Terima Kasih Atas Kunjungan

Khamis, 18 Februari 2010



Istana Pasir

Di tepian pantai yang indah permai
Kanak-kanak membina istana pasir
Dan disaksikan oleh sepasang insan
Sedang dalam percintaan

Yang sungguh hati mereka berdua
Kerana istana akan mereka bina
Hanya menunggu saat-saat bahagia
Jelas terbayang di mata

Sedang mereka terpesona
Melihat kanak-kanak gembira
Hujan pun turun tiba-tiba
Musnahlah oh istana

Tergugatlah perasaan mereka
Kerana takut akan terjadi
Pada istana yang bakal dibina
Pada istana yang bakal dibina

Hiduplah semula semangat dihati
Melihat kanak-kanak sambung kembali
Begitu megah hati sepasang insan
Melihat ketabahan ini
walaupun pantai sentiasa berubah kerana dipukul ombak....tetapi pantai tetap setia menunggu kehadiran ombak menghempas dirinya....

2 ulasan:

  1. Tanpa ombak pantai akan sunyi sesunyinya...
    setianya pantai kerana ia merindui pukulan ombak yang membelai pantai setiap masa tanpa jemu...

    BalasPadam
  2. Ombak dan pantai sememangnya tak dapat dipisahkan ....walaupun ombak sering berunah tetapi pantai begitu setia menanti.

    BalasPadam

Titipkanlah Kata Hulurkanlah idea
Kongsi cerita membawa bahagia
persahabatan terjalin kemesraan berputik
walaupun hanya sekadar alam maya

TERIMA KASIH TEMAN!!!!