Salam....cuti persekolahan dahpun bermula di Malaysia Timur..Ini bermakna tinggal beberapa hari lagi aku akan menjejakkan kakiku di kg halaman yang aku tinggalkan....Tak sabar rasanya untuk menatap wajah-wajah kesayangan yang lama tidak bersua...Apa khabar jua orang kampung lama sudah tidak berjumpa...moga-moga semuanya di dalam sihat sejahtera..Anak-anak pun sama ,semuanya dah tak sabar untuk berjumpa dengan nenek-nenek mereka serta mak dan bapak saudara dan sepupu...Hakikatnya,aku lebih tak sabar berbanding anak-anakku...
Aku tak sabar untuk melihat pondok buruk yang membesarkan aku.Walau kini aku tidak tinggal di situ lagi,tapi pondok yang banyak memberikan jasa kepadaku tetap kusimpan kemas dalam ingatan memoriku ...Kerana pondok buruk itulah mengajar aku erti sebuah ketabahan dalam melewati arus kehidupan..
Aku tak sabar nak dengar suara ayah aku...pelikkan..sedang hp boleh kuhubungi sepanjang masa...masalahnaya itu tak berlaku padaku...Ayah...andai kau tahu dalam hati kecil anakmu ini....dendam yang dulu kubuat telah lama aku kuburkan..Aku tahu kau sunyi dalam keriuhan..Pastinya jua catatan ku ini tak mungkin kau baca...sekadar menenangkan rasa hati ..
Aku tak sabar nak berjalan di tepian pantai,bermain digigian ombak dan menulis kata-kata di atas pepasir yang memutih.sambil sesekali mata memerhati nun jauh di sana Pulau Redang,Pulau Bidong ,dan pulau-pulau lain yang memukau pandangan mata..sesekali jua mata memerhati perahu-perahu nelayan yang datang dan pergi mencari sesuap nasi...Aku jua ingin berbicara isi hatiku dengan ombak dan pantai yang dulu menjadi teman setiaku melepaskan apa yang tersirat di hati...Tunggu ya..kepulangan aku walau ku tahu pantai sentiasa berubah ....
Aku tak sabar untuk bersua dengan seorang insan yang lama tidak berjumpa...moga kali ini adalah perjumpaan untukku dan dia..Teman yang sentiasa ada di saat susah dan senangku....
Aku tak sabar memeluk anak buahku yang baru..Aqil...selama ni hanya gambar yang menjadi bahan tatapan..Rindu jua pada anak-anak buah yang lain..satu keburukan berjauhan dengan anak-anak buah.apa yang aku perasan kemesraan mereka dengan diriku semakin kurang..Bermacam persoalan bermain diminda...kenapa mereka menjarakkan diri dariku..adakah malu,segan kerana hanya beberapa hari je dalam setahun berjumpa dengan Cekdanya ni...
Aku tak sabar sangat2 nak berjumpa dengan semua insan-insan sedarah dagingku...kerana aku tahu bila bersua,riuh rendah jadinya..langitpun boleh runtuh diibaratkan kerana keriuhan kami adik beradik..Kita semua berjaya membina hidup kita sendiri..kita sama-sama merasa kesusahan tapi kita lewati dengan ketabahan..menjadikan kita sekeluarga kini bahagia walau tidak kunafikan adakalanya ujian melanda..Buat insan Kak Long,Kak Aya,Mizie,Kak Jan,Rozi,La,Jo,Ja dan Ida..harta yang mak dan ayah kita hanyalah ikatan adik beradik agar pertaliannya kita jaga seeratnya dan supaya tali itu tidak akan putus walau dikerat dengan belati yang tajam...
Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru.
Moga apa yg diharap...dicita dan diangankan akan jd kenyataan.Kadang kala apa yg kita nak tak pernah dapat tapi yg sebaliknya pula.Moga kepulangan kali ini menjanjikan seribu kemanisan dan sejuta kebahgian.
BalasPadamharapan macam tulah...apa yg dihajatkan akan tercapai..kalau tak kepunan lagilah nampaknya...
BalasPadam