendiri yang mengata dirimu yang bukan-bukan....Andainya mak tahu dalam hati ini penuh kasih sayang untuk mak..tapi tak mampu kuzahirkan melalui raut wajahku..Satu yang Allh tarikkan nikmat padaku adalah nikmat untuk sentiasa bersamamu mak dan ayah berbanding dengan darah sedagingku yang lain yang nikmat bersamamu sepanjang m asa...tapi aku hanya beberapa hari sahaja bersamamu dalam setahun...Diri ini hanya mampu mengirimkan doa hanya dari kejauhan dan hanya mampu memberikan dirimu sedikit kesenangan tapi mak...diri ini tak dapat menjaga mak ketika mak sakit...kerana diri ini teramat jauh darimu...Pernah dulu kusuarakan pada mak untuk tinggal bersamaku,tapi mak menolak kerana memikirkan anak-anak mak yang lain...Kerana diri ini seorang ibu ,perasaan ini cukup faham apa yang dirimu fikirkan...
Buat ayah..kenangan manis pastinya ku bawa pergi adalah aku dapat mengucapkan dengan mulutku sendiri ucapan selamat hari bapa buatmu...mungkinkan ini yang petama atau ada lagi peluang untuk aku ucapkan selepas ini...Semoga ada keindahan yang tercipta untuk kita dan kita tinggalkan segala kesedihan dulu.
Pada sedarah sedagingku yang amat-amat kusayangi..peliharalah hubungan kekeluargaan ini..kerana harta kita hanya itu..Jangan cuba musnahkan benteng yang kita bina..Apal agi yang kita ada kalau bukan itu,..Andai di antara kita yang tidak mampu dari segi wang ringgit tidak bermakna kita tidak dapat membantu...Bukan wang yang diperlukan oleh mak ayah kita tapi perhatian dan kasih sayang jua pengertian daripada kita sebagai anak mereka..Begitu juga sekiranya selama hidup kita mak tidak menjaga kita,tapi ingatlah lahirnya kita dari rahim ibu kita....Bukan ibu lain yang melahirkan kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya
TERIMA KASIH TEMAN!!!!