Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 12 Jun 2010

Duri Hampa - Syed Sobrie



Sememangnya lagu -lagu dulu memang indah didengar walau berulang kali..telinga tetap tak jemu..Terdengar lagu ni..terbayang kembali masa dulu..Suasana kat kg bersama kakak -kakak dan abang..Terbayang bagaimana meriahnya suasana kat rumah.Terbayang jugak segala aktiviti aku masa tu...pepagi lagi sebelum matahari terbit aku dah menyapu di halaman rumah..Yang lucunya menyapu nie macam hobi aku lak waktu tu..Bayangkan bukan pagi je aku sapu ..petang pun aku sapu lagi lagi...Bak kata macam tak lengkap atau serba tak kena kalau aku tak buat aktiviti tu..Mata aku ni entahlah..teramat lemah melihat kalau ada daun-daun yang berteraburan kat tanah...rasa macam tak tenang..Sesekali malu pun ada dengan orang kampung kerana menyapu 2 kali sehari kat tanah tu ..takde orang buat .Ha..hahaha..hobi nak buat camana...Apa yang aku tahu masa tu masa amat penting sekali rasa macam tak cukup masa lagi..Macam dalam hidup sehari-hari dah ada jadual untuk aku...Perkara yang sama kulakukan setiap hari..Selalunya rutin harian aku pukul 5.oo pagi dah bangun,satu perkara yang aku buat dulu bangun dan buka pintu.Aku akan ambil berapa minit merenung pantai melihat fajar yang mula menyinsing..Tenang je rasa saat melihat kebesaran tuhan ni..Biasanya sebelum solat kukemas dan bersihkan dulu pinggang mangkuk yang belum sempat dicuci malam tadi..Selepas itu mandi dan solat subuh Mandi awal bukannya apa...telaga tempat aku mandi tu kawasan terbuka Malu jugak kalau ada orang memerhati....Selepas solat aku dah kat tanah menyapu sampah..Lepas menyapu aku sidai pulak baju kat ampaian..Tabiaat aku pulak suka sidai baju sebelum jiran-jiran lain sidai baju..Kiranya macam akulah pemenang tempat pertama sidai baju masa tu..

