Terima Kasih Atas Kunjungan

Sabtu, 13 Mac 2010

Memori Otak-otak

Telah lama nak tulis berkaitan dengan makanan yang dipanggil otak-otak.Sangat terkenallah kat negeri Terengganu.Aku nak citer bukan kerana kesedapannya tetapi kenangan aku dengan otak-otak nie..Dulu masa aku sekolah rendah..zaman susah tu..inilah yang memberi rezeki sesuap nasi untuk aku dan kelaurga.Tiap-tiap petang mak akan bakar otak-otak nie tepi jalan .Kira laku jugaklah mak aku jual masa tu..Teringat masa nak buat persediaan sebelum jual.Hari-hari mesti cari daun kelapa dan lidi.Tukang lap daun sampai bersih dengan potong lidi adalah antara kerja-kerja yang aku kena buat..(tika nie rindu nak makan otak-otak mak)Mak...takku nafikan kesusahanmu itu menjadi satu pengajaran buat diri ini)

Selain otak-otak mak selalu jugak buat halwa betik untuk dijual kat sekolah.Masa tu perasaan malu kena tolak tepi ....Yang sedihnya ada jugak member yang hutang dan tak bayar.....
Goreng pisang nie pulak yang paling banyak le berjasa buat aku..sEbab tu lah kalau tanya apa makanan yang paling aku suka.mestilah goreng pisang.berpuluh tahun mak membesarkan aku kerana goreng pisang nielah..duit goreng pisang jugaklah yang buat aku belajar kat U.Rasanya goreng pisang mak aku lah yang paling sedap tak boleh ganti dengan goreng pisang orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!