Terima Kasih Atas Kunjungan

Jumaat, 15 September 2017

Adakalanya kita merasakan perjalanan hidup kita tersangat sukar. Lalu kita seakan menyalahkan takdir mengapa kita tidak seperti insan yang lain punya segala nya. Kasih sayang. Kemewahan dan kesempurnaan.namun kita terlupa  orang lain lebih teruk diuji... Kehilangan insan tersayang.. Gagal dalam hidup penyakit yang kronik serta tidak sempurna seperti kita. Justeru syukurilah apa yang dimiliki..

Rabu, 13 September 2017

Mak-Terasa sepi tanpa suaramu...

Mak...setiap hari  waktu pagi sebelum ini ketika saya memandu ke sekolah kita akan bersembang  pelbagai cerita sehinggalah saya sampai ke sekolah baru mak akan berhenti.. Terkadang byk bicara dan gelaknya.. Namun kini 2minggu sudah berlalu.. Tiada lagi untuk saya bercerita pada mak tentang apa yang berlaku pada saya.. Rindu nak dgr gelak tawa mak... Saya rasa sunyi.. Janggalnya setiap pagi selama 2minggu ni tanpa suara mak...
Bertlabahlah mak... Kesakitan mak tak mampu kami rasai sama tapi hanya mampu berdoa agar mak cepat sembuh..
Tunggu saya balik ya mak... Sabtu ni...walaupun hanya beberapa jam sahaja .pastinya tiap detik dan saat itu nanti amat berharga untuk saya dengan mak. .
Mengalir airmata saya mak bila adik bagitahu mak ucap hari lahir buat saya.. Kalau tahun2 sebelum ini saya dengar sendiri dari mulut mak... Bila saya vc mak. Lihat kesakitan mak peritnya menahan kesedihan.. Hanya Allah je yang tahu... Saya tidak mampu membelai mak ketika mak sakit setiap hari...
Tapi saya bersyukur kerana diberikan adik beradik yang tidak berkira untuk menjaga mak. Yang sanggup berkorban masa dan tenaga..
Dari kejauhanan..ini.... Semoga hari ini dan mendatang mak kembali seperti dulu...
-Anak Pantai-

Isnin, 11 September 2017

Apa yang kurasakan tika dan saat ini adalah sebuah kekosongan

Arah hidup kita tergapai bintang di angkasa...berkelip melukis cinta...terciptalah lagu kita..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Mr Budu.

Alhamdulillah melangkah setahun lagi usia perkahwinan kita yang ke -19 tahun..begitu cepat putaran masa .Terima kasih Mr Budu kerana menyayangi saya hingga ke hari ini.Walau begitu banyak ujian yang berlaku menimpa kita.Terima kasih juga kerana hingga ke hari ini awak sentiasa menerima keluarga saya lebih daripada apa yang saya mahukan.Terima kasih kepadaMu Ya Allah kerana menghadirkan seorang insan yang begitu sempurna untuk berkongsi hidupku menjalani hari-hari seterusnya.Tiada kata-kata yang mampu terluah untuk menzahirkan rasa sayang ,kasih dan cinta buatmu Mr Budu..Semoga jodoh bersamamu akan ke kekal ke akhir hayatku.

Sayang dan cintaimu sampai mati.....


Ahad, 10 September 2017

Jangan sesekali menyalahkan takdir kalau takdir tidak berpihak pada kita
mungkin kita harus bermuhasabah diri kenapa hidup kita sebegitu
Terkadang kita terlupa Dia saat gembira sedangkan Dia sentiasa berada bersama kita saat susah dan senang kita...



MENULIS SEKADAR UNTUK MENENANG JIWA YANG RESAH....
WALAU TIDAK TAHU APA YANG DICORETKAN.INILAH SISI HIDUP DAN JIWAKU
MENCARI KETENANGAN DENGAN MELUAHKAN DI HALAMAN BISU
TIKA DAN SAAT INI HATI BEGITU KELIRU DAN CELARU
TIDAK TAHU APA YANG AKU RASAKAN
TIDAK TAHU APA YANG HARUS KULAKUKAN
KEBINGUNGAN DENGAN MENCARI SEBUAH JAWAPAN
MENCARI JALAN PENYELESAIAN
MENCARI DIRI YANG SEMAKIN HILANG
TIADA JIWA
TIADA PERASAAN
TIADA LAGI SEBUAH KEMESRAAN

-Anak Panta-

Khamis, 7 September 2017

Persediaan Pertandingan Hias Kelas Sempena Hari Kemerdekaan.



Lepas maghrib semalam ini lah tugasku laminated semua apa yang diprint petang tadi.Kalau di tanya tentulah banyak dihabiskan..itu tak penting yang utama keikhlasan yang dibuat demi mengekal kemenangan bertahun  lagi.
Sakit segala urat ,migrain datang tapi aku tak sabar untuk ke sekolah hari ini menghias selagi pertandingan belum tamat..























Selamat Pagi

Mengharapkan hari ini hari yang cukup indah untuk dilalui walaupun hakikatnya pagi ini migrain menguasai diri..kesakitan yang di rasa ini tidak sesakit salah faham orang pada kita,Cuma diri ini berpegang pada satu setiap sesuatu yang ingin di lakukan pasti ada ujian di sebaliknya...

Terima kasih Allah kerana sentiasa bersama ku..
Terima kasih kalian yang hadir sebagai insan yang memahami
Terima kasih pada yang sentiasa membantu

Anak Pantai

Kesabaran itu kadangkala ada batasnya