Selepas itu ,mulalah aku mengangkut air, simpan dalam baldi-baldi yang banyak kat rumah..Maklum rumah takde pili air..Kerana angkut air ni tanganku lembut macam kayu...segan nak bersalam dengan orang..Dulu rasanya badanku kurus sebab aku jarang makan..Bila dah buat kerja soal makan ku tolak ketepi..Terkadang tengahari barulah terfikir nak makan..Tapi nasi memang bukan kegemaran aku dulu...Terkadang seminggu aku tak jamah nasi....Rasa biasa je..Kini...nasi pulak yang jadi kegemaran aku pagi dan petang...Sebab tu berat badan dah naik bagai di pam-pam.Aku tak tahu apa yang aku makan,yang pasti aku suka sangat makan buah.Tak kiralah buah apapun, asalkan buah..Aku jadi lemah kalau tak dapat makan buah dalam satu hari..Makanan lain boleh kuabaikan tetapi makan buah itu seakan wajib pada aku..
lepas angkut air..kena potong kayu pulak..kapak pulak Ya Rabbi besar giler...sekali ku ayung memang sudah membuatkan bahu rasa nak tercabut..Tapi itulah..terpaksa kulakukan..kerana kalau tak buat susah pulak bila mak nak goreng pisang nanti takde pulang kayu api..Pernah aku rasa malas satu hari tu..aku tak buat kerja potong kayu,kesannya terpaksa tahan telinga dengar leteran mak mengatakan aku malas...Masa tu rasa jugak kecil hati kat mak..yelah gadis sesunti aku ni terkadang penat jugak nak buat semua kerja..Aku bukan robotkan...Lepas potong kayu tu..aku angkut pulak kayu yang dipotong tadi letak di satu bahagian tempat mak mengoreng pisang...Aku selalunya akan mastikan kayu api itu ku angkut banyak-banyak supaya aku tidak acap kali melakukan perkara yang sama.Selepas kerja di tanah selesai..kusambung lagi kerja di atas rumah.. Kemas rumah satu hal..Masa pelita ayam je yang menemani kami sekeluarga..hari-hari lantai mesti di mop kerana debu-debu asap pelita malam tadi gugur di lantai..hitam semua tapak kaki..Lantai rumah lak boleh dikatakan selang sehari aku mesti berus..Suka tengok lantai yang bersih dan merah..Kalau lantai tu warna hitam mulalah hati aku dah tak tenang...Lepas mengemas rumah...mulah fikir lauk apa yang perlu di masak.Boleh dikatakan setiap hari sakit kepala ni memikirkan apa menu masakan hari itu..Terkadang sebelum mata terlelappun aku dah fikir apa yang perlu aku masakkan untuk esok..Sebenarnya segala aktiviti aku di atas, aku akan pastikan siap semuanya sebelum pukul 9.00 pagi..Kerana selepas tu aku mesti buka kedai sebelum mak aku balik dari pasar..kalau tak kena lenterlah lagi aku oleh mak..Kat kedai tu buka je banyak jugak perlu dikemaskan...Sayur-sayur semalam yang daunnya kuning perlu dibuangkan,begitu juga jika ada cili kecil yang dah rosak perlu juga dipilih...Pisang yang busuk perlu dibuang..barang yang berdebu perlu dilapkan..Lepas tu pulak ..aku cari pisang putar untuk dileceh dan diadun dengan tepung untuk jualan cucur mak tengahari nanti..Ni jugak mesti aku buat kalau tak mahu dimarah mak..Lepas buat cucur pulak kupas pulak ubi keledek sampai sebesen..itu belum lagi bila tiba musim jual jagung rebus atau kacang rebus lagi bertambahlah kerja aku...Selesai semua kerja kat kedai tu,dan sementara menanti mak pulang dari pasar..masa inilah aku ambil untuk berehat seketika..baca paper yang lama-lama satu persatu..Yang paling aku suka baca Pancainderalah...Lepastu..mulalah termenung di pintu kedai memerhati kereta ,motor atau orang yang lalu lalang depan kedai..Terkadang mata memerhati jugak orang-orang tua dan orang-orang muda yang lepak kat wakaf depan rumah aku...Sesekali aku tidak terlepas daripada usikan mereka..Waktu itu rasanya aku cukup pemalu...hanya senyum je yang sentiasa meniti dibibir...Selepas membantu mak mengemas barang-barang yang dibeli dari pasar..dan selepas memastikan tiada masalah di kedai..aku akan duduk dalam rumah ,sambil mendengar radio mas tulah tangan laju melipat baju yang telah disidai pagi tadi..Sesekali sambil melipat baju itu,aku ditemani oleh jiran sebelah rumah aku..Walau pun dia keturunan Cina,tapi dia seperti sedara aku sendiri..Mulalah berborak bermacam-macam perkara.masa tu..Tapi kini rasanya terlalu lama aku tak bersua dengannya..Sejak merantau ni memang akan menjarakkan kita pada sesiapa sahaja..lepas lipat baju..biasanya aku akan ke dapur pulak..Hobi aku lagi satu suka buat kuih..Aku suka mencuba resepi-resepi yang ada dalam buku..Tukang yang merasa pulak adalah ayah aku...Hihi biasanya ayah akan suka apa yang aku masak...Pernah sekali kuih yang aku buat tidak menjadi..Apa lagi tong samaphlah yang jadi mangsa sebelum mak tahu..Selepas asar biasanya aku akan duduk di muka pintu lepak seketika sambil telinga mendengar lagu-lagu yang diputarkan di corong radio..Dengar radio ni memang hobi aku lah..Sebab tulah banyak lagu-lagu yang kini bila didengar akan mengingatkan aku pada memori semalam..Lepak depan pintupun bukannya apa,biasalah jiwa remaja...pasti semua ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi..Apatah lagi jika kita tahu ada yang prihatin pada kita..Begitu juga aku...sentiasa ternanti-nanti jugak kelibat seseorang yang lalu depan rumah...

Waktu petang pulak..lepas menyapu di halaman dan selepas memastikan semua baldi telah terisi dengan air...tolong pulak mak tutup kedai..Kemaskan semua barang yang dah digunakan, lepas tu kaki mula melangkah menyusuri pantai..Terkadang aku pergi dengan kakak,terkadang aku keseorangan je berjalan menyusuri ombak di tepi pantai..Terkadang berhenti seketika menulis kata-kata meluahkan perasaan..Syok tahu curahkan apa yang kita rasa pada pantai ni seolah dia memahami...apa yang kita lalui tika tu..Apatah lagi menulis pada ketika matahari terbenam...lepas Maghrib pulak mengemas apa yang patut sebelum tidur...selalu nya membantu mak membuat ais krim potong...buatnya bukan sedikit banyak pulak tu..dan adalah lagi kerja-kerja yang aku buat masa tu..Selalunya aku masa betul-betul lapang pada pukul 10.00 malam ke atas..Waktu tu barulah mula berangan-angan.sambil ditemani lagu di radio..hinggalah mata aku terlelap di buai mimpi yang indah terkadang jua mimpi yang menakutkan....

8 ulasan:

  1. Best gak kan dapat imbau kembali kisah2 lama...tak kira la yg sedih ke atau yg suka.Kalu dpt masukakn sekali org sekeliling yg menjadikan kita sebagai insan pencinta atau pembenci...

    BalasPadam
  2. Memangpu nina..bila teringat kembali kisah-kisah lama terasa nak ulangi balik..tapi mana mungkin..teringat sekarang ini yang dulu tu semua dah jadi lucu lak..Nak masuk orang-orang tertentu tapi yelah

    BalasPadam
  3. Kenapa takut ker? Kalu mereka yg berkenaan baca blog ni mesti dia ulas.manalah tau kut2 terkena batang hidung mereka.Mesti teringat lg wajah2 mereka kan.Dalm ramai2 tu ada tak yg masih kenal mengenali.

    BalasPadam
  4. ada ke orang-orang kg baca blog saya..Mungkin dalam penulisan yang akan datang insyaAllah saya akan cuba masukkan..Mana boleh lupa wajah-wajah mereka apatah lagi yang ada bersangkutan dengan diri dulu .hahahah...masih diruangan mata.hihi

    BalasPadam
  5. Saya sekampung dgn awok...saye pun tau dan ingat citer di atas.Tp awok tak kan tahu sape saye...Misteri....

    BalasPadam
  6. Sapalah yang misteri sangat tu..ce kabor kat saya..Rumah kat mana tu

    BalasPadam
  7. Kalu dah misteri mana boleh kabor ...tapi percayalah saya sentiasa mengikuti segala perkembangan diri awak.tapi tiada niat jahat pun...just sekadar nak tau perkembanagan diri awak..dulu saya juga minat kat awak tapi awak suka kat org lain..awak pandang saya sebelah mata je..tapi awak tak kahwin pun dgn dia(org yg awak suka dulu tu)tak pe lah itu cerita lama..tak salah kan kalu saya mengikuti perkembanagan diri awak dari kejauhan.

    BalasPadam
  8. Hihi pandai2 je sekampung ni..Kata lagu Alleycats tu "Sekiranya Ku Tahu"...tapi terima kasih banyaklah kerana dulu ikuti perkembangan diri saya..Ingatkan orang tak perasan saya kat kg tu..Dah takde jodoh...tapi rasanya masing-masing dah bahagia dengan kehidupan masing2..Tinggal dalam lipatan kenanganlah...

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!